-5-

6.2K 248 2
                                    

Dua minggu kemudian..

"Weh Far..kau nak tahu something tak?"ujar Delisha.

"Apa dia?"kata Farina lalu menyedut air sirap yang dipesannya.

"Datuk Hamidi..

"Kenapa? Dia sakit ke?"pintas Farina.

"Hish kau ni..aku belum habis cakap lagi dah potong.."kata Delisha."Bukanlah..haritu dia suruh aku cari sorang perempuan untuk anak dia.."tambah Delisha.

Farina terdiam seketika.Dia memandang Delisha dan tersenyum kelat.

"Oh..kau dah dapat ke?"tanya Farina.

"Alhamdulillah..aku dah dapat..ambil masa 2 minggu jugalah aku cari calon untuk si Fikhri tu.."terang Delisha.

"Baguslah.."balas Farina.

"Far kau kenapa ni?Kau okay ke tak?Muka tiba-tiba aje berubah bila aku cakap hal ni.."kata Delisha.

"Eh aku okay..mana ada muka aku berubah..muka aku kan memang sejak azali macam ni..siapa lah perempuan yang bertuah tu kan..untung dia.."kata Farina lemah.

"Elleh kau..macamlah aku tak tahu..kau suka Fikhri kan?Masa kau terserempak dengan dia masa kau tunggu aku kat depan office kan?"teka Delisha.

"Mana kau tahu ni?"tanya Farina.

"See,I know you like him..jangan risau lah.."kata Delisha dan menyedut minumannya.

Farina mengerutkan dahi."Apehal kau suruh aku jangan risau..my first love akan dijodohkan dengan perempuan yang kau pilih kot.."kata Farina.

"Yup memang betul.."kata Delisha."Kalau kau nak tahu siapa perempuan tu..just wait and see okay..aku balik dulu lah ya..Rafiq dah whatsapp aku berjela-jela dah ni.."tambah Delisha dan berlalu pergi.

"Weh..air ni?Takkan aku nak kena bayar?Weh!!"jerit Farina.

Delisha hanya melambaikan tangan kepada Farina.Dia masuk ke dalam kereta Rafiq yang sedang menunggunya.

"Pehal kawan kau tu?"tanya Rafiq.

"Kau rasa?Kau punya pasal lah..whatsapp aku banyak-banyak kali..tak sempat aku nak hulur duit bayar harga air aku tu..hish.."balas Delisha.

"Alah aku tanya elok-elok kot..tu pun nak marah..malas lah layan kau.."kata Rafiq dan memulakan pemanduan.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi.Hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran.Bertapak rasa bersalah di hati Delisha.

"Weh Fiq..kau marah aku ke?"tanya Delisha lembut.

Sunyi.Rafiq hanya mendiamkan diri sahaja tanpa mengendahkan Delisha.

"Weh..sorrylah..aku bukan sengaja nak marah kau.."kata Delisha dan air matanya mula bergenang.

Rafiq memandang Delisha di sebelahnya yang mula mengalirkan air mata.Rafiq mengeluh dan memberhentikan keretanya di bahu jalan.Delisha masih tidak berhenti menangis.Rafiq mengesat air mata Delisha.

"Taklah..aku tak marah kau..dahlah janganlah nangis..aku tak suka lah.."kata Rafiq lembut.

"Betul ni kau tak marah?" tanya Delisha.

"Ya sayang..aku tak marah.."balas Rafiq.

Reena mencapai tangan Rafiq dan menyalaminya."Aku minta maaf sebab kasar dengan kau tadi..aku tahu aku tak patut tinggikan suara dekat kau.."kata Delisha.

"Ish dahlah..aku tahu kau tak sengaja..tapi jangan buat lagi..okay?"kata Rafiq.

Delisha tersenyum dan mengangguk.Rafiq kembali memandu.Dia tahu Delisha merupakan seorang isteri yang baik walaupun agak garang dan kasar.Rafiq mencuri pandang Delisha.'Comel sungguh lah kau ni..'ucap Rafiq di dalam hati.

"HOW Fikh?Okay ke kalau malam esok Fikh dinner dengan dia?"tanya Datuk Hamidi.

Fikhri mengeluh perlahan dan memusingkan kerusinya menghadap papanya itu.

"Pa..rasanya papa dah tanya benda ni dekat 10 kali dah.."balas Fikhri."I'm ready pa..lagipun I've no choice..Fikh kena juga jumpa Farina untuk elakkan mama nikahkan Fikh dengan Narleesa.."tambahnya lagi.

"Ya papa tahu..papa cuma nak kepastian kamu aje..takut kamu tukar fikiran pula taknak kahwin dengan Farina..yelah Farina tu cuma jururawat aje Fikh..papa takut dia tu bukan ciri-ciri perempuan yang Fikh nak.."Kata Datuk Hamidi.

"Pa kadang-kadang kita kena berkorban demi kebaikan..It's okay..mungkin Farina tu memang jodoh Fikh..kita tak tahu.."kata Fikhri dan tersenyum kepada papanya.

"Papa bangga dengan Fikh..papa harap Fikh bahagia dengan dia.."kata Datuk Hamidi."Dahlah papa balik dulu..nanti adik kamu bising..kamu pun tahu kan perangai adik kamu tu macam mana.."tambahnya.

"Sekejap pa.."kata Fikhri.

"Kenapa?"

"Kalau boleh pujuklah adik jenguk mama..dah lama dia tak balik.."kata Fikhri.

"Hah iyalah..nanti papa cuba.."kata Datuk Hamidi dan keluar dari situ.

Fikhri mengambil file profile Farina yang diberikan oleh Datuk Hamidi semalam.Dia meneliti tulisan-tulisan yang tercatat di atas kertas tersebut.Tumpuannya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi.Dia mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello.."kata Fikhri sejurus menerima panggilan tersebut.

"Hello sayang..you jangan ingat yang rancangan you dengan Datuk Hamidi akan berjaya..I akan pastikan you dengan bakal isteri you hidup merana.."kata Narleesa.

"Sukati kau lah nak cakap apa pun perempuan jalang..kau memang rasa macam kau berkuasa sampai berangan nak hancurkan hidup aku..tapi kau lupa kau tak boleh lawan kuasa Allah..oh lupa..kau bukan tahu pun pasal benda-benda ni kan..jadi buang masa dan buang air liur aku aje cakap dengan perempuan tak reti bahasa macam kau ni.."kata Fikhri dan mematikan panggilan.

Narleesa merengus."Tengoklah Fikhri..kau sombong sangat kan dengan aku..kalau aku tak dapat kau..tak ada orang lain yang boleh dapatkan kau!!!!"bentak Narleesa seorang diri.Dia menjerit sekuat hati dan membaling segala benda yang berada dekat dengannya lalu menangis.

***********************************

Biasalah tu..perempuan gila memang suka meroyan..hahahahahahhahahahah..amacam part ni?Okaylah bye bye..Assalamualaikum 💞💞💕💖💖💕💞💞

#pls vote and comments 💕

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now