-20-

2K 61 20
                                    

FARINA mengesat air matanya yang jatuh berjurai di pipi. Terngiang-ngiang kata-kata bakal ibu mertuanya di dalam fikirannya. Farina melabuhkan punggungnya di atas kerusi menunggu di perhentian bas. Dia tidak dapat menahan tangisnya.

"Maafkan ina abang..maafkan ina.." rintih Farina seorang diri.

Fikhri menarik nafasnya. Dia memandang sekeliling akan tetapi dia tidak dapat mencari Farina. Dia cuba menghubungi bakal isterinya itu akan tetapi telefon bimbitnya dimatikan. Dari jauh Fikhri melihat seseorang yang berpakaian putih berada di perhentian bas. Fikhri mendekati perhentian bas tersebut lalu menarik nafas lega.

"Sayang.." panggil Fikhri lembut.

Farina mengangkat mukanya dan mendapati bahawa Fikhri berada di hadapannya. Dia bingkas bangun untuk berlalu dari situ, akan tetapi Fikhri menghalangnya.

"Sayang jangan macam ni please? Jangan biarkan abang tergantung macam ni.. kita bincang dulu, boleh?" rayu Fikhri.

"Ina tak boleh abang..abang penuhi la impian mama nak bermenantukan Narleesa..Ina ni cuma perempuan biasa yang tak layak nak sehidup semati dengan abang..buat apa kita teruskan kalau mama abang sendiri tak restu hubungan kita.." luah Farina diselangi juraian air mata.

"Sayang jangan macam ni..don't you love me?" kata Fikhri.

Farina terdiam sejenak. Dia menatap wajah Fikhri lama. Dia amat menyayangi lelaki itu sejak pertama kali mereka bersama, akan tetapi dia sedar bahawa mereka tidak layak untuk bersama. Dia tahu hubungan ini tidak akan berjaya tanpa restu ibu Fikhri.

"Ina sayang sangat dekat abang.. tapi maafkan Ina bang.. Ina taknak disebabkan Ina abang jadi anak derhaka.. abang perlukan restu mama untuk abang bahagia.. Ina taknak jadi racun yang hancurkan hidup abang.. kita tak mungkin bahagia bila bersama bang.. ada jurang antara kita berdua yang Ina tak boleh lepasi.. maafkan Ina.. Ina akan lepaskan abang untuk kebahagiaan abang dengan Narleesa.."kata Farina.

"Macam mana abang nak bahagia kalau bukan sayang yang jadi isteri abang.. abang dah janji dengan sayang yang abang nak halalkan sayang.. abang ingat janji abang dan abang nak tunaikan janji abang harini.. jom kita balik sayang.. kita nikah harini.. jangan sakitkan hati sayang dengan lepaskan abang.. sayang kena sedar kalau sayang buat macam ni bukan satu hati aje yang sakit.. tapi dua-dua hati akan terasa sakitnya sayang.. please sayang.." rayu Fikhri sekali lagi.

Farina menarik nafas dalam. Dia mengesat sisa air mata di pipinya. Dia menatap sekali lagi wajah lelaki yang amat dicintainya itu.

"Abang..Ina tahu abang betul-betul sayangkan Ina..boleh tak abang tunaikan permintaan Ina?" ucap Farina sambil menahan air matanya dari jatuh ke pipi.

"No..no abang dah tahu apa yang sayang cuba fikirkan.. abang tak nak dan tak akan penuhi impian yang sayang fikirkan tu..abang.."

"Tolong lupakan Ina.. buang semua tentang Ina.. kahwin dengan Narleesa" kata Farina memintas percakapan Fikhri.

Fikhri terdiam dan air mata lelakinya mengalir. Dia menggelengkan kepalanya dan menarik lengan Farina untuk membawanya kembali ke majlis pernikahan mereka.

"Abang takkan lepaskan sayang! Paksa la abang macam mana sekalipun! Abang tak akan lepaskan sayang! Kita nikah harini juga!" kata Fikhri tegas.

Air mata Farina mengalir deras. Dia cuba untuk melepaskan genggaman tangan Fikhri akan tetapi dia tidak mampu.

"Abang lepaskan tangan Ina abang.. tolonglah jangan buat Ina macam ni abang.. kita tak serasi!" jerit Farina.

Fikhri berhenti dan mengalih pandangannya kepada Farina.

"Apa salah abang dekat sayang sampai macam ni sekali sayang tolak abang.. abang cuma nak hidup dengan sayang aje.. cuma dengan sayang seorang.. itu pun sayang tak boleh nak faham ke.. sayang tak boleh ke kesiankan hati abang ni.. hati abang ni dah cukup terseksa dengan apa yang jadi dekat keluarga abang.. cukuplah abang dah rasa sakit kehilangan kasih sayang keluarga.. janganlah tambah lagi luka dalam hati abang ni.. tolong sayang.. jangan tinggalkan abang.. abang merayu" tangis Fikhri.

Fikhri jatuh terduduk di atas jalan. Dia menunduk dan menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya. Tangisan lelaki itu membuatkan Farina turut berasa sedih serta bersalah. Dia tersepit antara permintaan lelaki itu serta permintaan ibu Fikhri. Farina menepuk belakang badan Fikhri untuk menenangkannya.

"Tolonglah sayang.. sakit sayang.. sakit.. abang terseksa.. dari dulu lagi abang terpaksa ikut kehendak mama.. tolongla jangan tinggalkan abang.. hanya sayang aje yang boleh bahagiakan abang.. please.. abang cuma harapkan sayang aje untuk abang mengecap bahagia.. bagi abang peluang untuk cintakan sayang.. bahagiakan sayang.. hidup dengan sayang.. bina masa depan kita sama-sama.." luah Fikhri.

Farina mengalirkan air matanya. Sesungguhnya hatinya sakit apabila melihat keadaan lelaki yang dicintainya seperti itu. Dia tidak sanggup untuk menyiksa perasaan lelaki itu lagi.

"Ina minta maaf abang.. Ina tak patut buat keputusan melulu.. ini semua sebab ego Ina.. ego ina yang nak abang ikut permintaan mama untuk bahagia dengan Narleesa sedangkan Ina tahu yang abang tak akan bahagia.. Ina minta maaf" kata Farina.

"Jadi, sayang masih nak abang kahwin dengan Narleesa ke? Sayang sanggup ke tengok abang dengan perempuan lain.. sayang sanggup ke?" soal Fikhri.

Farina menggelengkan kepalanya. Air matanya jatuh sekali lagi apabila membayangkan perkara tersebut.

"Jadi sayang janganla cakap macam tu lagi..boleh? Abang taknak sayang sakitkan hati sendiri.. sebab dalam masa yang sama abang turut sakit hati..jom sayang.. kita balik.. kita balik untuk sambut majlis kita.." kata Fikhri.

Farina mengangguk lalu membantu Fikhri untuk bangun. Fikhri mengambil sapu tangan dari kocek baju melayunya dan mengelap air mata yang jatuh dari pipi Farina. Mereka kemudiannya melangkah kembali ke majlis pernikahan mereka yang tertunda.

__

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now