-10-

6K 245 5
                                    

FIKHRI tersenyum sendiri melihat pesanan ringkas dari bakal isteri tercinta.

'Awak dah balik ke belum?Kenapa call tak angkat?Risau lah saya!!Menci tau! #merajuk!!!'

Dia menggelengkan kepala dan memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek.Sedang dia melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya,kedengaran suara Datin Rosmida dari arah ruang tamu.

"Tersenyum-senyum mama tengok anak mama ni..dapat mesej dari perempuan tu ke?"kata Datin Rosmida.

Kata-kata yang baru terlontar dari mulut mamanya itu diendahkan.Dia terus menaiki anak tangga tanpa menoleh ke arah mamanya yang sedang duduk bersantai di sofa.

"Adrian Fikhri!"suara Datin Rosmida bergema ke segenap ruang rumah banglo dua tingkat itu.

Fikhri menghentikan langkahnya.Dipandangnya muka Datin Rosmida yang merah menahan marah.Fikhri tersenyum sinis.

"Apa?Tak cukup lagi ke lepas apa mama cakap dekat dia sebelum ni?Kali ni nak cakap apa pula?Dia pelacur dekat kelab malam?"kata Fikhri.

"Mama tak suka dia!Perempuan kolot macamtu Fikh nak jadikan bini?Entah apa perangai dia yang Fikh tak tahu..nonsense!"kata Datin Rosmida.

"Perempuan kolot?Habistu?Leesa tu perempuan yang macam mana?Baik sangat ke dia?Leesa tu dekat kad pengenalan aje Islam tapi dekat luar..baju dia tu kalah minah inggeris.."balas Fikhri.

Datin Rosmida mengetap bibirnya.Dia tetap tidak mahu mengalah."Oh jadi perempuan yang Fikh pilih tu baguslah ya?Pandai ke dia baca Al-quran?Entah-entah tajwid bersepah-sepah dan mungkin Leesa lebih bagus dari dia!"

"Tajwid bersepah boleh betulkan kalau ada orang bimbing..Leesa?Mana mama tahu?Fikh rasa dia lebih rela nyanyi lagu beyonce dekat kelab karokae dari belajar baca Al-Quran.."kata Fikhri.

Datin Rosmida mati kata.Dia melihat bayangan anak sulungnya yang semakin hilang dari pandangan.Dia merengus.Selagi Narleesa belum menjadi pilihan hati Fikhri hatinya tidak akan berasa puas.

Fikhri menghempaskan badannya ke atas katil.Kepalanya yang pusing diurut perlahan.Dia teringat semula kata-kata yang dihamburkan kepada mamanya sebentar tadi.Niat di hati tidak mahu berbalah dengan mamanya itu,tetapi lain yang diniatkan lain yang jadi.'Ya allah..maafkan aku atas perbuatanku menyakiti hati insan yang telah melahirkan aku ke dunia ini Ya Allah..sungguh tidak terniat di hati hendak menyakitinya Ya Allah..ampunkan hambamu yang lemah ini..'Fikhri memohon keampunan di dalam hati.

Sungguh dia tidak mengetahui mengapa mamanya sungguh terdesak supaya dia menerima Narleesa sebagai isteri.Dia memejamkan matanya.Penat sungguh rasa hari ini.Selepas menjalani satu hari yang memenatkan di pejabat,dia terpaksa pula menghadapi mamanya yang suka mendesak.Hailah beratnya dugaan.

***

DELISHA membuang pandangan ke luar tingkap.Dia melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang ralit bermain dengan bola di laman rumah.Serta merta dia teringat kepada keluarganya.Dia rindu hendak bermanja dengan
ibunya.Rafiq yang melihat Delisha yang sedang termenung mendekatinya.

"Oi..kau menung apa?"tanya Rafiq.

Dilihatnya Delisha hanya mendiamkan diri.'Makcik ni berangan apa sampai putera yang hensem sebelah dia ni pun dia tak pandang..heh taguna punya bini!'getus Rafiq di dalam hati.

Delisha tersedar dari lamunan apabila dia teringat tentang makanan tengahari yang masih belum disediakan.Dia menoleh dan melihat muka Rafiq yang sedang merenungnya.Delisha mengerutkan dahi.

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now