-2-

8.9K 345 2
                                    

DELISHA mendandan rambutnya di hadapan cermin meja solek.Rafiq yang baru selesai mandi berjalan ke arah Delisha dan mengusutkan rambut Delisha.

"Weh!!Aku baru lepas sikat kut..kau ni jahat betullah.."marah Delisha.

Rafiq ketawa mengekek di belakang Delisha.Dia berhenti ketawa dan melihat wajah isterinya yang monyok di dalam cermin.Dia merampas sikat di tangan Delisha dan membetulkan rambut isterinya semula.

"Sorry sayang..jangan lah monyok muka tu Delly..aku tengah betulkan balik rambut kau ni..senyum ciked.."kata Rafiq."Okay siap..haa dah cantik dah bini aku sorang ni..comey dah diaa.."tambah Rafiq lagi setelah selesai merapikan rambut Delisha.

Delisha tertawa dengan karenah Rafiq.Dia menggeleng dan menolak bahu Rafiq perlahan.Rafiq mendekatkan mukanya kepada Delisha dan mengucup pipi Delisha.

"Hadiah aku sebab tolong sikatkan rambut kau.."kata Rafiq.

"Eii sukahati je cium aku..lempang kang.."kata Delisha dan mengelap pipinya."Eh pergilah pakai baju..tak malu ke tayang badan?"tambah Delisha lagi.

"Biarlah..kau suka kan sebenarnya?Aku tahu dah.."kata Rafiq dan mengambil pakaiannya di dalam almari.

"Ada aku cakap aku suka ke?Tak kan?Jangan perasan eh.."balas Delisha.

Rafiq menjeling isterinya dan masuk ke dalam bilik air.Dia keluar semula setelah lengkap berpakaian.Dia menghampiri Delisha dan memegang kedua belah tangan isterinya.

"Weh..kau taknak bagi morning kiss ke hug ke kat aku ni..sedih tau aku pagi-pagi lagi dah kena marah..emmm.."kata Rafiq dan membuat muka.

"Eh tak kose lah aku Fiq..jomlah turun..aku sure semua tengah tunggu kita kat bawah tu.."kata Delisha.

"Kejap.."Rafiq mengucup bibir isterinya dan berlari ke arah pintu.Muka Delisha merah padam menahan malu.Kedengaran tawa Rafiq yang kuat dari luar bilik.

"Rafiq!!!!"Delisha menjerit sekuat hatinya.

Rafiq segera berlari masuk ke bilik semula dan menutup mulut Delisha.

"Woi rilek ah..janganlah jerit..nanti mama tanya macam-macam lah kau ni.."kata Rafiq.

Delisha menepis tangan Rafiq."Tahu takut..hahahahahahaha..kalau mama tanya pandai-pandai lah kau jawab yaa..."kata Delisha dan ketawa mengekek.

"Ah takde..kau dengan aku sama-sama jawab kalau mama tanya..aku tak kira.."kata Rafiq.

Rafiq menggenggam tangan Delisha dan menariknya turun ke bawah.Setibanya di bawah mereka melihat Tengku Zarina sudah terpacak di hujung tangga.Mereka menelan liur dan berpandangan antara satu sama lain.

"Hai ma..Asslamualaikum..cantik mama harini.."kata Rafiq.

"Waalaikumsalam..tak payahlah kamu nak puji-puji mama..ni mama nak tanya..apa yang terjerit-jerit kat atas tadi tu?"tanya Tengku Zarina.

Delisha berdehem dan menyiku lengan Rafiq.Rafiq tersenyum kelat.

"Errr..tadi..err..tadi ada lipas ma..tu yang Delly menjerit panggil Rafiq tu.."kata Rafiq.

"Betul ke ni Delly?Jangan tipu mama.."kata Tengku Zarina.

"Aaaa..betullah tu ma..besar lipas tu ma..betullah apa abang Rafiq kata tu..lagipun abang Rafiq mana pernah tipu mama kan.."kata Delisha.

