Musim Sejuk

293 8 0
                                    



Hampir 3 tahun lebih juga mereka tidak berjumpa. Kali terakhir pun ketika Aisyah melawat Thomas di hospital dulu. Mereka hanya berhubung melalui skype sahaja. Itu pun hanya sekali seminggu.

Kemudian hampir sebulan dan setahun Thomas tidak lagi berhubungan dengan Aisyah. Aisyah berasa pelik sangat dengan Thomas. Mengapa dia mendiamkan diri dan tidak memberitahu apa-apa pada Aisyah?

Seminggu,sebulan dan setahun Aisyah menunggu akhirnya mengalah juga. Dia sudah penat menunggu Thomas. Dia tidak tahu apa yang berlaku padanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku padanya? Tidak mengetahui sama ada dia okay atau tidak.

Aisyah pernah juga bertanya pada datuknya dan adik Thomas tetapi mereka tidak memberikan jawapan yang tepat pun. Tidak pernah memberikan jawapan yang Aisyah mahu dengar seperti apa yang dia buat sekarang ataupun mengapa dia berdiam diri dan tidak memberitahu apa-apa berita tentang diri dia pada Aisyah.

Selepas beberapa tahun lamanya, Aisyah dan Lara bercadang mahu ke Paris untuk melawat kawan lama mereka iaitu Leila. Sudah lama sangat mereka tidak berjumpa. Leila masih lagi menyambung pengajiannya di sana dan pada masa yang sama bekerja di sana untuk mengalam pengalaman hidup di suasana Paris.

"Jom Aisyah. Tak sabar dah ni nak explore Paris. Dah lama tak datang sini." Kata Lara dengan perasaan teruja sekali.

"Elehh..macamlah dia tak pernah datang." Kata Aisyah.

"Mm..biarlah. Mana Leila? Kata nak jemput kita kat airport."

"Entahlah. Haaa...itu dia. Dah nampak dah." Kata Aisyah sambil menunding jari ke arah Leila.

"Aisyah, Lara. Kat sini." Panggil Leila. Mereka pun berpelukan dengan erat seolah-olah sudah lama tidak bersua muka bersama.

"This is gonna be fun. Dapat hang out dengan korang. We will be having fun together in Paris." Kata Leila dengan gembira sangat dapat berjumpa dengan sahabat baiknya.

"Have fun, fun juga tapi mana Anàis. Tak seronoklah kalau dia tiada." Kata Lara pula.

"Ha,ah lah. Mana dia?" Aisyah pula yang menanyakan soalan.

"Anàis ada kerja sikit. Dia sedang berlatih untuk show teater dia."

"Wow! Dia berlakon ke? Show apa?" Kata Lara.

"Mmm...tak taulah. Katanya nak buat suprise kat aku. Oh! Alang-alang dia tahu korang berdua bercuti kat Paris ni, dia kata kita bertiga dijemput ke teater dia. Untuk tengok show dia."

"Wow! Tak sabarnya nak tengok Anàis berlakon nanti, kan Lara?"

"Ha,ah. Aku tak pernah kut tengok teater ni. Ni dikira first time lah."

"Samalah aku. Tapi kita balik rumah sewa aku dulu jom. Korang mesti penatkan?" Kata Leila. Mereka pun menaiki teksi untuk ke rumah Leila.

Keesokan harinya mereka berjalan-jalan sekeliling Paris termasuklah di Eiffel Tower. Mereka naik ke puncak Eiffel melalui tangga. Kalau pakai lif kene bayar lebih sikit. Jadi mereka lebih kepada naik tangga, jimat duit dan bagus untuk kesihatan. Lagi satu pula, cuaca di Paris sekarang adalah musim sejuk. Jadi suhu sekarang pun lebih daripada 0°C ke bawah.

Setiap tingkat mereka akan berhenti untuk menangkap gambar di suasana pemandangan di seluruh bandar Paris dan singgah di kedai souvenier, tak lupa juga ada pameran sejarah Eiffel Tower. Kemudian naik lagi ke tingkat yang lebih tinggi. Hari pula semakin petang dan mereka dapat melihat matahari terbenam dia atas menara yang tinggi.

