Gadis Ayu

1.3K 19 2
                                    

Sebelum memulakan cerita ni, sis nak kata yang cerita ni hanyalah semata-mata dan untuk suka2 je. This is my first time and I don't have any experience to writing a novel.

Kalau cerita ni ada yang macam benda x logik, that's find because this is my story. So enjoy the story then.



Ada seorang gadis ayu dan cantik sedang duduk di bangku rumahnya. Muka keputih-putihan bak salji dan mata yang sepet lagi kecil bak cina yang asli. Walaupun gadis ini berketurunan cina-melayu tetapi hati dia tetap berteguh dengan agama Islam yang mulia.

Dari kecil telah diajar dengan ilmu agama yang secukupnya. Kini umurnya berusia 22 tahun. Walaupun masih muda tetapi dia telah menyambungkan pelajarannya di International University Of Malaya-Wales.(IUMW)

Sambung belajar di negara barat tak bermakna lupakan negara sendiri. Bak kata peribahasa, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Nama gadis ini ialah Aisyah Khadijah. Nama comel Ica je. Ica hanya tinggal bersama-sama nenek dan adik lelakinya. Neneknya bernama Wanni manakala abangnya bernama Aiman Aqil.

Aisyah dan Aiman hanya tinggal berdua sahaja bersama nenek mereka. Ibu bapa mereka telah meninggalkan dunia ni sejak mereka kecil lagi.

Nenek mereka, Wanni, seorang yang berketurunan cina tetapi telah memeluk Islam ketika dia kecil dulu. Dia juga seorang yang sangat tabah ketika datuk telah meninggalkan dia dan berkahwin dengan perempuan lain. Jadi boleh dikatakan yang Ica mempunyai nenek tiri tapi mereka tidak pernah berjumpa pun.

Lagi satu pula, Nek Wanni sebenarnya anak angkat dalam keluarga melayu. Mereka tinggal di Kedah. Sebab itulah walaupun Nek Wanni berketurunan cina tetapi jiwanya telah sebati dengan bangsa melayu.

"Ica!!! Meh masuk makan. Makanan dah siap dah ni!!!" Panggil Nek Wanni di dapur dengan loghat kedahnya.

"Baiklah nek." Sahut aisyah lalu masuk ke dalam rumah.

"Mana si Aiman. Pi panggil dia makan." Kata Nek Wanni lagi.

"Ntahlah nek. Rasanya dia pergi main bola dengan kawan2 dia kut." Aisyah telah mula menyedok lauk-pauk di atas meja makan. Belum sempat Aisyah nak makan tiba2 belakang dia diterjah oleh seseorang.

"ICA!!!" Jerit Aiman dari belakang Ica.

"Oh mak ko terjatuh katak." Melatah Aisyah dibuatnya. Aiman pula ketawa terbahak-bahak dengan latahan adiknya.

"Hang pa ni kan tak boleh ka bagi kakak hang ni makan dengan tenang, ni dak, main terjah pulak! Meh sini!!!" Marah aisyah pada Aiman lalu dia mengejar Aiman untuk memulas telinga dia.

"Dah,dah, hangpa berdua ni dah besar panjang pon nak bergaduh macam budak kecik. Aiman ni pon satu, kakak hang kan nak makan yang hangpa pi terjah dia nape?"

Sedang nenek berleter dengan karenah mereka berdua, Aisyah telah berjaya memulas telinga Aiman. Aiman pula mengadu kesakitan.

"Alaaa... Abang bergurau je pon. Sori nek." Kata Aiman sambil tersengih-sengih. Aisyah pula hanya memandang jeling pada abangnya bagaikan harimau nak telan kancil pula.

Aiman merupakan abang Aisyah. Bertubuh sasa tetapi kurus, lebih tinggi dari adiknya. Rambut pula ala2 gaya K-pop bertambah pula rupa dia yang tersedia cina asli berserta kulit yang putih seperti adiknya tapi gelap sedikit.

Aiman berumur 23 tahun dan dia menyambungkan pelajarannya di German-Malaysian Institute,GMI. Hari ni dia cuti, begitu juga dengan Aisyah. Masing2 belajar di luar negara. Walaupun kedua-duanya belajar di luar negara, mereka tetap risaukan keselamatan nenek mereka. Mereka akan sentiasa melawat nenek di kampung.

Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now