"Hmmmm..ada-ada aje kamu berdua ni lah..dahlah jom sarapan..semua dah terhidang..tinggal nak makan aje.."kata Tengku Zarina."Eh angah..tu pergi panggil adik dekat atas tu..entah apa dia buat dalam bilik dia tu.."tambah Tengku Zarina lagi.

Rafiq menuruti kata-kata mamanya dan berlalu ke atas.Delisha mengikuti mamanya ke ruang makan.Delisha duduk di kerusi di sebelah kak long iaitu kakak ipar Rafiq.

"Leen..mana abang long?.."tanya Tengku Zarina dan melabuhkan punggungnya di sisi Tengku Zamir.

"Biasalah dia ma..pagi-pagi ni ke mana lagi dia pergi kalau tak ke taman.."balas Leena.

"Hish apa nak jadi lah dengan suami kamu tu Leen..kalau iya pun nak keluar bersenam makan lah dulu..haih..ni ikut perangai abang lah ni kan.."bebel Tengku Zarina.

"Eh kita pula yang kena..sudah lah tu membebel Ina oi..kejap lagi balik lah budak tu.."kata Tengku Zamir.

"Assalamualaikum.."ucap Rayyan dan menghampiri mereka semua.

"Hah panjang umur kamu Rayyan.Papa dengan mama baru aje sebut-sebut pasal kamu.."kata Tengku Zamir.

"Emmm..patutlah Rayyan terbatuk-batuk tadi.."kata Rayyan.Dia memandang ke arah Delisha yang bersendirian."Eh hai pengantin baru..mana suami?.."tegur Rayyan.

Muka Delisha merah padam apabila menerima teguran daripada Rayyan iaitu abang long Rafiq.Rayyan hanya tertawa melihat reaksi Reena.

"Amboi along..bukan main lagi ya.."kata Rafiq yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Raihan yang didukung oleh Rafiq menegur semua yang berada di situ.

"Hai mama..hai papa..hai along..hai kak Leen..hai kak Delly..selamat pagi.."kata Raihan.

Mereka semua tersenyum melihat gelagat Raihan yang baru berusia 6 tahun itu.Celotehnya sudah cukup membuat mereka sekeluarga gembira.

"Angah..Raihan nak duduk sebelah kak Delly..angah duduklah sebelah along..tau tau"kata Raihan.

"Eh mana boleh..Raihan duduklah sebelah along..kak Delly angah punya so angah kena duduk sebelah kak Delly..okay?"balas Rafiq.

"Habistu kak Leen pun along punya tapi along tak duduk sebelah kak Leen boleh aje.."kata Raihan lagi.

Delisha menahan tawanya.Rafiq membuat muka dan menurunkan Raihan ke bawah.Raihan berlari ke arah Delisha.Rafiq hanya melihat sahaja Delisha dan Raihan.

"Kak Delly..suapkan Raihan boleh?"tanya Raihan.

"Boleh sayang.."balas Delisha.

"Eh adik..makan sendiri lah..mengada-ngada.."tegur Rafiq.

"Mama...kak Delly..tengok angah dia marah Raihan.."kata Raihan dan mencebek.

Rafiq mengeluh."Iyalah..sorry nanti angah belikan aiskrim."pujuk Rafiq.

Muka Raihan kembali ceria.Seluruh keluarga tertawa melihat situasi itu.Rafiq hanya mendiamkan diri dan menikmati makanannya.

***********************************

Hahahahahhaha okaylah untuk yg pelik ni lah watak adik beradik si Tengku Najmi Rafiqin ni

-Tengku Najmi Rayyan ~ Along
-Tengku Najmi Rafiqin ~ Angah
-Tengku Najmi Raihan ~ Adik

Haaa cantik en nama dorang..okaylah semoga awok semua suka dengan part ni..bye bye..ASSALAMUALAIKUM 💞💞💕💕

#PLS VOTE AND COMMENTS 😘

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now