-6-

6K 274 8
                                    

Farina melopong melihat baju yang baru diberikan oleh Delisha.Dress labuh berwarna royal blue yang baru diberikan oleh Delisha sangat cantik.

"Function kau bagi aku baju ni?"tanya Farina.

"Birthday present aku untuk kau..amacam suka tak?"kata Delisha sambil tersenyum bangga.

Farina menganga tanda tidak mempercayai kata-kata Delisha.Dia menggelengkan kepalanya dan menampar mukanya berkali-kali.Delisha terkejut dengan tindakan Farina itu.

"Woi woi..kau kenapa ni tampar diri sendiri?"tanya Delisha risau.

"Aku cuma nak tahu aku ni cuma mimpi ke apa..sebab selalunya bila harijadi aku kau cuma bagi keychain aje..tapi tahun ni kau bagi dress yang cantik macamni so aku macam tak percaya lahh beb!.."luah Farina.

Delisha tergelak kecil.Dia keluar dari rumah Farina untuk pulang ke rumah.Jika dia lambat sampai ke rumah pasti encik suaminya itu akan membebel tak henti-henti.

"Ahh lagi satu sebelum aku terlupa..kau pakai baju tu malam ni tau beb..aku ada surprise untuk kau..pastikan kau siap sebelum pukul 10 malam okay baby?Aku balik dulu..pape pun call me..Assalamualaikum"kata Delisha lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta dan memecut laju.

Farina mengangguk tanda faham.Dia melambaikan tangannya.Dia menutup pagar rumah dan menari-nari dengan baju yang baru diberikan oleh rakan karibnya itu.Mak Senah jiran sebelah yang melihat Farina menari-nari dengan baju tersebut menegurnya.

"Amboiii..ralitnya menari..sampai Mak Senah berdiri kat sini pun tak sedar.."tegur Mak Senah.

Farina yang mendengar teguran itu terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah.Mukanya mulai panas kerana terlalu malu.

Bunyi telefonnya yang nyaring mengejutkannya.Farina melompat ke atas sofa dan menutup mukanya dengan bantal kecil.Dia menurunkan bantal dari mukanya dan mengambil telefon yg berada di atas meja kopi.Tercatat nama Delisha di skrin telefon.Farina menjawab panggilan telefon dari Delisha.

"Amacam beb?Best tak ringtone pontianak tu?"tanya Delisha dan ketawa terbahak-bahak.

"Aku dah agak dah..ni semua kerja kau..aku merajuk dengan kau!Bye!"kata Farina.

Dia mematikan talian.Apabila skrin telefonnya menunjukkan muka hadapan Farina segera mencampakkan telefonnya.Terdapat gambar 'seekor' pontianak yang sedang bertenggek di atas pokok di skrin telefonnya.

"DELLY!!!!!!"jerit Farina sekuat hati.

FIKHRI menarik nafas dalam.Entah mengapa dia berasa gemuruh untuk berjumpa dengan Farina.Ketika dia ingin menekan loceng,Farina keluar dari rumahnya.Fikhri terpesona melihat kecantikan Farina pada malam itu.Farina melihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya.Matanya membuntang apabila melihat Fikhri di situ.

"Err..apa awak buat dekat sini?"tanya Farina."Oh awak mesti sesat kan?Awak nak pergi rumah Pak Mail orang kaya tu eh?Rumah dia bukan dekat sini..rumah dia dekat sana tu ha.."tambah Farina sambil menunjukkan rumah Pak Mail.

Fikhri ketawa kecil mendengar kata-kata Farina itu.

"Saya datang sini nak ambil awak lah.."kata Fikhri.

Farina mengelipkan matanya beberapa kali tanda tidak mempercayainya.Farina ketawa seketika dan membuat muka seriousnya semula.

"Awak ni merepek lah..kawan saya Delisha yang ajak saya keluar..bukan awak..awak salah orang ni kan?"kata Farina untuk menyedapkan hatinya.

"Tak..saya serious ni..memang awaklah orang yang saya nak ambil tu..Farina kan ni?"kata Fikhri.

"Errr..ya saya Farina..betullah tu.."balas Farina.

"Saya memang datang sini nak ambil awak..lagipun saya tahu baju yang saya belikan untuk awak macam mana..cantik awak pakai.."kata Fikhri.

