My Sweet Violet

312 9 2
                                    






Hari ini aku mengenakan baju dress berwarna red violet. Kainnya beralun lembut sampai ke lantai. Tudung dililit dengan kemas. Cantik Lara pilihkan tapi aku juga yang kene pergi majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Thomas.

Knock. Knock.

Lara pergi membukakan pintu untuk melihat siapa yang datang ke rumah mereka. Apabila pintu dibuka, wajah Thomas yang segak berkemas dengan tuxedo ada di depan pintu sambil dihiasi dengan senyuman sampai ke telinga.

"Hai Lara. Aisyah ada?" Kata Thomas.

"Hai Thomas. Aisyah ada ni haaa... Dah siap dah pun. Kejap eh saya pergi panggilkan dia."

Lara pergi memanggil Aisyah dari tingkat atas dan muncullah Aisyah yang sedang menuruni tangga di depan mereka berdua. Dari sudut pandangan Thomas, dia seolah-olah terpukau dan tak berkata-kata pun.

"Jom." Kata Aisyah yang sudah berada di depan Thomas. Thomas tersedar daripada lamunannya dan menemani Aisyah ke kereta miliknya.

"Awak nampak sangat cantik Aisyah." Kata Thomas. Aisyah pula hanya tersenyum tersipu malu.

"Kami berdua pergi dahulu Lara." Kata Thomas lagi.

"Enjoy your date." Sempat lagi Lara mengenyitkan mata pada sahabatnya.
Aisyah pun mengambil jaket winter kerana kat luar sana sudah mencecah 2°C. Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta mewah Thomas dan mula bergerak untuk pergi ke majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Thomas.

"Jadi siapa aje yang ada di majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa awak?" Kata Aisyah.

"Selain keluarga saya, ibu bapa saya mengajak kawan2 saya. oh, sudah tentulah dengan pasangan mereka sekali. Awak tahulah untuk lebih mengenal lagi siapa pasangan mereka."

"Ouh...begitu. Tapi kita ni keluar sebagai kawan tau. Bukan sebagai emm,emm." Kata Aisyah sambil menghalakan pandangan ke luar tingkap kerana tidak mahu bersemuka dengan jejaka di sebelahnya.

"Apa awak kata tadi? Saya tak dengar lah." Kata Thomas. Walaupun begitu fokus dalam pemanduan tapi dalam hatinya sedang tersenyum sengih dengan gadis ni.

"Ish...kita keluar sebagai kawan je. Tak lebih." Kata Aisyah dengan nada yang lebih tinggi dari sebelumnya. Thomas pula ketawa kecil apabila Aisyah yang sedang menahan malu.

Apalah Thomas ni. Ingatkan aku tak tahu ke yang dia saja pura2 tak dengar tadi. Pandai2 lah tangkap maksud ayat aku tadi. Jangan dia fikir yang bukan2 sudahlah. Getus hati Aisyah dan sedang menahan rasa geram dan malu.

Menurut Thomas, rumah keluarganya di England. Semua keluarga dan kawan2 akan datang termasuklah pasangan masing-masing. And guest what? Akulah salah seorang pasangan untuk Thomas. Dah dia jemput, Lara pula memaksa. Aku pula tak boleh nak mengelak dah. Terimalah hakikatnya.Getus hati Aisyah.

Sebaik sahaja masuk ke dalam halaman rumah yang berpagar, apa yang dilihat oleh Aisyah sungguh terkejut, terpegun dan teruja dalam masa yang sama. Dari segi struktur dan gaya ukiran dan corak pagar tu pun sudah menunjukkan kemewahan rumah apatah lagi melihat rumah agam keluarga Thomas.

Halaman rumah agam mereka sungguh luas berekar-ekar. Pokok-pokok yang telah berguguran daun tersusun cantik manakala lantai rumput telah dipenuhi dengan daun-daun musim luruh.

Rumah agam mereka pula tak payah kata lah. Sungguh mewah, elegent, antik dan sedikit moden. Boleh nampak batu-bata pada dinding rumah agam ni serta ada pokok-pokok yang menjalar naik ke atas rumah agam tersebut. Penuh dengan gaya antik dan budaya Britain.

