RAFIQ beralih ke kanan dah mencelikkan sebelah matanya.Dia melihat susuk tubuh Delisha yang sedang duduk sambil memegang perutnya.
"Sayang kenapa tu..kenapa tak tidur ni?"suara serak Rafiq memecah kesunyian.
Delisha memandang suaminya dengan senyuman bermakna.Dia duduk bersila dan menghadap suaminya yang sedang bersandar di kepala katil.
"Abang..Delly lapar.."katanya manja.
"Ohhh lapar.."Rafiq turun dari katilnya dan meluru ke pintu.
"Abang nak ke mana tu?"Delisha mengerutkan dahinya.
"Pergi dapur..nak panaskan lauk..sayang duduk je sini..nanti dah siap hidang abang panggil sayang.."kata Rafiq seterusnya memulas tombol pintu.
"Abang..Delly taknak makan nasi.."kata Delisha.
"Habistu sayang nak makan apa?"Rafiq mengajukan soalan.
"Ice cream..hehe"balas Delisha sambil tersengih.
"Ice cream?Tak payahlah sayang..dah lewat sangat ni nak makan benda sejuk.."balas Rafiq.
"Nanti baby kempunan macam mana..abang nak ke nanti anak kita lahir air liur dia tak berhenti meleleh?"kata Delisha dan membuat muka kasihannya.
Rafiq mengeluh.Alahai nasib sayang anak bini.Kalau tak,tak adanya nak turut je permintaan si Delisha ni.
"Okay sayang..sayang tunggu ya..abang nak pergi KK belikan aiskrim untuk sayang.."kata Rafiq dan mengambil kunci keretanya di atas rak.
"Abang.."
"Hmm..Kenapa sayang?"
"Belikan samyang cheese sekali tau.."pinta Delisha.
Rafiq membuntangkan matanya.Dia berjalan ke arah Delisha seterusnya duduk di hadapan isterinya itu.
"Tak boleh sayang..pedas tu..nanti awak sakit perut..no no no.."kata Rafiq sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.
Delisha mencebek."Alah abang ni semua tak boleh..merajuk ngan abang..huh"Delisha memeluk tubuh dan memalingkan wajahnya.
"Alololo sayang abang ni merajuk pulak..okay okay abang belikan ya..janganlah merajuk dengan abang.."pujuk Rafiq.
Delisha masih dalam posisi merajuknya.Siapa suruh buat mak buyung merajuk.Pandai-pandailah pujuk sampai dapat.
Rafiq mengusap pipi isterinya lembut."Abang tahu abang tak patut bagi alasan dekat sayang..abang minta maaf okay?"
Delisha menahan senyum.Auch sweetnya laki aku sorang ni.Rasa nak gigit-gigit.
"Humphhh..nampaknya orang tu marah lagi lah..tak apa lahh..biarlah diri ini bersendiri..ada kesayangan tapi kesayangan merajuk..humphhh takpelahh.."kata Rafiq dan mula bangun dari duduknya.
Delisha melepaskan tawa yang ditahan.Dia memukul dada Rafiq lembut.
"Abang ni nak emotional pulak.."kata Delisha dalam tawanya yang masih bersisa.
"Haaa kan manis sayang abang ni kalau gelak..jangan merajuk lagi ya sayang..susah hati abang tau.."ucap Rafiq sambil mengelus pipi isterinya lembut.
Delisha memaut jemari Rafiq."I love you abang.."katanya.
"I love you more sayang.."balas Rafiq dan mengucup bibir isterinya sekilas.
Rafiq kemudiannya turun daripada katil dan menapak keluar dari pintu bilik mereka.Delisha memandang sepi suaminya itu.Dia kemudiannya mengusap lembut perutnya.
"Baby tunggu kejap ya..daddy pergi belikan aiskrim dengan ramen awak..jangan meragam lagi ya sayang..kesian daddy.."ucap Delisha sambil tersenyum.
***
PINTU kereta dibuka dan Rafiq menapak perlahan ke dalam pasaraya KK yang beroperasi selama 24 jam.Dia bergerak ke arah tempat sejuk beku dan mengambil semangkuk aiskrim vanilla kegemaran Delisha.Seterusnya dia pergi ke rak mee segera lalu mengambil sepeket Samyang Cheese yang dipinta isterinya.
