Park Jimin (PJM)

162 12 5
                                    

Bias: Park Ji Min (Jimin; BTS)
Korean Name: Lee Chae Eun
Genre: Sweet
Place: Namsan Tower

MENTIONED: faz_ar03

"Mana Jimin ni?" Chae Eun menghentakkan kakinya perlahan. Dia memandang sekeliling dan mendapati Namsan Tower sudah dikerumuni ramai orang. Dia memandang kasutnya. Bibirnya terkumat-kamit. Membebel akan Jimin.

Jimin pula sudah kalut. Dia berlari anak menuju ke arah tempat yang ditunggu oleh Chae Eun. Sambil berlari sambil lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku. Dia berhenti seketika apabila keadaan di Namsan Tower semakin ramai. Termengah-mengah nafasnya. Matanya melilau mencari seseorang.

Matanya menangkap ke arah Chae Eun yang sedang duduk di bangku sambil menilik kasutnya. Dia tersenyum perlahan sebelum berjalan perlahan ke arah Chae Eun. Dia berdiri di belakang Chae Eun dan menutup matanya.

"Nuguya?" Jimin membuat suara comelnya. Chae Eun pula mencebik. Tangannya dengan pantas bergerak ke arah pinggang Jimin dan mencubitnya.

"Yah yah!" Berkerut dahinya akibat cubitan yang diberi oleh Chae Eun. Jimin pantas duduk di sebelah Chae Eun dengan muka sedih.

"Sorrylah sayang. Saya datang lambat." Jimin ingin mencuba menggapai tangan Chae Eun tetapi dengan pantas Chae Eun menarik tangannya.

"Mana boleh sorry. Sorry naik lorry lah." Chae Eun memandang geram ke arah Jimin. Merajuk. Bukan apa lama juga dia menunggu disitu sambil merungut. Siapa tak geram?!

"Awak nak loyar buruk eh?" Jimin mencuit hidung Chae Eun. Pantas kepala Jimin mendarat ke arah bahu Chae Eun. Dia menghela nafas berat. Tangan Chae Eun digapai dan mengusapnya.

"Mianhae, mianhae hajimaa..." Jimin mencuba bernyanyi tetapi dengan pantas Chae Eun menekup mulutnya. Jimin pula memandangnya pelik.

"Suara awak untuk saya sahaja. ONLY ME." Chae Eun memberi amaran. Jimin pula ketawa kecil. Ada-ada sahaja perangai Chae Eun ni.

"Kenapa nak jumpa ni?" Jimin mengangkat kepalanya sambil memandang ke arah Chae Eun. Chae Eun juga mengangkat kepalanya. Mata mereka bertembung.

Pandangan redup Jimin membuatkan Chae Eun terkelu lidahnya. Dengan dahi yang basah dan rambutnya yang sedikit serabai membuatkan Chae Eun tersenyum sendirian. Tidak jadi pula untuk merajuk Jimin disebabkan kekacakannya pada malam itu.

"Hei, awak senyum apa tu?" Jimin memandangnya dengan curiga. Sengihannya menjadi lebar. Jarinya terus mencucuk pipi Chae Eun. Chae Eun bagaikan tersedar. Pipinya terus menjadi merah akibat memandang muka Jimin terlalu lama. Dia pantas menepis jari Jimin dan menutup pipinya. MALU!

Jimin ketawa. Dia merapatkan tubuhnya ke arah Chae Eun dan memeluknya. Tangan Chae Eun dicapai dan menyulam masuk ke tangannya.

"Saranghae." Jimin berkata dengan suara yang menggoda sambil berbisik. Chae Eun pula statik. Dia malu sebenarnya. Nasib baik akan Namsan Tower merupakan tempat romantic. Chae Eun juga mendekatkan dirinya ke arah telinga Jimin.

"Nado saranghae." Jimin memeluknya. Mereka berdua menikmati angin malam yang sejuk menandakan musim salji yang berkemungkinan akan tiba pada hujung minggu.

THE END
21:05
07 NOV 2016

OneshotDonde viven las historias. Descúbrelo ahora