Bias: Jeon Jung Kook (Jungkook; BTS)
Korean Name: Park Hyun Jung
Genre: Love, Happy
Place: Music Room.MENTIONED: Real__Exol12
"Hyunjung ahh." Hyunjung mengangkat kepalanya. Tangannya pantas menutup buku seraya memasukkan di bahagian almari.
"Jungkook cari kau. Sekarang jugak dekat bilik muzik." Dia berkata seraya melepaskan nafas termengah-mengahnya. Penat juga mencari Hyunjung satu sekolah. Last-last Hyunjung berada di dalam perpustakaan.
"Untuk?" Hyunjung memandang pelik ke arahnya. Pelik juga tiba-tiba Pengerusi kelab muzik itu mahu berjumpa dengannya. Dia pula mengangkat bahu. Hyunjung mengangguk. Dia menepuk bahunya seraya mengucapkan terima kasih.
×××
"Only fools fall for you..." Hyunjung berhenti di hadapan bilik muzik. Dia mengintai sedikit di dalam bilik itu. Ternampak Jungkook yang sedang bermain piano. Dia terpaku seketika. Alunam merdu suara Jungkook membuatkan dia tersenyum sendirian.
Hensemnya! Dahlah pandai main piano!
"Kau skodeng apa hah?" Hyunjung terkaku. Dia memandang ke kanan dan tersengih. Dia menundukkan hormat dihadapannya.
"Emmm. Tadi ada orang kata awak cari saya. Saya nak masuk tadi tapi awak tengah main piano. Itu yang saya tunggu dekat luar."
Jungkook memandangnya. Hyungjung pula menelan air liur. Boleh pula dia tak perasan yang Jungkook sudah lama memerhatinya.
"Kau tak payah buat macam tu. Masuk jelah. Buat malu jer tengok kau tonggek dekat luar bilik itu." Jungkook berjalan masuk seraya melipat lengan bajunya hingga ke siku. Hyunjung pula mencebik.
Takguna. Dia perli aku habis-habis.
Jungkook menarik dua kerusi. Dia meletakkan satu lagi kerusi berhadapan dengannya. Hyunjung duduk. Dia memandang ke arah Jungkook.
"Awak dah reti main piano berapa lama?"
"..." Hyunjung mengangguk. Tiba-tiba Jungkook bangun. Dia berjalan ke arah bahagian-bahagian muzik digantungkan.
"Kau reti main muzik?" Jungkook memandang Hyunjung sekilas sebelum memandang ke arah Alatan muzik. Hyunjung memandang Jungkook pelik. Dia mengangguk.
"Reti tapi.."
"Yang mana satu?"
"Violin."
Jungkook mengambil Violin dan diberikan kepada Hyunjung. Hyunjung terkebil seketika.
"Cepat main aku nak tengok." Jungkook duduk di kerusinya semula. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Hyunjung. Hyunjung menelan air liurnya. Dia meletakkan violin dibahunya. Dia memulakan chord Save Me version Violin.
^ni kawan aku ajar. First dengar violin version dari zuu.😂 and aku terjebak dengan butterfly punya violin version.
Setelah menamatkan lagu. Jungkook memandang Hyunjung. Dia mengangguk.
"Wow."
"Wae?"
"Great. Kau mahir dalam bidang muzik. Eh jap kau kelab mana?"
"Arts." Jungkook mengangguk. Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke arah Grand piano. Di ambilnya sehelai kertas yang entah apa diisinya itu.
"Aku rasa aku dah jumpa apa yang aku nak." Hyunjung mengangkat keningnya selepas meletakkan violin di sebelah kerusinya. Dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Jungkook. Ditarik kertas itu dan membacanya.
"What?! Awak pergunakan saya ke sekarang ni?!" Hyunjung menjeling Jungkook yang sedang duduk bersahaja itu. Dia juga bangun dan memandang ke arah Hyunjung yang hanya separas bahu.
"Tak pun. Cikgu mintak." Hyunjung memandangnya dengan geram. Dia bukannya apa. Dia tidak suka dengan cara permintaan Jungkook.
"Iya pun mintak lah dengan cara elok. Awak pergi lah cari orang lain!" Hyunjung ingin beredar dari bilik muzik itu. Sakit hatinya juga. Tetapi dengan pantas Jungkook menahannya.
"Aku mintak dengan sopan jer kan? Ada ke aku marah kau? Okay, aku minta maaf kalau cara nak masukkan kau dalam pertandingan secara senyap-senyap. Aku terdesak cari pemain violin. Sebab aku tak reti main violin."
Jungkook melepaskan perasaannya. Cikgu pula 100% melepaskan tanggungjawab pertandingan itu ke arahnya. Lagi runsing dia ingin menyeimbangkan pelajarannya dan muzik dalam satu masa. Hyunjung mengeluh. Dia memandang Jungkook.
"Lain kali bagitahu terus. Tak payah berahsia dengan saya." Jungkook mengangkat kepalanya. Hyunjung tersenyum ke arahnya.
"Sorry. Actually, aku ada lagi satu sebab kenapa aku panggil kau ke sini." Hyunjung mencekak pinggangnya. Dia memandang Jungkook dengan tajam.
"Hah apa lagi awak rahsia dengan saya nieh?" Hyunjung berkata dengan acah garangnya. Jungkook menarik Hyunjung dan terus ke dalam pelukannya. Hyunjung terkejut. Dia mengebilkan matanya. Tangannya pula mendarat ke arah dada Jungkook.
"Aku suka kau." Hyunjung terpana seketika. Terdengar juga degupan Jungkook. Jungkook mengeratkan lagi pelukannya. Bau haruman dari Hyunjung membuat Jungkook tersenyum lebar.
"Aku betul-betul dah lama suka dekat kau. Aku dah lama usha kau. Tapi entah, hari ini aku berani nak confess." Jungkook memandang mata Hyunjung. Diusap pipinya yang gebu itu. Hyunjung juga tersenyum. Dia menjengketkan kakinya dan
Cup!
Pipi kanan Jungkook dicium olehnya. Jungkook tersenyum lagi. Dia memeluk Hyungjung semula.
"Thank you Hyungjung! Really thank you!"
THE END
19:10
14 NOV 2016

KAMU SEDANG MEMBACA
Oneshot
AcakOneshot K-Idol. Just send me about who's your bias, genre and place. Highest Rank: Random; #1 17 Dec 16 #2 23 Dec 16 #1 02 Jan 17 #2 04 Jan 17 #1 26 Jan 17 #1 12 Nov 17 #2 28 Jan 17