Pertemuan

227 8 0
                                    



"Hai Aisyah." Lembut sahaja suara Thomas meenegur Aisyah. Aisyah tidak terkata apa akinat terkejut dengan kehadiran Thomas. Thomas di sini. Di Malaysia.

"Aisyah. Are you okay?" Katanya lagi.

"I-I'm okay. Bagaimana awak boleh ada di sini?"

"Sudah tentulah saya naik dengan kapal terbang untuk ke sini."

"Maksud saya. Bagaimana awak boleh tahu saya tinggal di sini?" Terus Thomas terdiam sebentar.

"Thomas. Say something. How did you know that I'm staying here?"

"Jangan marah. Saya tanya pada kawan awak di mana awak tinggal."

"Kawan saya?"

"Ya. Kawan awak. Leila yang belajar di perancis. Saya tanya dia di mana awak tinggal. Jadi selepas saya tahu di mana, saya terus beli tiket penerbangan ke sini. Untuk jumpa awak." Leila yang bagitahu lokasi tempat tinggal aku. Kenapa Leila nak bagitahu lokasi tempat tinggalnya. Aduiihhh....

"Unbelieveable. After a month and two you didn't show up and now you want to see me. How dare you. Kenapa dari awal awak tak nak cari saya. Kenapa baru sekarang?" Aisyah seolah tidak dapat mengawal kemarahan dan kesedihannya.

"Saya tahu saya salah. Saya tahu yang saya patut cari awak dari awal lagi tolonglah maafkan saya Aisyah. Maafkan saya."

Aisyah tidak berkata lagi sebaliknya dia hanya menangis semahu-mahunya. Dia tidak kisah lagi bagaimana rupa dia sekarang walaupun di depan Thomas. Thomas mahu memeluknya untuk menenangkan Aisyah tapi tahu akan batas-batasnya.

"Aisyah." Panggilnya dengan suara yang lembut untuk memujuk Aisyah. Tangisan Aisyah makin menjadi-jadi kerana mendengar suara.

Thomas membawa Aisyah ke sebuah restoran untuk tenangkan Aisyah. Thomas belanjakan Aisyah. Mereka berdua duduk bertentangan tapi tidak saling berpandangan antara satu sama lain. Hanya kesunyian sahaja yang dapat membicarakan antara mereka.

"Aisyah tentang tadi..."

"Stop it Thomas. Saya tak nak kata apa-apa lagi tentang kejadian tadi. Cukuplah dengan saya menangis depan awak tadi tu dapat saya luahkan sepuasnya. Awak tak perlu kata apa-apa lagi."

Keadaan kembali senyap semula antara mereka berdua. Masing-masing layan perasaan sendiri. Selepas beberapa minit,Thomas yang menyuarakan dahulu sekali lagi.

"Saya cintakan awak Aisyah." Sebaik sahaja Thomas mengucapkan tiga ayat itu dalam pada masa yang sama Aisyah sedang minum air terus tersedak air lalu dia batuk akibat terkejut. Thomas juga terkejut dengan keadaan Aisyah yang tersedak lalu cuak untuk membantu Aisyah.

"Awak tak apa-apa ke? Maafkan saya. Saya tak patut pun kata begitu pada awak tadi."

"Tak mengapa Thomas." Kata Aisyah masih lagi dengan sisa-sisa batuk lagi.

"Mari kita jumpa seseorang sekejap." Kata Thomas.

"Jumpa siapa pula ni?" Kata Aisyah berasa pelik.

"Marilah." Jadi Aisyah pun ikut sahaja Thomas. Entah siapalah yang Thomas nak Aisyah jumpa ni. Dia bukannya ada kawan atau saudara di Malaysia.

"Assalamualaikum Aisyah. Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu." Kata Hugo iaitu datuk Thomas.

"Waalaikumussalam." Terkejut Aisyah dan pada masa yang sama amat teruja dapat berjumpa dengan datuk Thomas.

"What? What are you doing here? I can't believe that you are actually here. When did you came to Malaysia?"

"Last week my dear. Saya dan Thomas datang ke sini atas urusan perniagaan di Kuala Lumpur. Sekarang ini kami cuti jadi rasanya tak salah kalau Aisyah mahu jadi pemandu pelancong kami." Katanya sambil memberikan senyuman yang gembira.

"Eh! Boleh juga tu,sambil tu Thomas dengan datuk boleh datang kampung Aisyah sekali. Boleh tengok suasana kampung kat sana."

"Sudah tentu kami mahu. Saya teringin sekali mahu melihat suasana perkampungan. Dah lama saya tak datang sini. Mesti dah banyak perubahan pada zaman sekarang."

Thomas hanya mendiamkan diri sahaja. Melihat Aisyah begitu gembira sekali apabila dapat berjumpa dan berbual dengan datuknya tentang sejarah zaman dulu membuatkan dia pun gembira sekali.

Panjang berbual akhirnya mereka semua bersetuju untuk pergi melawat kampung Aisyah. Hugo juga telah menempah hometown untuk mereka menginap seperti orang kampung juga.

Pada hari yang telah ditetapkan, mereka pun bergerak ke kampung halaman Aisyah. Kebetulan pula, abang Aisyah iaitu Aiman akan pulang ke kampung juga setelah lama bekerja tanpa pulang ke kampung ni. Maklumlah tak lama lagi bulan ramadhan akan tiba tak lama lagi. Ramadhan pertama memang wajib pulang ke kampung tau.

Setelah lebih dari sejam dalam perjalanan ke kampung Aisyah, akhirnya mereka telah pun tiba ke perkarangan kampung Aisyah. Sebelum Hugo dan Thomas pulang ke hometown mereka, mereka mahu melawat nenek Aisyah terlebih dahulu.

Sebelum mereka sampai, Aisyah telah pun memaklumkan pada neneknya yang Aisyah membawa tetamu sekali. Jadi neneknya pun sudah pasti telah menyediakan makanan.

"Assalamualaikum nenek!!" Aisyah pun memberi salam.

"Waalaikumussalam. Dah balik pun cucu nenek ni." Aisyah pun bersalaman dengan neneknya lalu memeluknya erat sekali.

"Ni adik ada bawa tetamu sekali. Harap nenek tidak keberatan." Kata Aisyah pada neneknya. Apabila nebeknya melihat siapakah tetanu mereka, alangkah terkejutnya dia apabila nampak dua orang putih datang ke rumah mereka terutama sekali melihat seorang lelaki yang dia kenal sangat.

"Hugo. Itu memang awak ke?" Kata nek Wanni.

"Ya. Itu saya tapi nama Islam saya ialah Abdullah. Awak boleh panggil Abdullah kalau awak mahu." Katanya dengan lembut.



Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now