Cemburu Buta

312 5 0
                                    






"Violet this is Aisyah. Aisyah, Violet." Kata Thomas sambil memperkenalkan kami berdua. Violet menghulurkan tangan sambil tersenyum ikhlas. Mereka pun berjabat tangan.

"Hai Aisyah. I'm Violet. What a lovely name you have. I like your name." Katanya mesra bersama loghat British sekali.

"Thank you. I like your name too. It's very perfectly on you."

"Hahaha...it's nothing at all. Anyway Thomas, where have you been for all this time?"

"You know, been busy with work. You the one who leaving."

"That's because I've been study in Canada. Well I better get going then. Don't wanna be late. Bye you two." Kata Violet sambil berlambai tangan dengan Aisyah dan sebelum dia pergi, sempat dia cium pipi Thomas. Thomas pun hanya tersenyum manis sahaja.

WHAT!!!

Bukan sahaja berpeluk malah cium pun. Sah diorang ni mesti couple. Eh! Kenapa aku beremosi sangat ni? Oh no! Tak mungkin aku cemburu kan? No way! Aku tak cemburu! No no no aku tak cemburu. Yes I'am not jealous. Not gonna happen. Never.

Tapi kenapa aku emosi sangat kalau dia mesra sekalipun. Biarlah diorang nak cium ke nak peluk ke. Lantak diorang lah nak wat apa. Tapi kenapa dia jemput aku dan jadikan aku sebagai pasangan dia sedangkan perempuan tu lagi cantik dari aku.

"Mari Aisyah. Kita ke ruang makan. Nanti lambat pula." Kata Thomas tapi Aisyah tidah berganjak selangkah pun kerana masih berbahas dengan diri sendiri. Apabila Thomas perasan yang Aisyah tidak ikut dia, dia pun berhenti melangkah dan menoleh ke arah Aisyah dan berhadapan dengan gadis ini.

"Kenapa ni Aisyah? Saya ada salah cakap dengan awak ke?" Thomas pula mulai rasa risau, takut ada tersinggungkan perasaan wanita ini.

"Kenapa awak jadikan saya sebagai pasangan awak sedangkan awak dah ada girlfriend sendiri?"

"Girlfriend?" Thomas tak faham apa yang dimaksudkan oleh Aisyah.

"Awak ada girlfriend. Kenapa tak beritahu saya sebelum ni?"

"Saya ada teman wanita? Apa yang awak cakapkan ni Aisyah? Saya tak faham lah." Aisyah mengeluh kuat. Apalah Thomas ni. Girlfriend sendiri pun tak tahu ke.

"Violet. Kenapa awak tak beritahu saya yang Violet tu girlfriend awak Thomas." Aisyah semakin geram apatah lagi mengenangkan kejadian mereka berpelukan. Jangan lupa bahagian Violet cium pipi Thomas tadi.

"Violet? Violet adik saya lah." Kata Thomas. Reaksi muka Aisyah pula sudah merah macam tomato dah. Tak lupa juga dengan betapa terkejutnya Aisyah apabila Thomas mengatakan bahawa Violet merupakan adik Thomas.

"Oh!" Itu sahaja jawapan Aisyah apabila dapat tahu kebenaran disebalik kemesraan antara Thomas dan Violet. Thomas pula, tak payah kata lah. Dia dah senyum kambing sampai ke telinga kerana menyedari bahawa Aisyah sebenarnya cemburu dengan kemesraan dua beradik tadi.

"Awak cemburu eh?" Kata Thomas seakan-akan mahu mengusik wanita ini pula.

"Mana ada. Saya ingatkan awak dengan dia couple tadi. Bukan main lagi mesra sangat jadi saya pun andaikan lah yang dia tu girlfriend awak." Kata Aisyah dengan cepat2 menafikan kenyataan dan dia sudah berasa malu ke tahap maksimum. Cepat2 dia mengalihkan pandangan matanya dari mata biru jernih Thomas. Thomas pula dah ketawa sakan.

