Kim Myungsoo (KMS)

121 9 2
                                    

Bias: Kim Myung Soo (L; INFINITE)
Korean Name: Kim Ah Soo
Genre: Romantic
Place: Amusement Park

MENTIONED: INFILZRA_1327

"Kai bai book!" Ah Soo tersenyum lebar. Dia menunjukkan yes dan menjelir lidah ke arahnya.

"Kau pergi beli ticket cepat." Ahsoo menolak badan kawannya, Jiae. Jiae mencebik lantas menuju ke kaunter. Ahsoo memandang sekeliling sambil memerhati pasangan yang mereka bawa. Kadang-kadang terlihat sekumpulan lelaki dan perempuan bergaul. Ahsoo tersenyum.

Bila aku nak dapat boyfriend?

Ahsoo tergelak sendirian. Tiba-tiba bahunya ditepuk membuatkan Ahsoo terhenjut sedikit.

"Aik, tahulah aku belanja tak payah nak jadi sewel." Jiae membuat muka toyanya. Ahsoo pula menjeling. Mereka terus memasuki ke arah Amusement park itu.

Here we go game!

×××

Setelah puas bermain permainan disitu. Jiae pula telah termengah-mengah. Dia mencari bangku yang kosong untuk duduk. Setelah dia menjumpai, dia menghela nafas lega. Ahsoo pula menggeleng melihatnya.

Baru main 4 game dah penat?

"Aku pergi beli air kejap." Ahsoo memusingkan badannya dan ingin mencari kedai serbaneka.

"Belikan aku punya sekali!" Jiae melaungkan suaranya. Terpaksa juga disebabkan suasana yang bising. Lagi-lagi bangku yang diduduki oleh Jiae berdekatan dengan rumah hantu. Ahsoo hanya memberi isyarat 'okay' menggunakan tangannya.

5 minit berlalu, dia terjumpa kedai serbaneka tersebut. Dia menuju ke arah peti sejuk yang menempatkan pelbagai air disitu. Dia berfikir sambil berjalan melihat air yang diingini. Setelah terjumpa, dia mengambilnya. Dia menutup pintu sejuk tersebut.

"Argghh!" Ahsoo terkejut. Dia memusingkan badannya dan mendapati seseorang sedang mengerang kesakitan. Dengan pantas dia membuka pintu sejuk tersebut dan tangan lelaki itu terlepas peti sejuk itu. Dahinya berkerut seribu menahan 4 jarinya yang sakit.

"Mian-mianhae!" Ahsoo menundukkan dirinya. Rasa bersalah terluluh di dalam hati.

"Hoi L kau okay tak?" Dia menepuk bahu Myungsoo sambil mengangkat kening. Myungsoo memandang ke belakang. Mukanya masih menunjukkam kesakitan.

"A-aku okay." Tergagap-gagap Myungsoo jawab. Lelaki di belakangnya memandang ke arah Ahsoo yang tergigit bibir itu. Dia mengangkat keningnya. Dia memandang ke arah tangan Myungsoo. Merah! Dia ketawa kecil.

"Sorry! Sebagai balasan saya belanja awak makan?" Ahsoo mencuba memujuknya. Takut juga apabila lelaki di depannya yang bernama L ini membalas dendam pula. Myungsoo memandang wajah Ahsoo. Tajam matanya menikam pandangan redup Ahsoo.

Tadi ingin juga dia mahu memaki perempuan di hadapannya ini tapi entahlah. Wajah Ahsoo yang hanya dimake up dengan nipis, rambutnya yang hanya separah bahu dan bibirnya berwarna pink yang hampir sama dengan kulit mukanya membuatkan dia tidak menjadi marah. Lelaki di belakang Myungsoo hanya menggeleng.

"Aku keluar dulu lah L." Dia menepuk bahu seraya keluar dari kedai serbaneka itu. Tetapi langkahnya terhenti. Dia memandang Ahsoo.

"Jangan lupa belanja saya makan sekali." Dia mengeyitkan matanya dan berjalan keluar. Myungsoo menjeling.

Hoya ni pun satu. Teruk! Dah ada awek nak cari yang lain!

Dia memandang ke arah Ahsoo semula. Dia berdehem sedikit.

"Okay saya setuju." Ahsoo yang hanya berdiam diri tadi tersenyum. Dia mengemaskan sling bagnya dibahu.

"Tapi satu syarat!" Myungsoo berkata dengan nada tegas. Ahsoo memandangnya seraya mengangkat keningnya.

"Date dengan saya." Ahsoo terlopong. Dia memandang Myungsoo.

"Buat apa! Alaaa belanja makan jelah!" Myungsoo menggeleng dia tetap dengan niatnya untuk mendapatkan Ahsoo. Myungsoo mendekatkan dirinya ke arah Ahsoo. Dia berbisik.

"Date dengan saya kalau tak saya tak maafkan awak." Suara Myungsoo yang low itu membuatkan Ahsoo terdiam. Dia membuat muka tidak puas hatinya. Salah dia juga. Macam manalah boleh tidak perasan akan Myungsoo disebelahnya.
Myungsoo tergelak kecil. Dia mengambil phone yang di pegang oleh Ahsoo dan menaip nombor telefonnya.

Deringan telefon Myungsoo membuatkan Myungsoo tersenyum. Dia menyerahkan Ahsoo semula. Ahsoo merampas dengan geram. Dia pula ingin memaki Myungsoo.

"Jangan lari eh." Myungsoo mencuit hidung Ahsoo sebelum meninggalkan Ahsoo didalam kedai serbaneka sendirian.

THE END
23:37
08 NOV 2016

OneshotDonde viven las historias. Descúbrelo ahora