London Underground

308 5 0
                                    







Sudah hujung minggu dan ini bermakna tiada kelas untuk hari ini. Tapi takkan lah aku nak duduk terperap dalam rumah aje kan. Jadi aku ajak Lara untuk makan di luar.

Di sini memang kene hati-hati bila nak mencari makanan tapi mujurlah ada restoran tertentu yang menjual makanan halal. Makanan Arab, makanan melayu pun ada jual juga.

"Jom pergi London Ica. Lara nak cari barang sikit kat sana lah."

"Boleh juga. Ica nak makan-makanan Malaysia lah."

"Eleee....baru aje sekejap kat sini dah rindu makanan melayu ke?"

"Biarlah. Aku nak makan laksa Penang lah. Jomlah."

Kami berdua menaiki bus awam untuk pergi ke stesen keretapi bawah tanah yang dipanggil London Underground.

London Underground juga dikenali sebagai The Tube atau The Underground ialah suatu sistem metro yang menyediakan perkhidmatan di sebahagian besar Greator London dan sebahagian daripada wilayah berjiran iaitu Essex, Hertfordshire dan Buckinghamshire di England.

Ianya merupakan sistem kereta api bawah tanah, London Underground ialah sistem alihan laju tertua di dunia dengan pembukaan bahagian yang terulung pada tahun 1863. Kini landasan tersebut merupakan sebahagian daripada perkhidmatan aliran Circle, Hammersmith & City dan Metropolitan.

Ia juga merupakan sistem kereta api bawah tanah pertama menggunakan kereta api elektrik. Keseluruhan rangkaian sering dirujuk sebagai the Underground atau the Tube, walaupun istilah ini hanya benar bagi perkhidmatan kereta api yang berada bawah tanah aras dalam.

Menurut sejarah pula, pembinaan laluan kereta api di United Kingdom bermula sejak awal abad ke-19. Enam buah terminal kereta api iaitu London Bridge, Euston, Paddington, King's Cross, Bishopsgate dan Waterloo, dibina betul-betul di luar pusat London menjelang tahun 1854. Hanya Fenchurch Street yang terletak dalam Bandar London.

Supaya sampai di pusat bandar, penumpang kereta api perlu menggunakan jalan raya dan ini sedikit sebanyak mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar dan kawasan sekelilingnya yang kian memuncak pada waktu itu.

Rancangan untuk membina kereta api bawah tanah untuk menghubungkan kawasan pusat bandar London dengan terminal kereta api telahpun diadakan sejak tahun 1830-an tetapi hanya pada tahun 1850-an baru perancangan ini diteliti sebagai suatu penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas itu.

Cewaahh...macam jadi guru sejarah pun adakan tapi memang fakta yang betul pun. Jadi kami berdua pergi ke mesin layan diri untuk membeli tiket. Perhentian kami di Bayswater Station. Stesen ini dekat sahaja untuk kami pergi ke Malaysian Hall Canteen.

Harganya sangat berpatutan dan murah di Malaysia Hall seperti harga di Malaysia cuma di sini, duit digunakan dalam bentuk pounds lah.

Lara menarik tangan Aisyah ke salah sebuah beg tangan berjenama dulu sebelum mereka boleh pergi makan. Lara memang nak beli beg tangan baru memandangkan dia tiada beg tangan yang sesuai dengan baju barunya. Nak yang matches colour dengan baju lah katakan.

"Lara lama lagi ke? Aku lapar ni." Kata Ica.

"Alaaa....sabar lah." Lara kata kemudian menunjukkan dua beg tangan di kedua-dua tangannya kepada Aisyah.

"Ko rasa mana yang sesuai untuk baju aku?" Kata Lara lagi dengan meninggikan tangannya sedikit.

"Mmmm...." Aisyah berfikir sebentar sambil melihat kedua-dua beg tangan itu. Sebelah tangan kanan Lara merupakan beg yang kecil sederhana dan ianya berwarna biru muda seperti langit manakala sebelah kiri pula berwarna aquamarine seperti biru kelautan.

"Aku rasa beg ini lagi cantik sebab lebih senang nak bawa. Lagipun warna dia cantik sesangat kalau matches kan dengan baju ko tu." Kata Aisyah yang menunjukkan beg di sebelah tangan kiri Lara.