Seusai melakukan pembayaran,Rafiq keluar dari pasaraya tersebut.Pandangan Rafiq meliar ke seluruh tempat.Dia melihat sesusuk tubuh sedang bersandar di keretanya.
'Ish siapa pulak yang bersandar dekat kereta aku ni..setahu aku takde pulak sign sila sandar di sini kat kereta aku tu..aishhh..'bebel Rafiq di dalam hati.
"Assalamualaikum bro..ni kereta aku ni bro yang kau sandar tanpa perasaan bersalah ni.."tegur Rafiq.
Lelaki itu menoleh ke arah Rafiq dan tersenyum sinis."Waalaikumsalam bro..lama tak jumpa.."jawabnya.
"Wafie..berani kau muncul depan aku lepas apa kau buat dekat isteri aku!"kata Rafiq lalu mencengkam kolar baju Wafie.
"Whoa..rilek bro..kau janganlah marah sangat.."katanya kepada Rafiq.
"Kau ingat aku boleh tenang lepas apa yang kau buat!Delisha dengan anak aku hampir mati disebabkan kau!"tempik Rafiq.
Wafie menolak Rafiq ke belakang.Dia kemudiannya membetulkan kolar baju yang dipakainya.
"Itu semua salah kau..kau yang tak reti jaga orang yang kau sayang..sebab kau lah isteri kau hampir mati..sebab kau jugalah Rania tinggalkan kau..sebab kau bodoh dan kau tak mampu nak jaga hak kau.."kata Wafie lalu meninggalkan Rafiq seorang diri.
Rafiq mengetap bibir.Kata-kata yang dilontarkan oleh Wafie kepadanya amat melampau.Dia masuk ke dalam keretanya lalu bergerak meninggalkan kawasan tersebut.Sakit hatinya apabila diperkatakan begitu.
Sesampainya di rumah,Delisha menanti di muka pintu hadapan dengan senyuman manis.Rafiq membalas senyuman isterinya itu.
"Delly rindu abang..lamanya abang pergi.."kata Delisha manja.
Rafiq tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya."Alahai manjanya sayang abang ni..hah ni abang dah balik..pandanglah puas-puas..biar terlepas rindu sayang tu.."balasnya.
Delisha menyengih lalu memeluk suaminya itu."Terima kasih abang..susah-susah aje belikan semua ni untuk Delly.."katanya.
"Tak susah pun sayang..dah jom biar abang buatkan samyang ni..dah lapar kan.."kata Rafiq.
Delisha mengangguk dan mengikut langkah suaminya itu ke dapur.
"Tadi abang jumpa Wafie.."kata Rafiq sambil tangannya tangkas membuat kerja.
"Wafie?Siapa tu?"tanya Delisha yang sedang duduk di kaunter.
"Wafie tu orang yang buat sayang kemalangan..sebab dia abang hampir kehilangan sayang dengan anak kita.."jawab Rafiq.
"Kejamnya dia..kenapa dia buat macam tu dekat Delly eh..dia berdendam dengan Delly ke?"soal Delisha lagi.
"Entahlah sayang..abang pun tak tahu apa motif dia ganggu kita.."kata Rafiq.
"Abang..Delly risaulah..abang rasa dia akan kacau kita lagi ke?"Delisha mengerutkan dahinya lalu mengusap lembut perutnya.
"Sayang tak perlu risau ya..abang akan pastikan sayang selamat.."kata Rafiq lalu menguntum senyum.
"Okay abang..sayang pegang kata-kata abang.."jawab Delisha lalu membalas senyuman suaminya itu.
__
YOU ARE READING
En.Husband Mr.Poyo
General FictionMengisahkan Tengku Najmi Rafiqin dan Nur Delisha Damia yang baru berkahwin.Mereka merupakan pasangan suami isteri yang pelik tetapi sweet.Kadang-kadang suka bergaduh dan kadang-kadang suka bergurau. "Weh Fiq..aku rasa kan..kau patut makan ubat lah...