Kim Taehyung (KTH)

68 4 5
                                    

Bias: Kim Tae Hyung (V; BTS)
Korean Name: Shin Soo Ah
Genre: Comedy, Romance
Place: High School

MENTIONED: NuraqilahIw

"Woi Soo Ah mana kau!" Dia menyuluhkan lampu itu ke arah hutan. Soo Ah pula hanya menyandar di pokok. Matanya redup. Nafasnya turun naik.

"Sini pun kau. Kau ni aku dah cakap duduk depan aku tak nak!" Taehyung membebel ke arahnya sambil mencangkung. Dia memandang ke arah Soo Ah yang menyandar dengan lelah.

"Weh kau okay tak?" Taehyung memandang Soo Ah dengan pelik. Dia terus memegang tangan Taehyung dengan erat. Dahi Soo Ah sudah berpeluh. Dia memandang ke arah beg yang tercampak di hujung. Taehyung juga mengikut memandangnya. Dia terus bergerak ke arah beg Soo Ah dan melutut di hadapannya.

"Ca--ri in--ha--ler." Dia berkata dengan nafas tersekat. Dia memejamkan matanya. Taehyung pula sudah membuka beg Soo Ah dan mencarinya. Dia menjumpai inhaler yang terselit dengan barang Soo Ah. Diambilnya dan dihalakan ke arahnya.

Soo Ah mengambil dan menyedut. Dalam 3 minit, dia sudah dapat bernafas semula. Dia memejamkan matanya.

"Tak sangka kau asthma."

"Diam ahh." Soo Ah menjelingnya. Taehyung pula mencebik. Dia berdiri dan menepuk tangannya sebelum dihulurkan ke arah Soo Ah. Soo Ah menepisnya.

"Asal kau yang datang? Aku ingat cikgu ke apa ke?"

"Banyak bunyi kau. Cikgu aku belasah aku lah. Dahlah aku ketua kumpulan. Nasib sekarang petang. Kalau malam lagi teruk tahu tak." Soo Ah memaut pokok yang berada di belakangnya untuk berdiri. Dia masih menjeling ke arah Taehyung.

"Aku dah cakap suruh Hoshi belakang tapi kau degil. Tengok sekarang." Taehyung menggalas beg Soo Ah. Dia melepaskan geramnya.

"Auch!" Soo Ah. menjerit nyaring. Tangan yang memaut pokok tadi dilepaskan dengan pantas. Dia menepis serangga ke arah tangannya dengan melompat.

Taehyung menepuk dahinya seraya menggelengkan kepalanya. Dia bergerak ke arahnya dan mencapai tangan Soo Ah. Dia kaku.

Taehyung menepis kerengga yang berada di tangan Soo Ah. Ditiup perlahan dan meneliti tangannya.

"Dah okay. Kau ni pun satu cuba kau jangan paut apa-apa. Tadi aku tolong, kau tepis. Sekarang haaa rasakan." Taehyung menjelirkan lidahnya. Tangan Soo Ah masih di pegang. Diusap tepat ke arah tangannya yang sudah merah.

Soo Ah menarik tangannya dengan kuat. Dia menjeling ke arah Taehyung. Taehyung pula hanya mengangkat bahu. Dia berjalan di depan diikuti Soo Ah di belakang.

×××

"Soo Ah! Are you okay?" Dia terus memeluk Soo Ah. Erat. Soo Ah mengaduh kesakitan. Tangan kanannya masih sakit akibat digigit kerangga.

"Aku okay." Soo Ah hanya tersenyum ke arah kawannya, Hyunshi Tiba-tiba bahunya di tepuk kasar. Dia memandang ke arahnya sekilas sebelum dihempuk dengan begnya sendiri.

"Nah beg kau." Taehyung memandang ke arah Soo Ah dengan pokerface. Tangannya terus dimasukkan ke dalam poket dan terus dia berlalu dari situ. Chae Eun mencebik.

"Menyesal aku satu kumpulan dengan dia." Soo Ah memandang ke arah Taehyung yang sudah berjalan jauh seraya berdecit. Hyunshi menepuk bahunya pula.

"Kau kenapa?!" Dia memandang tajam ke arah Hyunshi. Semua nak tepuk bahu aku ke secara kasar ni apasal?

"Kau patut bersyukur tahu tak!" Hyunshi dan Soo Ah berjalan sama-sama menuju ke kantin. Memandang sekarang adalah masa berehat pelajar-pelajar di dalam khemah.

"Asal pulak. Kau tahu dia jumpa aku dengan keadaan asthma. Kau rasa? Rahsia aku terbongkar tahu tak." Soo Ah mencebik. Hyunshi menggeleng dengan perangai kawannya itu.

"Kau tak patut tahu pasal tu. Yang kau kena tahu, Kim Tae Hyung. Perangai dia lain gila bila dia tahu kau hilang." Hyunshi menjerit membuat Soo Ah ingin menampar mulutnya.

Sakit telinga aku.

"Maksud kau?"

"Masa time kau tak ada tadi. Dia orang paling panic! Sedangkan aku pun panic risau nak mati sebab yelah kau kan asthma." Soo Ah gasp.

Taehyung yang jahat suka perli aku dia orang paling panic? Wow.

"Pastu kan cikgu nak pergi cari kau, tapi dia protes, Dia yang tawarkan diri cari kau. Cikgu suruh bawak kawan, tapi dia nak pergi seorang jugak." Kalini Soo Ah terpegun habis.

Aku rasa bersalah sekarang.

Soo Ah memandang ke arah khemah lelaki sekilas dan pandangannya yang bertembung dengan Kim Tae Hyung.

×××

Soo Ah keluar dari bas sekolah dan terus mencari Taehyung di parking lot. Tujuannya adalah untuk mengucapkan terima kasih. Dia menggarukan kepalanya apabila dia tidak menjumpai Taehyung.

"Kau cari siapa?" Soo Ah memusingkan badannya dengan pantas. Dia memandangnya yang sedang memandang Soo Ah pelik seraya berjalan terus ke arah keretanya. Punat bonet ditekan. Diletakkan beg campingnya di bonet tersebut.

Lidah Soo Ah kaku apabila mahu bercakap dengan Taehyung. Dia memandang ke arah lantai. Taehyung mengangkat kening. Dia menutup bonet dan menyandarkan dirinya.

"Kau nak apa ni?"

"Aku- aku-- aku nak ucap terima kasih." Soo Ah memandang Taehyung sekilas sebelum tertunduk semula. Dia bukan malu, tapi segan disebabkan Taehyung. memandangnya terlalu lama.

Taehyung yang bersandarkan dirinya tersenyum nipis. Dia merimaskan rambutnya. Chae Eun mencebik. Satu benda paling pantang dia tak suka.

Rimaskan rambut dia.

"Jom aku hantar kau balik." Taehyung membuka pintu keretanya dan menarik suis (?) bonet. Soo Ah mengerutkan dahinya.

"Come on, Aku tengah baik ni." Taehyung mengangkat keningnya. Soo Ah memandang Taehyung sekilas sebelum meletakkan beg campingnya di bonet juga.

She's totally different than the other girl that I met before. Truly I'm deeply fell in love with her.

THE END
07:05
23 DEC 2016

OneshotOù les histoires vivent. Découvrez maintenant