Lara pula memandang beg tersebut dan mengayakan diri dengan beg itu di depan cermin.

"Aku pun rasa macam beg ni cantik kalau matches kan dengan baju aku. Okay lah aku pilih beg ni." Lara pun meletakkan semula beg berwarna biru muda itu lalu pergi ke kaunter untuk membeli beg yang dicadangkan oleh Aisyah.

Akhirnya selesai juga shopping. Bila keluar dari kedai beg itu, tangan Lara penuh dengan beg kertas yang dibeli di kedai2 sebelum ni. Kata nak beli beg je tapi ni dah lebih. Lara, Lara. Mengeluh Aisyah dalam hatinya.

"Okay jom pergi Malaysia Hall. Aku dah lapar sangat ni. Teringin nak makan nasi goreng cina." Kata Lara.

"Aku ingatkan ko dah lupakan makanan tadi. Nasib baik ko ingat, tidak ko makan lah barang2 ko beli ni." Kata Aisyah.

"Hehehe...ko kan kenal aku. Sekali nampak benda cantik terus ngamm nak beli." Kata Lara tersengih-sengih.

Semasa dalam perjalanan ke sana, tiba-tiba sahaja kami berdua terserempak dengan seseorang.

Aisyah dan Lara berjalan beriringan bersama dan terserempak dengan Thomas dan Katrina berhadapan.

Bayangkan betapa terkejutnya keempat-empat orang tersebut terutama sekali Aisyah. Melihatkan Thomas berjalan sama-sama dengan Katrina.

"Hai Aisyah. Tak sangka terserempak dengan awak kat sini." Kata Thomas dengan sedikit resah dalam nadanya. Walaupun terkejut tapi reaksi muka Aisyah tidak menunjukkan sebarang perasaan sama ada cemburu, marah atau terkejut. Poker face lah katakan.

"Hai Thomas." Apabila Aisyah menyebutkan nama Thomas, Lara yang dari tadi diam, terkejut apabila Thomas boleh berbahasa melayu.

"Apa yang awak buat di sini?" Kata Katrina meluat.

"Saja ambil angin kat sini sambil jalan-jalan kat kota London ni. Kenapa? Saya kene saman ke kalau saya jalan-jalan kat sini?" Kata Aisyah selamba. Katrina pula menahan rasa geram.

"Hei ko jaga sikit mulut celopar ko eh. Kalau tak aku-" belum sempat Katrina nak membalas Kata-kata Aisyah, Lara pula membalas.

"Ko apa hah? Ko jangan nak kurang ajar kat sini lah Katrina." Kata Lara. Thomas pula cepat2 meredakan situasi ini.

"Sudahlah tu Katrina. Kitakan sudah berbincang pasal hal ini. Kenapa awak nak berdendam juga dengan mereka?"

"I tak nak perempuan miskin ni ambik you dari I, Thomas. Dia ni ada bawa pengaruh buruk tau."

"Hei katrina-" kata Lara yang cuba mempertahankan kawan baik tapi dihalang oleh Aisyah.

"Sudahlah tu Lara. Tak berguna kalau kita balas api dengan api. Jom lah kita pergi. Buang masa kita je." Kata Aisyah tenang tapi tidak memberi sebarang reaksi. Lalu mereka berdua pergi jauh daripada Thomas dan Katrina.

"Pergilah. Kitorang tak perlukan korang pun kat sini. In fact, korang berdua patut mampus dari sini." Kata Katrina pada mereka berdua sementara pula Thomas ingin mengejar Aisyah.

"Thomas, where do you think you going?" Kata Katrina menghalang Thomas dengan tangan letak di dada sasa Thomas.

"Kenapa awak kata begitu pada mereka, Katrina? You know what? I'm done with you." Kata Thomas sambil menepis tangan Katrina di dadanya lalu pergi meninggalkannya.

Thomas berlari bagi mendapatkan semula Aisyah untuk memohon maaf atas kata-kata Katrina tadi. Dari jauh pula, kita boleh nampak yang Katrina sedang menyumpah serana nama Aisyah dengan marah sekali.






Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now