Heathrow Airport,UK

525 12 2
                                    




Haaa....selesanya tidur. Yalah kepala ni dapat terlentok lena tu... Memang selesa sebab kepala ni dapat baring tapikan akukan duduk dalam flight sekarang ni. Macam mana pula aku boleh selesa semacam je ni?

Dengan perlahan-lahan Aisyah membuka matanya yang masih lagi kuyu lalu memandang sebelahnya. Apa yang dia pandang ni memang memeranjatkan Aisyah sebab rupanya kepala dia baring di bahu lelaki mat saleh.

Manakala lelaki ini hanya tersenyum kambing pada Aisyah. Cepat2 Aisyah bangun sambil beristigfar.

"Why you didn't wake me up?" Aisyah tanya pada lelaki itu.

"I'm sorry. It's just that you look cute when you were asleep." Lelaki ini memberikan senyuman yang sangat manis dan sangat menawan. Senyuman dia boleh mencairkan hati seorang wanita. Dengan baris gigi yang tersusun cantik dan putih. Gulp.

Aisyah tidak membalas apa2 sebaliknya dia hanya memandang ke luar tingkap yang hanya memenuhi awan sahaja.

"Are you mad at me?" Kata lelaki ini lagi.

"N-no I'm not. W-why did you say something like that?" Tergagap Aisyah dibuatnya. Dah lah tak sanggup nak bertentang mata. Kenapa lelaki ni hensem sangat? Huhuhu....

"Are you blushing with me?" Kata lelaki ini lagi. Ternganga Aisyah apabila lelaki ini mengajukan soalan begitu.

"What? No I'm not. What do I want to blushing about?" Aisyah menafikan kenyataan.

"I know that I'm irresistible. So don't be so shy about it.okay?" Tersengih-sengih lelaki ni. Aisyah pula ketawa mengejek.

"Seriously. Eventhough you so irresistible to all woman in this world but your charm wouldn't effect on me. Now will you excuse me I want to go the restroom for a moment." Huh menyampah betul dengan mamat ni. Walaupun hensem setinggi langit ke atau setinggi gunung Everest sekalipun, Aisyah tetap takkan tertawan dengan ketampanannya.





******








Dua hari dalam flight, akhirnya Aisyah sampai ke Heathrow Airport,London. Dan bebas daripada kekejangan otot kakinya. Akhirnya sudah sampai dengan selamat di airport.


Aisyah mengambil beg2 bagasinya, lalu keluar dari imigran. Tetapi sedang dia berjalan sambil menarik beg luggage nya tetiba seseorang melanggarnya. Apa lagi beg tangan Aisyah jatuh dan barang2 dalam begnya terkeluar termasuk buku2 dia sekali.


"I'm so sorry. I didn't mean to." Kata lelaki yang melanggarnya tadi. Aisyah memandang wajah tersebut dan matanya terbuntang luas.


"You again." Kata Aisyah macam tak percaya. Dah lah kejadian dalam kapal terbang tadi memalukan ni kan pula dia langgar Aisyah. Yalah mana taknya lelaki ini sedang berjalan sambil melihat telefonnya. Tak sedar pun mana dia jalan. Dia hanya ikut kemana kakinya membawanya sahaja.


"I'm so sorry. Let me help." Kata lelaki mat saleh lagi bersut lagi sambil berlutut untuk tolong Aisyah. Mengeluh Aisyah betapa malangnya nasib dia.

"Can you just not looking on your phone while walking." Kata Aisyah sebaik sahaja semua barang2 nya dimasukkan semula ke dalam beg dan mengambil dompet ungunya yang dihulurkan oleh lelaki itu padanya.

"I'm so sorry again. It's just that I've been so busy with my work." Katanya dengan nada agak kesal.

"It's okay. I've better get going then. Don't want to disturb your work." Aisyah pun berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

Aisyah keluar dari imigran lapangan terbang dan ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya. Tak lain dan tak bukan orang itu adalah kawan baiknya iaitu Lara. Kawan seuni dia dan kawan sebilik. Lara dah anggap Aisyah sebagai adiknya sejak mereka berjumpa.

"ICA!!!" Jerit dia sebaik sahaja nampak Ica. Ica menghampiri dia dan tanpa sebarang amaran, Lara peluk erat tubuh kecil Aisyah. Sesak nafas dah Aisyah.

"Rindunya aku Kat ko. Lama sangat lah ko cuti. Aku kat sini keseorangan tau tak?" Katanya lagi dan pelukan dia bertambah erat.

"Weh rindu pun rindu gak tapi aku ni dah tak boleh nafas dah ni." Kata Aisyah.

"Opss...sori my friend." Katanya sambil tersengih-sengih. Walaupun Aisyah cantik sampai ramai lelaki usha dia tapi Lara lagi cantik darinya. Sebab dia tinggi sikit dari Aisyah, badan kurus cantik dan gaya macam seorang model.

Mereka berdua sudah lama berkawan sejak Ica mula belajar di UK. Mereka berdua teman serumah, teman sekawan dan banyak lagilah. Mereka berdua bagaikan kakak dan adik yang tidak boleh dipisahkan pun.

Mereka berdua juga sama2 bayar untuk rumah sewa di United Kingdom ni. Walaupun sama2 tinggal tapi Lara mengambil Kos fesyen designer. Dia pandai dalam mereka baju dan bukan itu sahaja, dia juga pandai membuat baju untuk muslimah. Kalau bab2 pakaian ni, dia nombor satu.




Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now