"Ya awak sebenarnya cemburu kan? Tak sangka awak ada hati terhadap saya juga kan?"

"Saya tak ada hati lah dengan awak. Pandai2 je buat tekaan sendiri."

"Apa pula? Awak tu yang memandai buat andaian tanpa menyoal terlebih dahulu. Tak payah nak nafikan. Saya tahu yang awak sukakan saya kan?" Thomas pun tersengih-sengih kerana seronok dapat mengenakan gadis kacukan ini.

"Ish...malaslah nak layan awak ni. Nak balik lah." Aisyah pun mahu berlalu pergi meninggalkan tempat ni. Tetapi belum sempat Thomas mahu menghalang gadis ini keluar dari sini, gadis ini tiba2 tersadung dengan kain sendiri dan hampir2 mahu terjatuh.

Thomas pula dengan pantas menyambut gadis daripada terjatuh. Thomas memegang pinggang ramping Aisyah dan merapatkan tubuhnya dengan gadis itu. Aisyah pula terkejut dengan tindakan Thomas yang menahan dirinya daripada terjatuh tadi.

Apabila tubuh dua pasangan ini rapat, Aisyah dapat melihat jelas mata Thomas. Seperti sebelumnya, mata Thomas sangat cantik bak lautan biru yang sangat jernih dan terang seperti langit. Aisyah juga dapat merasai kehangatan tubuh badan Thomas yang tegap dan nafasnya.

Thomas pula terkaku sebentar dan dia juga dapat merasai kehangatan apabila dia memeluk pinggang wanita ini. Jantung mereka berdua seakan-akan laju berdegup dan masa seakan-akan terhenti untuk mereka berdua sahaja.

Bagi Thomas, Aisyah sangat comel memandangkan ketinggian Aisyah hanya separa dengan dadanya. Nak sahaja dia peluk erat gadis molek ini tetapi bila dia buat sebegitu nanti, mesti Aisyah tidak akan maafkan dirinya lagi. Jadi dia perlu kawal diri dia. Fikir Thomas.

"Thomas." Ada suara garau memanggil nama Thomas. Cepat2 Thomas melepaskan pelukannya dan Aisyah pula menolak dada Thomas menjauhinya. Mereka berdua sangat terkejut apabila ada orang datang ke arah mereka dan berpura-pura seolah-olah kejadian tadi tak pernah berlaku pun. Thomas pun memandang ke arah lelaki yang memanggilnya.

Lelaki yang memanggil Thomas mempunyai wajah yang serupa dengan Thomas tetapi lebih berusia daripada Thomas. Rambutnya pula berwarna blonde gelap seperti Violet tetapi matanya berwarna biru seperti Thomas. Keturunan melalui genetik lah katakan.

"Thomas! Where have you been? I've been looking everywhere for you and your mother is dissapear too. We need to talk for a moment." Kata lelaki berusia ini di mana Aisyah mengandaikan yang lelaki ini mesti ayah Thomas.

"Yes father. Of course but I would like you to meet my partner first." Thomas pun memperkenalkan Aisyah.

"Father this is my partner, Aisyah. Aisyah, this is my father, Mr. Edward Aylmer."

"Hello miss Aisyah. Very pleasure to meet you. I hope you don't mind that I wanted to talk to my son for a moment and after that we can have some party." Kata Mr. Alymer sambil tersenyum.

"Sure you can Mr. Alymer." Kata Aisyah. Kemudian ayah dan anak pun pergi untuk berbincang tentang urusan perniagaan mereka. Aisyah pula sedang memandang sekeliling dan sudah ada ramai tetamu yang datang.

Kebanyakkannya tetamu yang datang semua berdarjat tinggi kerana dari segi pakaian mereka sangat formal dan mewah. Yang wanita pula penuh dengan barang kemas yang menghiasi diri mereka.

"Well,well, look who we have here. It's the bitch girl." Kata seseorang dan Aisyah pun perasaan yang wanita di hadapan dia adalah Katrina.



Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now