Ditangkap

271 10 0
                                    


Katrina


Hari ini juga aku akan teruskan rancangan aku. Kau tunggulah Aisyah. Bisik Katrina pada dirinya sendiri.

Katrina pun pergi ke hospital dengan berpakaian seperti seorang jururawat untuk menyamar supaya tiada siapa yang akan mengesyaki dirinya.

Dia pun pergi ke bahagian ubat-ubatan dan mengambil potassium. Dia pun pergi ke bilik rawatan Aisyah. Apabila masuk sahaja, Aisyah sedang lena tidur tanpa menyedari keadaan sekeliling.

Katrina pun mengambil jarum yang telah diisi dengan potassium. Kemudian dia memasukkan potassium itu ke dalam tiub IV yang disambung ke dalam badan Aisyah.

Apabila potassium itu telah masuk ke dalam badan Aisyah, dia akan diserang sakit jantung dan mati. Jadi Katrina telah memasukkan potassium dan melihat ia mengalir perlahan melalui tiub IV sehingga ke dalam badan Aisyah.



Thomas

Thomas bangun daripada katilnya dan segera pergi ke bilik rawatan Aisyah. Nasib baik dia dirawat di hospital yang sama dengan Aisyah. Nak ke sana dengan cepat memang susah kerana dengan keadaan Thomas yang luka akibat tikaman tadi masih terasa amat sakit. Jadi dia mengambil masa yang agak lama sedikit untuk tiba ke bilik dimana Aisyah dirawat.

Apabila tiba sahaja di bilik tersebut, dia telah nampak seorang jururawat memasukkan potassium ke dalam badan Aisyah. Jadi dia pun segera mencabutkan tiub IV itu sebelum potassium itu masuk ke dalam badan Aisyah.

Jururawat itu sangat terkejut dengan tindakan Thomas lalu melarikan diri tetapi Thomas sempat menghalangnya dengan menjatuhkan jururawat itu ke lantai dan barulah dia nampak wajah jururawat itu dengan jelas. Ianya angkara Katrina.

"Lepaskan I lah." Jerit Katrina. Jeritan Katrina membuatkan Aisyah tersedar daripada mimpi dan melihat apa yang telah terjadi. Dia pun sangat terkejut apa yang dilihatnya.

"Why did you do this Katrina? Why?" Kata Thomas.

"Because I love you. I love you Thomas. Why did you choose her instead of me? Why?" Kata Katrina mengeluarkan sedikit air mata.

"Because I love her."

Ketika Thomas mengucapkan kata-kata itu, perasaan Katrina bercampur-baur. Marah, cemburu, dan dendam. Jadi Katrina pun memukul kuat pada abdomen Thomas dan meronta keluar daripada genggaman Thomas. Thomas menjerit kesakitan.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan tidak terkawal apabila Katrina telah melepaskan diri daripada genggaman Thomas. Dia berlari keluar daripada bilik tersebut dan Thomas pula cuba mengejarnya tetapi tidak mampu untuk berlari dengan laju.

Katrina berasa sangat lega tapi pada masa yang sama sia-sia. Apabila dia dapat melepaskan diri tapi sayangnya ada dua orang pengawai polis telah menangkap Katrina.

"Cik Katrina Naina. Awak ditahan kerana mencuba membunuh 2 kali berturut-turut. Jadi awak akan dibawa ke pengadilan mahkamah." Kata salah seorang pengawai polis itu lalu menahan Katrina.



Aisyah

Aisyah sangat terkejut dengan apa yang telah jadi tadi. Ripanya seorang lelaki itu adalah Thomas. Tetapi Aisyah berasa sangat keliru dengan keadaan sekarang. Apa yang telah terjadi yang sebenarnya?

Tiba-tiba Aisyah ternampak kelibat seseorang yang sedang kesakitan dan dia pun terus bangun daripada katil itu. Walaupun agak pening ketika Aisyah cuba berdiri tetapi dia tetap dapat menimbangkan dirinya daripada terjatuh. Maklumlah koma pun dah dekat seminggu.

"Thomas awak tak apa-apa kah? Awak_" Kata-kata Aisyah terhenti apabila ternampak kesan darah pada balutan Thomas.

"Thomas awak berdarah." Aisyah sangat terkejut.

"Tak mengapa Aisyah. Saya okay sahaja ni." Kata Thomas cuba untuk menenangkan Aisyah.

"Tak awak tak okay. Kita kene panggil doktor." Aisyah pun pergi mendapatkan doktor atau jururawat yang berdekatan dengan mereka dan segera mendapatkan rawatan.

Menurut doktor, Thomas terpaksa dibawa ke bilik pembedahan kerana lukanya telah terbuka luas dan dia juga telah kehilangan banyak darah.

Memandangkan Aisyah telah sedar daripada koma, dia juga perlu diperiksa untuk melihat keadaan kesihatannya.

Agak lama juga mereka berada di hospital terutama sekali Thomas. Dia yang paling lama sekali tinggal di hospital kerana masih pulih daripada pembedahan.

Aisyah pula sudah pulih dan boleh balik selepas 3 hari di hospital. Apabila dia sudah keluar daripada hospital, dia terus menyambungkan kerjanya di KL dan sekali-sekala melawat Thomas di hospital.

Tetapi Thomas perlu dibawa ke hospital di London untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Jadi ketika melawat untuk kali terakhir, Thomas telah pun balik ke London bersama datuknya atas kehendak keluarga mereka.





Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now