Tanah Air

225 6 0
                                    


Doktor telah mengesahkan bahawa kesihatan Thomas semakin pulih. Biasanya orang yang baru bangun selepas koma mengambil masa yang lama untuk pulih tapi bagi Thomas, kesihatannya makin baik. Dalam seminggu nanti Thomas boleh keluar daripada hospital.

Setelah Thomas sedarkan diri, Aisyah makin menjauhkan dirinya daripada Thomas. Alasannya mahu memberinya masa bersama keluarga dan tidak mahu menganggu Thomas bersama keluarga.

Violet pula menyatakan pada Aisyah bahawa Thomas mahu berjumpa dengannya tetapi Aisyah enggan berjumpa dengan Thomas lagi kerana sibuk dengan kursus. Sehinggakan Violet merayu Aisyah untuk berjumpa dengan Thomas Kerana Thomas begitu terdesak sekali untuk berjumpa dengannya. Teyapi Aisyah tetap mendegilkan diri untuk tidak berjumpa dengan dia.

Seminggu sudah berlalu dan selama seminggu jugalah Aisyah sudah lama tidak berjumpa dengan Thomas. Dari saat ke minit. Dari minit ke jam dan dari jam ke hari Aisyah terasa sangat kosong di hati.

"You Aisyah, right?" Sapa seseorang.

"Yes I'am."

"There is someone wanted to see you."

"Who?"

"Don't know. He want to see you outside. It's something important that he wanted to say with you."

"Ok. Thank you." Siapa pula yang nak jumpa aku ni? Tadi dia kata he. Maknanya orang yang nak jumpa aku ni lelaki lah. Fikir Aisyah.

Jadi dia pun keluar untuk berjumpa dengan orang yang mahu berjumpa dengannya. Srbaik sahaja keluar, apa yang dipandang oleh mata Aisyah sungguh tidak disangka olehnya. Aisyah melihat Thomas bersama Katrina.

Katrina nampak kelibat Aisyah lalu dengan sengaja meliang-liut tubuhnya macam sotong sambil pegang tangan Thomas. Gayanya yang gedik cuba untuk mendapatkan perhatian daripada Thomas. Aisyah sudah tidak mampu lagi untuk melihat mereka. Lalu dia berlari meninggalkan tempat itu.

Thomas pula tidak berasa senang hati dengan tingkah laku Katrina. Dari segi gaya dia, Thomas tahu yang Katrina mahu cintanya kembali. Kemudian Thomas nampak Aisyah sedang berlari apabila Aisyah telah nampak antara Thomas dengan Katrina. Dia pun kejar Aisyah dan meninggalkan Katrina keseorangan disitu.

"Thomas. Where are you going?"

"Just shut up Katrina." Marah Thomas pada Katrina. Walaupun Thomas begitu marah sekali dengan Katrina tetapi dia berasa puas apabila melihat Aisyah terluka melihat antara mereke berdua tadi.

"AISYAH WAIT!" Thomas dapat mengejar Aisyah dan memegang lengannya untuk hentikan dia daripada melarikan diri.

"Let me go! I have work to do."

"Wait Aisyah. Just listen to me please. What you saw back there. It's not what you think so."

"What is it then? What is it that you wanted from me, Thomas?"

Thomas mahu menjelaskan apa yang berlaku tetapi tiada perkataan yang sesuai untuk menjelaskannya. Aisyah mahu beredar daripada situ tetapi Thomas tetap menghalangnya pergi.

"Whatever I did wrong to you, I'm sorry. I'm so sorry ok. I just wanted to see you. That's all."

"Well you had see me. Now will you excuse me. I have works to do."

Kali ini Thomas mengalah. Tidak mampu untuk berkata lagi. Aisyah berasa sangat sedih dan sangat terluka sekali apabila melihat antara Thomas dengan Katrina bersama. Bagaikan hati ini telah terguris dengan kaca yang tajam. Jadi dia pun berlalu pulang ke rumahnya. Tidak mampu untuk fokus dalam pelajaran lagi.

**********



Hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan bergantikan bulan. Masa berlalu amat pantas dan kini tibanya cuti semestar buat Aisyah. Selama berbulan, Aisyah tidak berhubung langsung dengan Thomas. Begitu juga dengan Thomas. Seolah-olah dia telah melenyapkan diri dari kehidupan Aisyah.

Hari ini Aisyah berpeluang untuk pulang ke tanah airnya yang tercinta. Tidak sabar sekali untuk berjumpa dengan neneknya, terutama sekali masakan neneknya. Tiada siapa boleh kalahkan masakan neneknya.

Setelah terperap lama dalam kapal terbang, akhirnya Aisyah telah menapakkan kakinya ke lapangan terbang Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja keluar daripada lapangan dan memanggil teksi, cuaca di luar amat panas. Malaysia kan panas. Takkan nak sejuk pula kan?

Aisyah terpaksa panggil teksi kerana adik lelakinya iaitu Aiman masih tidak pulang dari German lagi. Dia lambat sikit nak balik. Kalau nak panggil kawan pun macam tak boleh sebab mereka semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi terpaksalah Aisyah memanggil teksi.

Sebelum dapat memanggil teksi,tiba-tiba aisyah ternampak bayangan yang dia kenal sangat di kampung halamannya. Sebelum orang tu nampak Aisyah, baik Aisyah larikan daripada dia dulu sebelum dia nampak kelibat dirinya tapi malangnya Aisyah lambat bertindak kerana orang itu telah nampak Aisyah.

"Aisyah! Lamanya tak jumpa awak. Awak apa khabar?" Panggil orang itu apabila nampak Aisyah. Aisyah sudah tidak mampu lagi unuk berselindung.

"Hai Rafiq. Saya sihat je." Jawab Aisyah acuh tak acuh. Ya betul tu. Orang yang Aisyah nampak tu tak lain dan tak bukan adalah Rafiq.



Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now