Kim Taehyung (KTH)

101 12 17
                                    

Bias: Kim Tae Hyung (V; BTS)
Korean Name: Park Min Rin
Genre: Psycho Love
Place: High School

MENTIONED: minrin_

"Heish asal aku jugak yang kena denda!" Minrin membebel sendirian. Tangannya masih mengemop lantai bilik tandas itu. Dia membebel sambil menyumpah seranah kepada Cikgu.

Setelah 10 minit berlalu. Dia mengelap peluhnya. Dia terus keluar dari tandas dan mengambil begnya seraya berjalan menuju ke laluan dimana terdapat locker. Dia memasangkan earphone ditelinganya dan berjalan sambil mengikut rentak lagunya.

Tiba-tiba dia terasa seperti mengikutnya. Laluan yang dilalunya itu agak sunyi. Ramai juga pelajar yang balik. Minrin memandang ke belakang tetapi tiada orang disitu. Dia memandang ke depan semula dan berjalan sambil tersenyum.

Sekali lagi dia berasa seperti diperhatikan. Dia berhenti. Dia memusingkan belakang dan masih tiada yang mengikutinya. Minri mendengus kegeraman. Dia mencabut earphone dari telinganya.

"Kau siapa hah! Baik kau keluar sekarang." Minrin menahan amarahnya. Dia masih setia menunggu untuk orang itu muncul. Masih tiada. Minrin memusingkan badannya dan berjalan. Setelah 5 langkah berjalan. Badannya ditarik dan disandarkan ke dinding.

Minrin terkejut. Dia ingin menarik tangan seseorang itu. Tetapi dengan laju dia memberi isyarat untuk senyap. Minrin terdiam. Tangan di tekapkan di bibir Minrin di lepaskan.

"Taehyung kau buat apa dekat sini! Asal kau tak balik lagi?" Dia seperti ingin memarahi Taehyung dalam keadaan bisik. Minrin memandangnya dengan tajam.

"Nak selamatkan kau lah." Minrin mengangguk. Tiba-tiba dia terpandang ke arah Taehyung dengan muka terkejutnya. Mulutnya terlopong.

"K-ka-u ke yang ca-cakap tadi?" Minrin mengelipkan matanya. Taehyung hanya mengangguk. Minrin sekali terkejut. Siapa tak kenal Taehyung. Lelaki yang jenis tidak suka cakap dengan orang! Pendiam dan Misteri!

"Aku ingat.."

"Shuhh." Jari Taehyung dilekapkan bibir Minri. Dia menghadang tangan kirinya sementara kepalanya sengaja disengetkan ke arah Minrin hanya beberapa seinci sahaja bibir mereka hampir bertemu.

"Cuba kau jeling kat sebelah kiri aku. Kau nampak lelaki tu?" Minrin menjeling. Kepalanya tidak boleh bergerak. Dia perasan akan lelaki itu sedang mencari sesuatu. Tangan kanan memegang pisau lipat.

Tiba-tiba lelaki itu memandang ke arah laluan yang mereka sorok. Minri terkejut terus memandang ke arah Taehyung. Mata mereka bertembung. Pipi Minrin tiba-tiba bertukar merah.

Derapan kaki yang mengikut Minrin tidak ada bunyi lagi. Taehyung menjarakkan dirinya dari Minrin.

"Macam mana kau tahu ada orang ikut aku? Lepastu macam mana kau tahu lelaki tu cari aku?" Taehyung mengangkat bahunya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. Minrin memandang Taehyung penuh tanda tanya.

"Emm thanks tolong aku. Sebagai balasan..." Minrin menarik begnya ke hadapan. Tangannya mengambil beberapa won untuk diberikan untuk Taehyung.

"Nah... eh?" Minrin mengangkat kepalanya. Taehyung di depannya sudah tiada. Dia memandang kiri dan kanan. Dia keluar dari lorong itu juga jikalau Taehyung masih berada di sekitar sini. Tetapi tiada. Minrin masih dalam keadaan tanda tanya. Pelbagai soalan yang terselit di kepalanya.

Kim Taehyung. Kau ni siapa?

THE END
00:44
14 NOV 2016

OneshotNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