Sejarah Hugo Aylmer

298 6 2
                                    




"I-ini kan- inikan-" Aisyah seperti hilang kata2 apabila melihat gambar tersebut. Thomas pula datang dekat untuk melihat dengan lebih jelas. Thomas juga terkejut apabila melihat gadis dalam gambar dengan gadis di hadapannya.

Sekejap2 dia pandang Aisyah,
sekejap2 dia pandang dalam gambar itu balik. Kemudian dia pandang Aisyah semula.

"I can't believe it. She's really look just like you, Aisyah." Kata Thomas.

"Ya betul kata kamu tu Thomas. Rupa dia sangat mirip dengan Aisyah. Gadis dalam gambar ni adalah Wanni namanya. Dia adalah sahabat dan peneman seri hidup saya." Kata Hugo sambil melihat gambar.

"W-Wanni nama dia. Dia nenek saya. Wanni adalah nenek saya." Kata Aisyah bagaikan tidak percaya.

"Kebetulan pula. Patutlah rupa awak mirip dengannya. Saling tak tumpah pun. Memang tak sangka." Kata Hugo. Thomas pula tidak berkata-kata.

"Bagaimana Encik kenal nenek saya?"

"Ya. Saya masih ingat lagi bagaimana saya bertemu dengan Wanni. Pada tahun 1958, pada masa itu saya berjalan-jalan di sekitar kampung pendalaman. Suasana ketika itu sungguh panas dan lembap. Udara sungguh Segar bersama-sama sungai yang jernih."


Flashback.

Hugo Alymer seorang pemuda yang tampan sekali. Berambut blonde putih gelap dan bermata warna hijau serta bermisai seperti orang berbangsa Inggeris yang lain. Sedang dia bersiar-siar di pendalaman kampung, dia sangat menikmati keindahan di sini.

Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang gadis berbaju kurung tradisional dan kepalanya ditutup dengan kain batik. Sebelah tangan gadis itu memegang payung untuk lindungi dia daripada cahaya matahari yang terik dan sebelah lagi tangan menjinjing beg.

Dari segi gaya gadis itu pasti baru balik dari pasar untuk membeli barang dapur. Sedang berjalan pulang ke rumah, tiba2 ada sekumpulan lelaki datang dan mengelilingi dia. Hugo melihat situasi tersebut dan dapat bau ada masalah yang akan timbul.

"Hei, cik adik manis ini mahu ke mana?"  Kata lelaki buncit itu.

"Nak abang temankan cik adik pulang ke rumah tak?" Kata lelaki yang lain pula.

"Mai lah Kat abang. Kitorang takkan apa2 kan cik adik yang manis ni." Kata lelaki yang ketiga pula.

"Jangan ganggu saya lah. Saya nak balik rumah." Kata gadis itu. Kemudian dia cepat2 mahu berdar dari situ tetapi dihalang pula dengan sekumpulan lelaki muda itu.

Mereka mula mendekati gadis itu sambil menyentuh-nyentuh rambutnya. Ada yang cuba menyentuh pipi lembut gadis itu. Dan ada juga yang menyelak kain gadis itu. Gadis itu cuba sedaya upaya menepis dan mahu melarikan diri tetapi dirinya sudah terperangkap.

"Ada masalahkah di sini?" Kata Hugo dengan sedikit pelat British. Gadis itu pula cepat2 lari ke belakang Hugo. Manakala lelaki2 yang mengacau gadis itu pula meluat apabila melihat orang British datang ke arah mereka apatah lagi orang2 British jugalah yang menjajah tanah air mereka.

"Pergi berambuslah kau! Kitorang tak perlukan orang putih macam kau Kat tanah air kami!" Jerit lelaki yang buncit itu.

"Saudara-saudara sekalian. Tak perlulah nak cari masalah di sini. Lagipun tidak elok mengacau gadis ini. Saya cuma tak nak ada masalah sahaja." Kata Hugo dengan tenang.

"Aahhh!!! Sudahlah. Pendatang macam engkau tidak berhak tinggal di sini." Kata lelaki yang kedua pula. Ketiga-tiga lelaki muda itupun mula menyerang Hugo. Tetapi Hugo sempat mengelak daripada tumbukan dan tendangan mereka.

Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now