Sebaik sahaja kereta berhenti di depan pintu rumah, Thomas keluar dan membukakan pintu kereta untuk Aisyah seperti seorang lelaki budiman. Mulut Aisyah melopong apabila melihat kemewahan yang dimiliki oleh keluarga Thomas. Pintu rumah mereka diukir cantik dan penuh dengan kesenian bunga2 dan pokok.

Kaya betul mamat ni? Kalau camni lah gayanya, lepas ni tak nak ada kene mengena dengan dia lah. Karang masalah je yang timbul bila ada hubungan dengan orang kaya ni. Eh! Aku? Ada hubungan dengan Thomas. No way! Mengarut je. Kitorang keluar sebagai teman. Ya hanya sebagai teman sahaja. Tak lebih dari itu. Getus hati Aisyah.

"Mari masuk. Saya nak kenalkan awak dengan keluarga saya." Kata Thomas. Mereka berdua berjalan seiring bersama dan jacket winter di sangkut pada penyangkut yang telah disediakan.

"Wah! Besarnya ruang tamu rumah awak." Kata Aisyah yang sangat terpegun dengan perabot dan susunan gaya yang moden dan vintaj dalam ruang tamu ini. Tak lupa juga lampu chandelier yang bersinar emas di siling rumah. Thomas pula ketawa kecil apabila melihat reaksi muka Aisyah.

"Tak ada apalah. Ini semua milik ibu bapa saya. Bukan saya punya." Katanya.

"Thomas. You're home. Finally." Kata satu suara yang sangat lemah-lembut dan gembira.

"Hello mother. As good as usual. I would like you to meet my partner. Mother, this is Aisyah Khadijah, my partner. Aisyah, this is my mother, Rose Aylmer."

Wanita ini memang cantik, memakai gaun berwarna emas dan berkelip-kelip seperti bintang dengan gaya duyung manakala rambutnya mengikut gaya seperti Madonna. Dia juga mempunyai warna rambut yang sama iaitu blonde putih yang cerah dan warna mata yang sama iaitu biru laut seperti Thomas.

"Very delighted to meet you Aisyah. Thomas always talking about you this lately." Katanya dengan mesra.

"Oh really. I didn't know that." Kata Aisyah sambil memandang Thomas. Pandangan Aisyah pada Thomas seolah-olah meminta penjelasan dengan Thomas bahawa kenapa dia bercerita tentangnya pada keluarga dia. Thomas buat2 tak tahu dan melarikan pandangannya dari Aisyah.

"Thomas, your father wanted to meet you before dinner. It's about the business with the German people. Gracious they are very difficult to talk."

"Alright mother. I will meet him."

"Good. But don't be late because the customer will be arrive soon. Oh look it's Fin and Bertha. Hello there." Kata Rose lalu pergi menyambut tetamu yang datang.

"Ibu saya memang seorang yang mesra. Awak pasti akan suka berjumpa dengan ayah saya pula nanti." Kata Thomas.

"THOMAS!!!"

Ada seseorang menjerit nama Thomas. Aisyah pun menoleh ke arah suara yang menjerit nama Thomas. Rupanya yang menjerit itu adalah seorang gadis yang berusia lebih muda dari Aisyah mungkin.

Dia mempunyai rambut yang sama warna dengan Thomas tetapi lebih gelap sedikit. Kalau Thomas blonde cerah. Manakala matanya pula berwarna hijau dan dia juga memakai gaun berwarna merah dan hitam. Pakaian dia agak formal kerana kainnya beralun sehingga ke bawah tapi masih moden.

"Isn't she my sweet Violet. How are you?" Kata Thomas kepada gadis itu.

Gadis itu berlari ke arah Thomas dan terus memeluk Thomas dengan erat sekali. Thomas pula membalas semula pelukannya.

"I'm good. I'm miss you sooo much."

"I miss you too." Kata Thomas sambil memeluk erat dengan gadis itu.

"I love you Thomas. It's been so long."

"I love you too. You are my first girlfriend. Did you know that?"

"I know that. And you are my lovey dovey Tommy."

WHAT?? Apa kejadah dah jadi ni? Kenapa tetiba mesra sangat macam ni? First girlfriend? Love? Seriously!!

Diorang berdua ni couple ke? Kalau couple pun kenapa ajak aku jadi pasangan dia instead of her? Yang paling penting, apa hubungan diorang berdua? Apa dah jadi ni?


Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now