-3-

8.3K 337 6
                                    

RAFIQ menghempaskan badannya ke atas sofa di sebelah isterinya.Dia menyandarkan kepalanya di bahu Delisha.Delisha memandang Rafiq di sebelahnya dan menolak kepala Rafiq.

"Ish tepilah kau ni..aku nak tengok tv lah..kepala kalau ringan macam kapas tak apa..ni berat macam kepala gajah.."kata Delisha.

Rafiq menyandarkan kembali kepalanya tetapi kali ini di peha Delisha.Dia merampas remote dari tangan Delisha dan menukar siaran.

"Rafiq!!Ish dia ni kan..malas lah nak layan..keluar jalan-jalan lagi bagus.."kata Delisha dan bangun dari duduknya.

Kepala Rafiq terhantuk di atas sofa.Dia duduk dan menggosok kepalanya.Dia melihat Delisha berjalan keluar dari rumah.Rafiq menutup televisyen dan mengekori Delisha dari belakang secara senyap.

Dia mengekori Delisha sehingga ke taman.Delisha berhenti seketika dan berpaling ke belakang.Dia mengerutkan dahinya.Tiada sesiapa pun di belakangnya.Dia menoleh ke hadapan semula.

"Bha!"Rafiq ketawa terbahak-bahak melihat muka Delisha yang pucat kerana terkejut.

"Haa kau ni memang tau..kalau aku mati tadi macam mana?Suka sangat sakitkan hati aku.."kata Delisha dan mengalirkan air mata.

"Alah weh..kau nangis ke..janganlah weh..nanti orang ingat aku ni suka mengacau perempuan pula..dah ah..sorry ah weh..jangan ah nangis lagi.."pujuk Rafiq.

Delisha memandang muka Rafiq yang kelihatan gelisah.Dia tersenyum kecil.Delisha mengesat air  matanya dan merangkul lengan Rafiq lalu berjalan di sekeliling taman.

"Weh..kau marah lagi ke.."kata Rafiq dan menghentikan langkahnya.

"Taklah..aku saje je nangis tadi..nak tengok kau pujuk aku ke tak.."balas Delisha dan memeluk pinggang Rafiq.

Mereka terus berjalan di sekeliling taman.Banyak mata yang memandang mereka.Ada juga perempuan yang melirik memandang Rafiq dan ada juga yang bertepuk tampar di hadapan mereka.'Eh aku bini dia tau..tergedik-gedik pulak minah ni..tolak kau dalam tasik tu kang..'detik hati Delisha.

"Kau kenapa..tiba-tiba aje muka monyok lepas perempuan tu lalu.."kata Rafiq."Oh aku tahu..kau jealous eh.."tambah Rafiq lagi.

"Tak ah..buat apa aku nak jealous.."kata Delisha.

"Ohh tak jealous..so kau pun tak kisah lah kalau aku mengurat awek tadi tu..dia pun cantik..nampak sweet..garang pun tak..emm bolehlah kalau jadi madu kau.."gurau Rafiq.

Delisha melepaskan tangannya dari pinggang Rafiq.Dia berjalan sambil menghentakkan kaki.Geram sungguh dia dengan lelaki itu.Rafiq ketawa kecil melihat Delisha.Dia mengejar Delisha yang semakin menjauh.

"Delly..berhenti lah..kau ni aku gurau je..tu pun nak merajuk"kata Rafiq dan menggenggam lengan Delisha.

Delisha berhenti dan menghadap Rafiq.Dia memeluk tubuh dan menunggu Rafiq berbicara.

"Sayang sorrylah..kau pun tahu kan aku ni memang suka menyakat orang..lagi-lagi kau..aku sakat kau sebab aku sayang..kau gila ke aku nak kawin lagi satu..kau sorang je dah cukup dah..kan aku dah janji dengan kau yang kau je perempuan yang ada dalam hati aku..sorry lah sayang..okay?"pujuk Rafiq.

"Okay..pujukan diterima..jomlah kita balik..sakit lah mata aku tengok perempuan-perempuan tu..tergedik sana tergedik sini..eii menyirap aje aku..aku tolak sorang-sorang dalam tasik tu kang..biar padan muka.."bebel Delisha.

Rafiq ketawa kecil mendengar bebelan isterinya.Tak padan dengan kecik berangan nak tolak orang.

"NO ma!Fikh takkan pernah ambil dia as my wife! "teriak Fikhri.

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now