Jemputan

436 6 0
                                    





Jadi Aisyah dengan Lara pergi ke kelas kursus sama2 hari ini iaitu kursus sastera. Kursus hari ini memang memenatkan kerana menurut professor tak lama lagi ada ujian. Ni yang lemah ni. Setiap Kali ada ujian, Aisyah mesti stress. Nasib baik lah ujian lama lagi.

Selepas kursus, Aisyah dengan Lara pun pergi makan tengahari. Lara pun ada jemput si Zarief iaitu boyfriend Lara.

"Jumpa pun dua merpati hari ini." Kata Zarief sebaik sahaja sampai ke meja kami.

"Zarief! Kenapa you lama sangat?" Kata Lara.

"Sori. Ada kerja sikit dengan Papa tadi. Eh! Ica lama tak jumpa. Camner cuti? Best ke?"

"Mestilah best. Apa pula tak bestnya." Kata Ica.

"Aiman camner? Dia pun cuti gak ke?" Kata Zarief lagi.

"Cuti lagi. Lagipun nak kene jaga nenek dulu." Kata Aisyah.

"Aiman kan belajar kat German kan? Nanti I kene pergi German dalam bulan Desember lah Ica. Boleh tak adik you jadi guard tour untuk I nanti? Yalah I ni mana tau sangat selok-belok kat German ni apatah lagi kat Frankfurt."

"Boleh je. Nanti Ica bagi tau Aiman." Bandar Frankfurt. Memang cantik bandar di sana. Pernah sekali pergi melawat di sana bersama-sama kawan-kawannya dulu ketika musim sejuk. Salji tebal berinci-inci. Fikir Aisyah.

Kalau nak tahu, Frankfurt ini adalah bandar raya terbesar di negeri Hesse, serta bandar raya kelima terbesar di German. Terletak di tebing sungai Maine, bandar raya ini merupakan tempat Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt, dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. Frankfurt juga merupakan bandar raya terkaya di Kesatuan Eropah.

Frankfurt juga merupakan tempat kelahiran bagi seorang penulis yang terkenal yang bernama Johann Wolfgang von Goethe di mana rumahnya dijadikan sebagai Goethe House Museum. Seperti bangunan-bangunan yang lain, ia telah dimusnahkan ketika World War II. Kemudian dibinanya semula. Thereconstructed Altstadt (Old Town) terletak di bersebelahan dengan Römerberg yang berhadapan dengan market Christmas pada setiap tahun.

Kawasan metropolitan bandar raya, kawasan utama Rhine Frankfurt, mempunyai 5 juta penduduk dan merupakan kawasan metropolitan yang kedua terbesar di German.

Di kalangan penutur bahasa inggeris, bandar raya ini biasa dikenali dengan mudah sebagai "Frankfurt", walaupun orang-orang Jerman kekadang memanggilnya dengan nama penuh untuk membezakannya daripada lagi satu Frankfurt dalam negara yang dikenali sebagai Frankfurt (Oder) di negeri Brandenburg .

Pada suatu ketika, bandar raya ini digelarkan dalam bahasa Inggeris sebagai Frankfort-on-the-Main, iaitu terjemahan harfiah untuk Frankfurt am Main.Frankfurt ialah salah satu tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.

"Amboi! Berborak sampai tak ingat kita ni." Kata Lara pula.

"Alaaa...sorilah baby. I love you." Kata Zarief sambil membuat bentuk hati pada Lara.

"I love you too baby." Lara pun membalas.

"Bluerrkk!!! Geli aku weh dengar korang bersayang2, berbaby2 bagai. Nak naik muntah aku dibuatnya." Kata Aisyah sambil berpura2 muntah.

"Eleee...nak muntah konon. Ko jeles sebab tak de boyfriend. Kan? Ngaku cepat." Kata Lara.

"Tak kuasa aku nak berboyfriend ni. Semua lelaki tak guna." Kata Aisyah selamba.

"Heii!! Aku ni lelaki tak guna ke? Ke aku ni pondan." Kata Zarief pura2 merajuk.

"Oppss...hehehe...sori Zarief. Tersilap susun ayatlah. Bukan semua tapi sesetengah." Aisyah menekankan ayat 'sesetengah' bagi menjelaskan pada Zarief sambil tersenyum sengih.

