Kim Mingyu (KMG)

68 5 4
                                    

Bias: Kim Min Gyu (Mingyu; S17)
Korean Name: Hwang Eun Ju
Genre: Bad, Badboy.
Place: School

MENTIONED: eunyhwang24

"Mingyu dan Eunju! Kamu berdua berdiri dekat luar kelas sekarang." Eunju ternganga. Mingyu pula tersenyum sinis dan berjalan menuju ke pintu kelas.

"Tapi cikgu.. bukan saya.."

"Tak ada keluar!"

Eunju menahan geram selepas menutup pintu kelasnya. Dijeling perlahan ke arah Mingyu yang sedap menyandar ke arah dinding sambil mengunyah gula-gula getah. Dia berdiri tegak di sebelah Mingyu.

"Nak?" Mingyu menghulurkan gula-gula getahnya. Dia mengangkat kening sambil memandang ke arah Eunju. Eunju tidak memandangnya. Tangannya digenggam. Mingyu mengangkat bahu dia meneruskan mengunyah gula-gula itu.

×××

Kring!

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk menuju ke kantin. Pelajar yang lalu di depan kelas 2-2 tergelak kecil kerana pelajar top 10 sedang berdiri di depan kelasnya sendiri. Hwang Eun Ju.

Mingyu juga apa kurangnya, cuma disebabkan kelakuannya yang tidak berdisiplin. But pelajaran? Petik jari weh. Straight subject highest mark! But ada half of his subjek A dia cukup-cukup makan. Bukan cukup-cukup lulus. Eunju sendiri pun speechless.

^aku nak otak Mingyuuuuuu. ")))

Eunju hanya menunduk. Tidak langsung memandang ke arah pelajar-pelajar yang lalu di depan mereka. Mingyu terus berdiri tegak apabila terdengar pintu kelas ditolak. Mrs. Lee memandang ke arah mereka berdua dengan menjeling.

"Kamu berdua harini kena ke kelas tahanan." Mingyu hanya mengangguk.

"Hah saya?" Eunju memandang Mrs. Lee dengan terkejut. Mrs. Lee memandang Eunju.

"Ya, Eunju kenapa? Tak puas hati?"

"Memanglah. Dia yang salah." Eunju mendecit perlahan sambil memandang Mingyu yang sudah jauh itu.

"Kamu berdua gaduh dalam kelas saya. Jadi kamu berdua kena juga." Mrs. Lee terus berjalan tanpa menghiraukan pekikan dari Eunju. Eunju mengeluh perlahan. Dalam hatinya sudah membara. Bibirnya diketap.

"Aku benci kau Kim Min Gyu."

×××

"What the...?" Eunju memandang ke arah lockernya. Kertas yang ronyok jatuh ke bawah bersama bulu-bulu burung. Tepung juga bagi memeriahkan locker Eunju. Pelajar yang berada di situ juga menahan ketawa. Eunju menggeleng. Dia melutut dan mengutip sampah sarap itu.

"Awak okay?" Eunju pantas mengangkat kepalanya. Dia memandang ke arah Wonwoo yang mengambil bulu-bulu burung dari dalam lockernya. Wonwoo dan Eunju terus mengemas lockernya.

Nasib ketika itu. Sekolah sudah pun tamat pada waktu itu. Dia memandang ke arah selitan di lockernya. Terdapat secebis kertas diselit disitu. Di ambil dan membacanya.

Balasan kau sebab dendam dengan aku dan kacau aku punya hidup. MUAHAHAHAHAHAHAHA.

-Mingyu-

Eunju menahan geram. Dironyokkan kertas yang berada di pegangannya. Wonwoo yang memandang Eunju terus memegang bahu Eunju. Dia memandang ke arahnya.

OneshotWhere stories live. Discover now