Hari Kebahagiaan

384 12 0
                                    



Sudah sebulan lebih Aisyah telah pun bergelar tunang kepada Thomas. Ketika di Paris dulu, Thomas telah menjelaskan mengapa dia perlukan masa sendiriannya. Rupa-rupanya Thomas mendalami ilmu Islam. Dia sudah lama tertarik pada Islam ketika datuknya mula-mula belajar bahasa Arab.

Thomas Alymer adalah nama yang diberikan oleh keluarganya manakala Fadhil Akmani Aylmer merupakan nama Islamnya. Datuk dia yang memberikan nama itu. Maksud Fadhil adalah orang yang mulia dan Akmani pula pengadil.

Ketika itu datuknya baru sahaja pandai membaca Al-Quran. Jadi apabila Thomas mendengar alunan merdu bacaan surah-surah dalam Al-Quran, hati Thomas terbuka untuk belajar lebih mendalam. Thomas belajar ilmu Islam dengan bersungguh-sungguhnya sehingga banyak surah dia telah hafal. Solat yang wajib ditunaikan juga tidak pernah dia tinggalkan malah dia rajin untuk solat tahajud dan berjemaah di masjid ketika di London.

Sungguh suci sekali hidayah Allah SWT dan dia berikannya pada Thomas. Dibukakan pintu hatinya untuk menerima Islam dengan ikhlas dan diberikan kebolehan untuk menghafal semua surah dalam Al-Quran. Bukan itu sahaja, Thomas juga telah digelar CEO di syarikat datuknya.

Fadhil telah mengambil alih jawatan datuknya dan meneruskan kerjaya keluarganya yang telah bina sejak zaman dahulu lagi. Untuk Aisyah pula, dia telah menghabiskan pengajiannya di London dan sambung kerja sebagai seorang biologist di Malaysia.

Bagaimana dengan keluarga Fadhil pula? Keluarga Fadhil menerima keputusannya dengan tenang asalkan Fadhil mesti kekalkan nama keluarga mereka apabila dia telah bertukar agama. Walaupun keluarga Fadhil tidak seagama dengan Fadhil dan datuknya tetapi jalinan ikatan antara keluarga tetap kukuh dan Fadhil sentiasa berdoa agar keluarganya ditunjukkan ke jalan yang benar suatu hari nanti.

Dan tidak lupa juga, lagi sebulan sahaja mereka akan menjalinkan hubungan ikatan yang sah dan membina mahligai mereka sehingga ke jannah. Kehidupan ini bukannya senang. Kita perlu berusaha untuk membina kejayaan kita sendiri.

Berbalik kepada bagaimana Fadhil melamar Aisyah. Ketika itu di Paris dan mereka sedang makan malam di sana. Rupanya Fadhil telah merancang terlebih dahulu. Selepas dia menjelaskan segala-galanya, barulah Fadhil melamar Aisyah.

Pada mula Aisyah sangat terkejut tetapi akhirnya dia menerima lamaran Fadhil. Rakan-rakan Aisyah juga berada dalam rancangan Fadhil sekali rupanya. Mereka adalah dalang disebalik kehilangan diri semasa di eiffel tower dahulu.

Rupanya mereka memang sengaja meninggalkan Aisyah di atas menara itu kerana mereka tahu Fadhil akan berada di situ untuk berjumpa dengan Aisyah. Fadhil telah meminta tolong Leila dan Lara. Jadi mereka berdua pun memang setuju sangat dan sama-sama pakat.

Ouuhh...lupa pula. Rafiq dan Katrina pula, mereka berdua telah dimasukkan penjara dan dibawa ke mahkamah. Ibu bapa Katrina sangat kecewa dengan anak mereka dan marah sekali dengannya. Manakala ibu Rafiq pula sangat kecewa dan sedih sangat dengan Rafiq. Kami sangat bersimpati dengan ibu Rafiq atas apa yang dilakukan Rafiq.

Sudah banyak kali ibu Rafiq meminta maaf pada Nek Wanni, Aisyah dan Thomas atas perbuatan Rafiq pada mereka. Tetapi Aisyah tidak salahkan ibu Rafiq. Kami sama-sama menolong ibu Rafiq untuk selesaikan kes Rafiq ini. Rafiq pula telah menyesal sangat dan meminta maaf pada kami.

Hari perkahwinan kami telah pun tiba. Apabila kami sudah sah, Aisyah pun menyalami tangan suaminya yang tercinta. Fadhil pula mencium dahi isterinya dengan lembut sekali.

"Tahniah Aisyah. Semoga bahagia sampai ke jannah eh." Kata Lara sambil berpelukan dengan Aisyah.

"Tahniah juga Aisyah. Jangan nakal-nakal dengan suami tau." Kata Leila pula.

"Terima kasih Lara, Leila. Terima kasih sangat sebab sudi datang." Kata Aisyah sambil memeluk kedua-dua sahabatnya.

Aisyah dan Fadhil berjumpa semua rakan dan keluarga setelah habis bersanding. Ramai sanak-saudara, rakan sekerja, rakan sekolah dan keluarga Fadhil pun turut menghadiri majlis perkahwinan sekali.

Untuk hari ni kami berkahwin di Malaysia dahulu. Kemudian barulah di England untuk di pihak lelaki. Keluarga Fadhil agak teruja dan gembira sekali kerana dapat merasai suasana perkahwinan mengikut adat orang Melayu. Sesuatu yang luar biasa daripada yang biasa.

"Congratulation Tommy. I'm so happy for you." Kata Violet iaitu adik Fadhil lalu memeluk abangnya dan Aisyah. Walaupun nama Thomas telah ditukar tetapi keluarganya tetap memanggilnya Thomas.

"Thank you sis."

"Oouhh...my sweet boy has grown up." Kata ibu Fadhil pula sambil memeluk erat anaknya dan mengalirkan air mata apabila melihat anak lelakinya telah besar. Kemudian memeluk ayahnya pula.

"I'm so excited to see the culture here. Full with colourful and the people here are very nice too." Kata Violet.

"I'm so proud of you Thomas. Take care of her and never ever make her heart broken." Itu kata-kata nasihat daripada ayah Fadhil padanya.

"I will father."

"Congratulation Aisyah and welcome to Alymer's family." Kata Rose pula.

"Thank you Mrs. Alymer." Kata Aisyah sambil memeluk ibu mertuanya.

"You no need to call me formally. We are family now. You call me mother and father." Katanya lagi.

"Alright mother." Mereka sama-sama ketawa dan keluarga Fadhil pun berjumpa dengan keluarga Aisyah. Nek Wanni sangat bangga dengan cucunya. Begitu juga dengan Aiman. Dia sangat gembira dengan Aisyah.

Walaupun penat melayan tetamu yang hadir, mereka tetap melayan tetamu yang hadir dengan senyuman yang ikhlas. Jadi mereka berdua pun akan membina mahligai bersama dan membina keluarga bersama-sama. Dalam susah dan senang, dalam sihat dan sakit mereka tetap akan melaluinya bersama sehingga ke jannah.








Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now