Sekadar Mimpi

219 6 0
                                    



Setiap hari Aisyah ditemani dengan ayat Al-Quran di sisinya. Walaupun tidak dapat gerakkan  tubuhnya dan tidak mampu untuk membuka matanya, namun dia amat bersyukur sekali kerana keluarganya sentiasa menemaninya.

Bukan keluarga dia sahaja yang datang melawat Aisyah, jiran-jiran tetangga, dan kawan-kawan Aisyah juga turut melawat dan sedekahkan doa kepadanya. Leila dan Lara juga sentiasa ada bersama untuk Aisyah. Lara sentiasa bercerita kisah-kisah dan pengalaman mereka bersama Aisyah ketika belajar bersama.

Leila pula bercerita semasa zaman budak-budak.Aisyah masih ingat lagi bagaimana mereka selalu curi-curi keluar dari sekola dan beli banyak gula-gula di kedai runcit dulu. Rindu betul Aisyah pada kenangan itu.

Tak lupa juga Nek Wanni, Abang Aiman dan Abdullah bersama-sama terus menemani Aisyah dengan bacaan doa. Doa mereka tak pernah putus. Thomas juga ada bersama.

Aisyah sangat terharu dengan kata-kata manis dan lembut daripada Thomas. Dia sentiasa memberikan kata-kata semangat dan memohon untuk Aisyah bangun segera supaya mereka berdua boleh meluangkan masa bersama. Memang indah sekali tapi ada sesuatu yang menganggu fikiran Aisyah. Banyak sekali halangan hubungan antara mereka.

Kalau mereka dapat kekal bersama sehingga ke jannah sekali pun, mimpi indah begitu tidak akan dapat menjadi realiti di dunia kerana Thomas bukannya seorang muslim. Bagaimana mereka boleh bina mahligai bersama. Cinta Aisyah terhadap Thomas seperti tali nipis yang menghubungkan mereka. Bila-bila masa sahaja boleh putus.

Kalau tidak dapat bersama dengan Thomas pun, sekurang-kurangnya doa Aisyah sentiasa bersama Thomas.





Katrina POV

Ishhh...geramnya aku dengan Aisyah tu. Dia masih hidup tapi dalam keadaan koma. Tak boleh jadi ni. Aku kene buat sesuatu juga untuk bunuh dia. Getus hati Katrina tidak berasa puas hati langsung. Dia memakai cermin mata hitam dan duduk di penjuru jauh sedikit daripada pandangan Thomas.

Tetiba dia ternampak seorang lelaki ini begitu marah sekali dengan Thomas dan berang sekali dengan dia.

Ouuhh...lelaki ni mesti benci dengan Thomas. Mungkin dia ni sukakan Aisyah. Teka Katrina.

Kemudian lelaki itu beredar keluar dari situ dan berjalan ke arahnya. Katrina cepat-cepat sembunyikan diri di sebalik majalah yang dipegangnya. Apabila lelaki itu sudah jauh berjalan, Katrina terus mengekori dia.

"Hei you. Nak cakap sikit." Panggil Katrina. Lelaki iu pula memandangnya pelik.

"Kau cakap dengan aku ke?" Katanya.

"Iyalah dengan you. You ingat I cakap dengan hantu ke?" Marah Katrina.

"Kau pula siapa tetiba nak cakap dengan aku ni? Bukannya aku kenal kau pun." Katanya lagi.

"I Katrina. Tadi I nampak you marah-marah kat Thomas tadi dalam hospital."

"Kau kenal lelaki mat salleh tu?"

Mestilah I kenal dia. He"s my boyfriend ok." Kata Katrian berasa jengkel dengan lelaki ni.

"Huh...boyfriend kau. Kalau macam tu, kau bagi tau dia jangan nak dekat-dekat dengan Aisyah lah. Aisyah aku punya."

"Itulah masalahnya. Dia tak nak dengar cakap I lah."

"Kata dia boyfriend kau?" Kini Rafiq pula berasa jengkel dengan Katrina.

"Itu dulu but now I want to take him back from Aisyah. Aisyah yang merampas Thomas dari I and I want him back. How abaout this? Apa kata kita pakat sama-sama. I will get my Thomas again and you will get your Aisyah. Macam mana? Setuju tak nak pakat dengan I?" Kata Katrina yang sudah meluahkan niatnya.

"Pakat dengan kau? Boleh jadi ke camni?"

"Mestilah boleh. I boleh pergi jumpa Aisyah untuk persuaded her mind untuk tinggalkan Thomas and bila Thomas sudah berada dalam genggaman I, you can have Aisyah back. How is that sound?" Kata Katrina dengan licik. Rafiq memikirkan dahulu.

"Mmm...ok tapi aku kene tau kau ni siapa?"

"My name is Katrina. And you?" Katrina sudah tersenyum jahat.

"Rafiq."

Kemudian mereka pun merancang dengan lebih mendalam dan bekerjasama untuk pisahkan Thomas dan Aisyah. Tetapi Rafiq tidak tahu akan niat tersembunyi dia kerana Katrina hanya mahu mempergunakan lelaki itu sahaja.


Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now