Farina menganga.Patutlah dia berasa sangsi dengan perangai Delisha petang tadi.

"Jom.."kata Fikri dan membuka pintu kereta untuk Farina.

Farina masuk ke dalam kereta tersebut.Hatinya berdebar-debar.Fikhri sudahpun masuk ke dalam kereta dan kini berada di sebelah Farina.

"Awak kenapa?Muka macam takut aje.."kata Fikhri."Awak jangan risaulah..saya tak makan orang.."tambahnya lagi lalu tersenyum kepada Farina.

Farina merasakan jantungnya berdegup kencang seperti baru selesai membuat larian marathon.Senyuman Fikhri membuatkan dirinya seperti berada di awang-awangan.Senyumannya itu mampu mencairkan semua hati wanita yang melihatnya.

Fikhri yang melihat Farina yang hanya mendiamkan diri sedari tadi memulakan bicara.

"Awak tahu ke kita nak ke mana ni?"tanya Fikhri.

"Entahlah.."balas Farina sepatah.

"Awak ni senang sangat ikut orang.."kata Fikhri."Macam mana kalau saya ni orang jahat yang cuba nak apa-apa kan awak.."tambah Fikhri.

Farina sudah mula merasa seram sejuk.Dia menelan liurnya yang terasa kelat.Fikhri yang melihat muka pucat Farina tergelak kecil.

"Awak jangan risau..saya tak akan apa-apa kan awak..kita cuma nak pergi dinner aje.."kata Fikhri.

"Oh.."kata Farina lalu tersenyum.

Dia berasa agak lega setelah mendengar penjelasan Fikhri.Tidak mungkinlah Fikhri akan buat sesuatu yang buruk kepadanya.Dia tahu Fikhri mempunyai hati yang baik.

"Okay..kita dah sampai.."kata Fikhri setelah memarkirkan keretanya.

Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan beriringan masuk ke dalam restoran bertaraf 3 bintang itu.Farina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke tempat seperti itu berasa sedikit jakun.

Mereka berdua didudukkan di suatu tempat yang tersorok sedikit.Meja tersebut dihias dengan lilin dan pelbagai barang lain seperti pinggan sudu dan bermacam lagi.

Beberapa orang pelayan datang membawa pelbagai jenis makanan dan dihidangkan di atas meja.Farina memberikan senyuman kepada pelayan-pelayan itu sebagai tanda terima kasih.

Farina memandang Fikhri yang sedari tadi tidak mengalihkan pandangan daripadanya.

"Awak.."panggil Farina.

Fikhri tersedar dari lamunan dan tersenyum kepada Farina.Mereka mula menikmati makanan yang terhidang.Suasana di meja itu agak janggal.Mungkin kerana mereka belum saling mengenali.Bunyi sudu dan pinggan sahaja menemani mereka.Tiada perbualan antara mereka berdua.

Sejurus selepas makan mereka masih seperti tadi.Tiada seorang pun yang cuba untuk memulakan perbualan.Fikhri berdehem beberapa kali.

"Farina..sebenarnya..er.."

"Sebenarnya apa?"tanya Farina.

Fikhri bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Farina.

"Hey..apa yang awak buat ni..kenapa berdiri?"tanya Farina.

Fikhri mula melutut di hadapan Farina.Farina mengelipkan matanya lalu memandang sekeliling.Selamat meja mereka berada di kawasan yang agak tersorok.Fikhri mengeluarkan kotak kecil berwarna merah hati dari koceknya.
Dia membuka kotak tersebut dan terdapat sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian.

"Nur Farina..sudikah awak jadi isteri saya?"ucap Fikhri.

Farina menekup mulutnya tanda tidak mempercayai situasi itu.Farina melihat muka Fikhri dan cincin itu silih berganti.Farina tersenyum kecil dan mengangguk.Fikhri tersenyum lebar.Dia mengeluarkam cincin tersebut dan menyarungnya di jari manis Farina.

***********************************

Yayy..dah siapp chap ni..amacam Fikhri dengan Farina?Sweet tak?Mesti korang yang girl ni mcm teringin gila nak kena lamar macamtu kan?Depends lahh adik-adik kakak-kakak semua..hahahhahahahahaha..okaylah semoga enjoy baca cerita ni..bye byee..Assalamualaikum 😘💞💕

#pls vote and comments 💕

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now