"Isshh...apalah Aisyah ni. Rupa je cantik tapi mulut tu bagaikan laser tau tak?" Kata Zarief lagi pada Aisyah.

"Hah Ica. Ko rupa dah cantik sangat lepastu ramai kut lelaki usaha pikat ko. Apsal ko jual mahal sangat eh?" Lara pula berkata dan berasa pelik dengan sahabatnya bahawa memang ramai lelaki dah usaha untuk buka hati Aisyah cuma Aisyah aje yang masih mengeraskan hati.

"Bukan aku tak nak terima cuma....ntah lah hati aku tak pernah nak buka untuk sesape pun lagi."

"Baik ko jangan lama2 sangat nanti bila dah tua, tak de sapenya nak kat ko dah."

"A,ah betul tu Ica. Bila ko tua nanti bukan lelaki muda2 yang nak. Yang nak dengan ko semua nanti yang tua berkerepot dah." Kata Zarief, saje menyakat gadis itu. Lara dan Zarief pun ketawa berdekah-dekah dengan lawak Zarief.

"Apa korang ni... Memang nak kene dengan aku eh." Kata Aisyah marah pula sambil menunjukkan buku limanya yang kecil aje.

"Oh Lara, I lupa nak bagi tau you about something." Kata Zarief pada Lara.

"Apa dia?"

"Begini Papa I ada buat majlis ulang tahun yang ke-20 bagi syarikatnya. Jadi I nak ajak you as my partner. Bolehkan?"

"Of course lah boleh sayang. Ica pun ikutlah sekali." Kata Lara ceria sebab boyfriend dia ajak.

"Ish nak buat apa aku datang sekali. Bukannya aku kenal semua orang Kat sana. Semua business men je yang berborak pasal business diorang je. Tak nak lah aku." Kata Aisyah sambil mencuit mulut.

"Eee...ingat comel sangat lah tu buat muka duck face. Tak Kira ko kene ikut aku sekali. Temankan aku." Kata Lara tegas.

"Apsal kene temankan ko. Kan Zarief ada untuk temankan ko."

"Alaaa....nanti Zarief tinggalkan aku sesorang sebab confirm nanti dia pergi tinggalkan aku sebeb pergi berborak dengan kawan2 business dia. Lagipun ko tinggal sorang karang. Risau aku dibuatnya."

"Sayang I takkan tinggalkan you lah. I promise." Kata Zarief.

"Promise jangan tinggalkan I pula." Kata Lara manja dengan Zarief.

"Promise."

"That's settle for me. Aku tak payah lah pergi." Kata Aisyah mencela.

"Nope. You gonna go with us too. Lagipun Lara betul nanti ko tinggal sesorang pula." Kata Zarief.

"A,ah. Nanti mana tau ko boleh jumpa Prince charming ko kat sana ke? " Kata Lara.

"Grrr...nak balik lah." Kata Aisyah sambil berpura2 merajuk. Majlis ulang tahun itu akan diadakan pada malam esok di hotel lima bintang. Semua orang yang kaya raya dan orang yang berkerjaya akan datang. Sepanjang hari itu sebelum malam majlis tu tiba, Lara asyik memaksa Ica untuk pergi bersamanya.

Aisyah cuba untuk berpura-pura sakit, merengek itu dan ini untuk megelakkan diri daripada pergi tapi sebagai kawan yang dah lama tinggal bersama, Lara dah kenal sangat dengan Aisyah. Nak tak nak Aisyah pun setuju untuk pergi bersama. Dengan syarat jangan tinggalkan Aisyah sesorang lah.

"Yeah!! Nanti kita sama2 dress up eh. Aku pilihkan dress untuk ko nanti. Aku akan pastikan ko kelihatan so gorgeous sampaikan lelaki pun terpikat dengan ko. Lepastu barulah ko ada boyfriend." Kata Lara dengan riang.

"Hey! Tak de istilah boyfriend Kat sini. Aku temankan ko je. Ko yang paksa aku datang kan."

"Yalah. Tapi kalau ko jumpa lelaki hensem Kat sana, jangan lupa kenalkan aku eh."

"Haha...ko ni. Boyfriend ko nak letak mana?"

"Boyfriend aku letak dalam hati aku lah. Aku usha muka hensem je. ahahaha!!!" Kami berdua pun ketawa sama-sama.











Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now