Di langit tinggi makin gelap dan mereka masih lagi nampak cahaya jingga di langit. Suasana juga semakin sejuk. Sangat nyaman dan tenang sekali. Aisyah terlalu leka sangat dengan pemandangan matahari terbenam di Paris sehingga tidak sedar bahawa rakan-rakannya telah menghilang entah kemana.

Aisyah melihat sekeliling untuk mencari rakan-rakannya tetapi tidak nampak batang hidung. Jadi dia pun membuat andaian bahawa mereka pasti sudah turun dahulu tanpa pengetahuannya.

"Aisyah Khadijah."

Suara itu. Seperti dia kenal sangat dengan suara itu. Sudah tentulah Aisyah kenal suara itu malah sudah lama sangat dia tidak mendengar suara yang amat dia rindui. Mungkinkah dia ada disini? Tapi tak mungkinlah. Bagaimana? Fikir Aisyah lalu dia pun menoleh ke belakang dan melihat siapakah gerangan suara itu.

Wajahnya menunjukkan bahawa dia amat terkwjut mwlihat Thomas ada di depan matanya sekarang. Rupanya masih kacak seperti dahulu. Rambut blonde putih berserabut, maya biru bak lautan yang jernih dan juga senyuman yang paling ikhlas untuk Aisyah.

"Thomas." Bisik Aisyah yang hampir sahaja mengalirkan air mata. Kenapa mengalirkan air mata? Mungkin sebab dia amat rindu sangat dengan Thomas. Tindu dengan senyumannya. Rindu dengan gurauannya. Rindu dengan sifat kasih sayang Thomas itu.

"Maafkan saya Aisyah sebab tidak memberitahu awak apa-apa. Saya menghilang tanpa memberitahu awak pun. Saya buat semua itu ada sebabnya. Saya harap awak tidak salah faham dengan saya dan maafkan saya."

"Tapi kenapa awak tiba-tiba mendiamkan diri. Sekurang-kurangnya awak bagitau lah yang awak perlukan masa sendirian. Saya pasti akan berikan awak ruang dan masa."

"Maafkan saya sekali lagi Aisyah. Saya tahu saya bertindak bodoh tapi saya memang perlukan masa sahaja."

"Tak apalah. Saya maafkan awak." Kata Aisyah tidak tahu mahu memberi respon apa lagi. Jadi mereka berdua pun menikmati pemandangan di Eiffel Tower.

"Oh! Saya hampir terlupa. Saya ada hadiah untuk awak. Tanda kemaafan daripada saya. Saya harap awak sukakannya." Kata Thomas lalu memberikan kotak hadiah yang kecil kepada Aisyah.

"Awak tak perlulah nak susah-susahkan diri awak Thomas."

"Tolonglah terima Aisyah. Saya ikhlas beri awak hadiah ini. Penat saya pilih tau." Katanya sambil buat 'puppy face'. Aisyah pun keyawa melihat wajah Thomas dan pada masa yang sama rasa bersalah pula kalau tak terima. Jadi dia pun menerima hadiah itu dan membuka balutannya.

Apabila sudah dibuka, Aisyah erpaku dan tidak terkata pun. Thomas telah menghadiahkan Aisyah dengan gelang tangan perak yang sangat cantik dan terdapat menara eiffel tower bergantung pada gelang tangan. Sangat tingkas tapi sangat cantik.

"Awak suka?"

"Terima kasih. Saya suka sangat. Sangat cantik." Thomas pun memakaikan gelang tangan itu ke tangan Aisyah. Mereka berdua sama-sama senyum. Ketika itulah saat yang sangat gembira Aisyah bersama Thomas.

Mereka menghabiskan masa mereka di atas menara dan apabila sudah malam dan bandar-bandar di Paris telah menyala berkelip-kelip, mereka pun membuat keputusan unuk turun kerana sangat sejuk cuaca pada waktu malam. Apabila berada di dalam kesejukan dengan lama, mereka pasti akan lapar. Jadi mereka berdua pun turun untuk makan bersama-sama.

Thomas tahu dimana mahu mencari makanan halal. Jadi dia membawa Aisyah ke restoran itu untuk makan malam. Sedang berjalan-jalan di bandar Paris pada waktu malam, salji pun telah turun. Sedikit demi sedikit mereka telah nampaka ada salji di bandar paris. Malam semakin sejuk dan mereka pun menikmati saat-saat indah itu bersama.

Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now