Bias: Kim Jun Myeon (Suho; EXO)
Korean Name: Park Min hye
Genre: Comedy love
Place: SchoolMENTIONED: suhobunny_wife
Jihoon sunbae:
Jumpa aku dekat kelab sekarang!"Aduhhh apa benda lagi nieh." Min Hye mencebik dan mengoff phonenya. Dia membuat muka menyampahnya dan merungut sendiri.
"Hah kau merungut tak tentu hala ni apasal?" Dia memandang pelik pada Minhye. Iyalah tiba-tiba sahaja merungut.
"Haih pengerusi kelab aku tu lah suruh datang kelab sekarang jugak. Dah lah aku pergi dulu." Minhye bangkit dari duduk di kerusi kantin itu. Kawannya pula, Jisoo hanya mengangguk. Disuap makanannya yang masih tinggal.
"Nanti aku jumpa kau dekat locker habis sekolah nanti!" Minhye hanya mengangguk dan membuat tanda okay. Dia memasukkan tangannya ke dalam blazer uniform sekolahnya dan menuju ke kelabnya yang berada di tingkat dua.
Kelab Drama.
×××
"Sorry aku buat mesyuarat terkejut dekat korang. Tapi kita ada masalah." Dia menepuk meja yang berada dihadapannya. Matanya memandang satu persatu ahli kelab drama tersebut.
"Pelakon perempuan kita, Kim Shihun demam panas kemungkinan dia tak akan datang hari festival tu." Suasana di dalam bilik itu yang tadi senyap bertukar bising. Hanya beberapa sahaja yang diam dan masih menunggu kata-kata Jihoon.
"So guys, ada apa-apa cadangan?" Dia mengangkat kening sambil tersenyum.
"Min Hye!" Min hye yang hanya senyap tadi memandang ke arah Namjoo yang sedang memetik namanya. Dia menunjukkan dirinya dengan jari telunjuknya.
"Aku tahu kau boleh buat Minhye."
"Kau kan director. Kau dah hafal skrip kan?"
"Kau setiap hari ada kot time latihan."
Minhye tergelak. Dia memandang ke arah Jihoo yang memandangnya. Dia menggeleng.
"No no no. Saya tak nak Jihoon sunbae."
"Alaaa jadi jelah kau dah hafal kan?" Jihoon mengangkat keningnya. Pelajat yang berada di dalam bilik kelab itu juga memujuk Minhye untuk menerimanya.
Minhye menepuk meja membuatkan semua terdiam. Minhye memandang mereka dengan tidak puas hati.
"Sorry, tapi aku tak boleh." Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah pinth bilik dan keluar. Jihoon yang memanggilnya di abaikan. Hatinya panas.
Jihoon mengeluh. Dia yang hanya memerhati sambil menongkat kepalanya juga bangun. Jihoon mengangkat kepalanya. Dia menepuk bahu Jihoon.
"Biar aku pujuk dia." Dia terus keluar dari bilik kelab drama. Dan mesyuarat juga sudah habis.
×××
Minhye terus duduk dengan kasar di atas bangku di taman sekolah itu. Dia mendengus kasar dan berpeluk tubuh. Fikirannya melayang ke arah di bilik kelab drama tadi.
"Apahal aku pulak jadi? Eii, aku masuk kelab tu pun sebab aku nak jadi pengarah je lah bukan pelakon." Dia membebel dengan perlahan. Dia masih tiada mood untuk masuk ke dalam kelasnya. Fikirannya serabut.

ESTÁS LEYENDO
Oneshot
De TodoOneshot K-Idol. Just send me about who's your bias, genre and place. Highest Rank: Random; #1 17 Dec 16 #2 23 Dec 16 #1 02 Jan 17 #2 04 Jan 17 #1 26 Jan 17 #1 12 Nov 17 #2 28 Jan 17