-14-

4.6K 186 2
                                    

"JANGAN risau eh sayang..kita dah report polis..so kita balik rumah mama.."kata Rafiq cuba untuk menenangkan hati Delisha.

"Aku tak boleh lah..Rania..mesti teruk dia kena belasah dangan konco-konco Wafie..aku tak sangka Wafie jahat macam tu.."balas Delisha.

"Takpe..kita serahkan je dekat pihak berkuasa..pandailah diorang uruskan..kita ni just tunggu dan doa je..okay?"pujuk Rafiq.

Delisha mengangguk.Dia mengalih pandangan ke luar tingkap kereta.Fikirannya masih melayang memikirkan tentang Rania.Apalah nasib Rania.Hidup lagi ke dia?Teruk ke dia kena belasah?Ya Allah selamatkanlah Rania ya Allah.Aku mengeluh.

Tangan Rafiq mencapai tanganku.Dia mengusap tanganku lembut.Aku tersenyum tawar.Macam mana kalau lepasni target Wafie ialah Rafiq?Apa akan jadi dekat dia?Ya Allah mohon dijauhkan.

Rafiq menghentikan kereta di hadapan sebuah kedai runcit.Delisha memandang Rafiq pelik.

"Kau dari tadi tak makan..aku belikan makanan kejap eh..tunggu kat sini..jangan keluar.."kata Rafiq.

"Takpelah weh..makan dekat rumah mama ajelah.."balas Delisha.

"No..rumah mama jauh lagi..kau kena makan..ingat kau tu berbadan dua.."Rafiq berkata.

Delisha mengangguk.Dia tidak tahu mengapa hatinya rasa tidak tenteram.Petanda buruk ke?Delisha melihat Rafiq yang sedang melintas jalan.

Kelihatan satu kereta meluru laju ke arah Rafiq.Delisha membuntangkan mata dan keluar dari kereta.Dia berlari ke arah Rafiq dan menolak Rafiq ke tepi jalan.

Delisha tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya.Dia dilanggar.Darah pekat mengalir di kepala Delisha.

"Delly!"Rafiq menjerit tatkala melihat tubuh kaku Delisha di tengah jalan.

Dengan segera Rafiq mendapatkan Delisha dan meribanya.Ditepuk-tepuk pipi Delisha perlahan.

"Del..bangunlah..Del..jangan tinggalkan aku..Del..aku sayang kau..bangunlah.."Rafiq berkata.Air mata lelakinya meluncur laju.

Dengan segera dia mengangkat Delisha dan membawanya ke kereta.Sejurus itu,dia memecut laju ke hospital.

Dalam hatinya dia tidak putus-putus menutur doa.Semoga Allah menyelamatkan isterinya.

Setelah sampai di hospital,Delisha dikejarkan ke wad kecemasan.Rafiq meraup mukanya.Dia duduk termangu di kerusi menunggu.Ya Allah banyaknya dugaan engkau kepadaku ya Allah.Kenapa bukan aku?Kenapa Delisha?Air mata lelakinya sekali lagi jatuh.

***

WAFIE tergelak jahat apabila mendengar berita dari konconya.Pisau di tangan diletakkan di atas meja lalu dipusing-pusingkan.

"Lepaskan aku!Lepaskan!"suara Rania bergema di segenap ruang bilik tersebut.

Wafie mengangkat mukanya.Dia memandang tepat ke arah Rania yang sedang dipegang oleh dua konconya.

Wafie memberikan isyarat kepada dua orang konconya untuk beredar.Rania menundukkan wajahnya.Dia bermain-main dengan jarinya.

Wafie menolak Rania ke dinding.Dia mencengkam muka Rania kuat.Air mata Rania yang berlinang jatuh ke pipi.

"Kenapa kau bodoh sangat?Kau ingat kalau kau lari..kau boleh lepas?"kata Wafie.

Rania mendiamkan diri.Dia tahu nasibnya tidak baik hari itu.Mungkin dia akan dibelasah teruk dengan Wafie.

"Rania..Rania..kalau kau tak lari..bini Rafiq takkan masuk hospital tau..kalau dia mati..semua tu salah kau.."kata Wafie lagi.

Rania membuntangkan matanya.Air matanya mengalir laju.Terdengar esakan tangisnya.Wafie melepaskan cengkamannya dari muka Rania.

"Awh baby..jangan menangis..I ada hadiah untuk you.."kata Wafie lalu mengambil sesuatu di dalam laci.

Satu penyuntik dikeluarkan dari laci dan dihalakan kepada Rania.Rania menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.Dia berlari ke sudut lain menjauhkan dirinya dari Wafie.

Wafie bengang dan mengejar Rania lalu wanita itu ditampar.Rania jatuh terduduk.Air matanya mengalir laju.Pipinya terasa pedih akibat tamparan Wafie sebentar tadi.

"Lain kali..jangan buat hal..bodoh!"gertak Wafie.

Dia kemudiannya menyuntik dadah ke dalam badan Rania.Dalam beberapa saat,Rania berada di dalam dunianya sendiri.Wafie tersenyum puas.

***

RAFIQ merenung wajah pucat Delisha.Menurut kata doktor sebentar tadi Delisha mengalami hentakan yang kuat di kepalanya.Kemungkinan dia akan berada dalam keadaan koma.Anak di dalam kandungan Delisha selamat.Rafiq memegang tangan Delisha dan mengucupnya lembut.


"Get well soon..sayang.."kata Rafiq sedikit sebak.

Dia berjanji dengan dirinya dia tidak akan melepaskan Wafie jika terjadi apa-apa yang buruk kepada Delisha.

Baginya Wafie seakan sudah melampau.Entah mengapa Wafie benci terhadapnya.Rafiq mengeluh.Wajah pucat Delisha sekali lagi dipandang.

"Bangunlah weh...aku rindu nak dengar kau membebel kat aku.."kata Rafiq.

Air matanya jatuh sekali lagi.Dia berdoa supaya Delisha tidak apa-apa dan diberi kesembuhan.Tangan Delisha sekali lagi dikucup.

"Aku akan tunggu kau..dengan anak kita.."kata Rafiq lalu tersenyum tawar.

Dia tahu Delisha tidak akan sedar dalam masa sekarang.Dia hanya mampu berdoa dan terus menunggu.

--

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now