Musim Luruh Yang Indah

309 8 0
                                    






"Mana kita nak pergi?" Kata Aisyah.

"Ini satu kejutan. Saya tak nak bagi tahu awak lagi."

"Kita dah sampai ke belum ni?"

"Belum lagi. Nanti sampai lah."

"Lama lagi ke?"

"5 minit nanti sampai lah." Kata Thomas sambil tersenyum sengih. Aisyah pula menjeling. Itu pun nak berahsia ke? Mana dia nak bawa aku pergi ni?

Setelah 5 minit berlalu, Thomas pun parking keretanya dahulu. Kemudian Thomas membuka pintu kereta untuk Aisyah. Aisyah keluar dari kereta dan melihat sekelilingnya.

Mereka berdua berada di sebuah taman yang sangat indah dan tak lupa juga berdekatan dengan hutan. Semua pokok-pokok tersusun cantik di taman. Daun-daun berwarna keperangan emas berguguran dan sambil ditiup angin yang dingin.

Thomas mengajak Aisyah pergi ke sebuah pokok di mana ada sebuah meja kayu dan bangku yang lama. Ada daun berguguran di atas meja. Thomas suruh Aisyah duduk dahulu sementara menunggu dia.

Mana pula Thomas pergi ni? Kata nak ambik something. Apa benda yang dia nak amiknya? Bisik hati Aisyah sambil melihat sekeliling taman.

"Ini dia. Satu apple caramel untuk awak dan satu lagi untuk awak. Tak lupa juga minuman coklat panas untuk awak." Kata Thomas sambil memberikan sebatang apple yang bersalut caramel dan secawan minuman coklat panas.

"Wow! Mana awak dapat ni?" Kata Aisyah dengan teruja.

"Ada kedai di hujung taman ni. Musim luruh memang terkenal dengan epal caramel ini." Kata Thomas sambil makan apple nya. Aisyah pun menikmati epal yang diberikan oleh Thomas. Manis dan sedap. Yuuummm...

"Awak bawa saya ke sini sebab apa?" Kata Aisyah, memulakan perbualan antara mereka.

"Saja nak bawa awak jalan2 di sini." Kata Thomas sambil memberikan senyuman yang manis. Selepas makan, kami berjalan2 di sekitar taman ni sambil bercerita kisah hidup masing2.

Menurut Thomas, dia berasal dari keluarga yang kaya. Jadi tidak hairan lah cara pakaian dia pun agak mewah tapi sederhana. Tak menunjuk-nunjuk pun. Sedangkan Aisyah hanya berasal dari keluarga yang sederhana sahaja.

Mereka berdua berjalan2 masuk ke kawasan seperti hutan di mana semua pokok2 disitu sugguh cantik dengan warna keperangan musim luruh. Daun2 berguguran sampai ke lantai hutan sehingga menjadi timbunan daun.

Tanpa berfikir, Aisyah pun melompat dalam timbunan daun-daun itu persis anak kecil sambil ketawa riang. Thomas pun ikut serta bersama-sama Ica. Tanpa sedar Thomas membaling daun-daun itu ke udara seperti hujan daun ke atas mereka. Dan tak lupa juga, Thomas tangkap gambar Aisyah senyap-senyap sebab dia seronok tengok wajah ceria Aisyah.

Jadi mereka berdua bermain-main persis seperti anak kecil yang tak pernah main di musim luruh malah mereka berdua sempat tangkap gambar bersama.

Penat bermain berjam-jam di taman, akhirnya mereka berdua pergi ke cafe untuk memanaskan badan dengan minuman yang panas.

Sedang mereka duduk di dalam café yang panas dan selesa, mereka menikmati cocoa panas sambil melihat gambar2 yang diambil sebentar tadi.

"Tengoklah rupa awak. Kelakarnya." Kata Aisyah sambil tujukan gambar Thomas yang menjulingkan mata sambil menjuihkan lidah dengan sedikit hiasan daun2 mapel keperangan menghiasi di kepala blonde Thomas. Aisyah yang buat hiasan daun mapel di atas kepala Thomas, macam mahkota. Hehehe.

"Awak punya gambar lagi lawak. Ni tengok ni." Kata Thomas sambil menunjukkan gambar dalam iPhone 7s miliknya. Aisyah pun melihat gambarnya yang diambil oleh Thomas. Gambar tu menunjukkan muka Aisyah yang tak ready nak ambik gambar dan tudungnya nampak selekeh dan kotor dengan daun2 yang berguguran tadi.

"Apalah awak ni. Gambar ni tak cantik lah. Delete lah gambar."

"Tak nak lah. Gambar ni paling cantik tau. Saya nak simpanlah." Thomas pun tersengih-sengih apabila melihat gambar Aisyah sedangkan Aisyah pula dah menjuihkan mulut.

Mereka berdua duduk bertentangan antara satu sama lain sambil ketawa melihat gambar2 yang diambil tadi. Aisyah berasa sangat seronok hari ini dan berasa lawak apabila mengenangkan yang Aisyah menyerang hendap dari belakang Thomas sehingga dia pun terkejut dan terjatuh dalam timbunan daun2 mapel tetapi ada sesuatu yang bergerak pantas di bawah kaki Aisyah menyebabkan dia menjerit terkejut dan terjatuh sama2 dengan Thomas. Thomas pun apa lagi ketawa terbahak-bahak sebab benda yang bergerak tadi tu hanyalah seekor tupai.

Sedang Aisyah habis mengenangkan kejadian memalukan tadi, Thomas pula hanya memandang Aisyah yang sedang menghirup koko sambil meniup sedikit bagi menghilangkan panas. Thomas ketawa kecil apabila melihat Ica minum kokonya. Sangat comel gaya dia minum, memegang cawan dengan kedua-dua tangan untuk minum.

Thomas asyik memerhati sahaja gelagat Aisyah yang sedang minum kokonya sehinggakan kopi dia pun tak sentuh. Sedang leka memerhati Aisyah yang comel, Aisyah pun memandangnya pelik. Kantoi.

"Kenapa awak pandang saya?" Kata Aisyah.

"Tak ada lah. Saya tak pandang awak pun." Kata Thomas gelabah dengan soalan Aisyah. Mana taknya dah kantoi.

"Habis tu? Selama ni awak buat apa je? Kopi awak pun tak terusik lagi."

"Saya pandang awak lah." Thomas terlepas cakap. Kenapa pula aku terlepas cakap ni?Getus hatinya. Aisyah pun memandang pelik pada Thomas.

"Jadi selama ni awak pandang saya lah?" Aisyah mula tersenyum sengih. Thomas tak kata apa hanya tersenyum sebagai balasannya.

Pintu café dibuka dan masalah akan timbul tidak lama lagi. Seorang gadis yang tinggi lampai. Memakai baju yang ketat dan sendat bagaikan seorang model. Rambut panjang bergelora dan berwarna perang karat.


Gadis itu adalah Katrina.





Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now