Bias: Park Ji Min (Jimin; BTS)
Korean Name: Min Yoon Na
Genre : Sweet, Romance, Conflict
Place: RooftopMENTIONED: multifandom_fans
"Weh Jimin." Dia menepuk meja Jimin. Dia menarik kerusi di hadapan meja Jimin dan duduk. Jimin yang sedang bermain phone memandang sekilas.
"Oh kau V. Asal?"
"Kau dengan Eunshin... ada apa-apa ke?" Jimin memandang pelik ke arah Taehyung yang sedang mengangkat keningnya.
"Tak adalah. Biasa jer dengan dia."
"Tapi cara kau layan dia. Tolong kurangkan." Jimin mengangkat kepalanya. Dia mengeoffkan phonenya dan fokus dengan perkataan Taehyung.
"Kurang? Maksud kau?"
"Kau tak kesian dengan Yoonna ke?" Taehyung memandang Jimin. Jimin mengerutkan dahinya.
Apa kena mengena dengan Yoonna sekarang ni?
"Kau ni lembaplah. Kau ni tak faham hati perempuan. Kau dah kenal dia berapa lama? Dia kan jenis tak suka cerita dekat orang. Hati dia, mana tahu dia sakit? Cuma dia tak luahkan? Kau kena pandai baca hati dia. Imaginelah, bila dia dengan lelaki lain. Gelak ketawa. But hati dia kat kau. Kau pun mulalah fikir bukan-bukan kan? Yoonna pun macam tu weh."
Jimin terdiam. Dia mula menyematkan kata-kata Taehyung ke dalam otaknya. Taehyung bangkit dari duduk dan menepuk bahu Jimin. Jimin mendongak memandangnya.
"Just nak cakap. Jangan sakitkan hati Yoonna. Dia perempuan yang baik."
×××
"Yoonna ahh!" Yoonna yang sedang berbual dengan Hyuri terpandang ke arah Jimin yang sedang berlari ke arahnya. Jimin tersenyum. Dia duduk di sebelah Yoonna. Hyuri pula sudah meminta diri untuk ke tandas. Atau lebih tepat sengaja meninggalkan mereka berdua.
"Nanti jumpa saya dekat rooftop tau. Lepas habis sekolah." Yoona tertawa kecil. Dia memandang ke arah Jimin yang sedang termengah-mengah itu.
"Kenapa tak mesej saya jer? Tak payah awak nak berlari." Jimin juga tersenyum. Membalas senyuman Yoonna.
"Phone saya habis bateri. Itu yang saya cari awak satu sekolah." Yoonna ketawa. Dia menggeleng perlahan dengan tindakan Jimin.
"Jimin ahh!" Serentak Jimin dan Yoonna memaling ke arah suara yang memanggil. Eunahin sedang melambai ke arah Jimin dan menyuruh untuk ke tempat something. Jimin hanya membuat 'okay.'
"Okaylah lupa tadi cikgu suruh buat something dengan Eunshin. Ingat jangan lupa tau." Dia menekankan perkataan 'Eunshin' dan mengusutkan rambut Yoonna. Yoonna hanya tersenyum. Sebelum Jimin memasuki ke dalam sekolah, dia memusingkan kepalanya sekali lagi memandang ke arah Yoonna.
×××
Seperti yang dijanjikan, Yoonna menuju ke arah rooftop selepas habis sekolah. Dia menolak pintu rooftop itu. Dia meletakkan begnya di atas bangku yang disediakan. Tiba-tiba ada orang memeluknya dari belakang.
"Jimin."
"Shut give me 1 minute." Yoonna hanya membiarkan perlakuan Jimin yang memeluknya dari belakang. Jimin pula menutup matanya. Jimin melepaskan pelukan. Dia memandang ke arah mata Yoonna
"I miss you." Yoonna ketawa kecil.
"Kita baru ajer jumpa tadi time rehat. Kenapa tak jumpa dekat rumah jer?"
"Saya tak ada feel nak balik rumah lah awak. Rasa nak duduk dengan awak jer." Jimin membuat muka comelnya. Yoonna mencubit pipi Jimin. Geram!
"Ayat awak sweet jer kerjanya." Yoonna duduk di bangku itu. Jimin pula sudah baring di atas peha Yoonna.
"Saya sweet dengan awak jer." Dicapai tangan Yoonna dan mengusapnya. Yoonna tersenyum. Diusap rambut Jimin dengan perlahan menggunakan tangan kanannya.
"Yoonna ahh."
"Ya?"
"Saya minta maaf tau." Yoonna mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah mata Jimin.
"Untuk?"
"Saya tahu awak jealouskan?"
"Kenapa pulak nak jealous?"
Soalan dibalas soalan. Jimin bangkit dari baringnya dan memandang mata Yoonna. Digenggam tangan Yoonna seerat yang mungkin.
"Mata saya tak tipu Yoonna." Jimin menyentuh dada Yoonna, di hati.
"Memang awak cakap awak tak jealous. Tapi hati awak selalu sakit disebabkan saya kan?"
Yoonna terdiam. Dia menunduk sahaja kepalanya. Angin sepoi-sepoi bahasa menolak rambut Yoona yang separas bahu dengan perlahan. Jimin mengangkat dagu Yoonna. Memandang tepat ke arah matanya.
"Saya minta maaf. Kalau cara saya layan awak kurang daripada yang lain. Tapi apa-apa pun. Hati saya untuk awak jer tau." Jimin membawa tangan Yoonna ke dadanya. Yoonna tersenyum. Matanya bertakung. Bersedia untuk menjadi air terjun sahaja.
Jimin mengelap air mata Yoonna dikucup pipi Yoonna seraya memeluknya.
"Saya minta maaf sekali lagi."
THE END
00:14
16 NOV 2016
YOU ARE READING
Oneshot
RandomOneshot K-Idol. Just send me about who's your bias, genre and place. Highest Rank: Random; #1 17 Dec 16 #2 23 Dec 16 #1 02 Jan 17 #2 04 Jan 17 #1 26 Jan 17 #1 12 Nov 17 #2 28 Jan 17