Kim Junmyeon (KJM)

61 6 2
                                    

Bias: Kim Jun Myeon (Suho; EXO)
Korean Name: Song Yong Wook
Genre: Sweet, Horror
Place: Bungalow

MENTIONED: ameera_saqeena_01

"Jagiyaaaaa!" Junmyeon menjerit dari tingkat atas. Dia terus turun dengan laju menggunakan tangga. Yongwook yang baru keluar dari dapur memandang Junmyeon yang turun. Junmyeon tersenyum seraya berdiri di hadapan Yongwook.

"Jom tengok movie?" Junmyeon menunjukkan DVD nya kepada Yongwook sambil tersengih.

"Okay. Saya sediakan snack kejap." Junmyeon tersenyum riang. Dia memeluk Yongwook dan menghadiahkan kucupan di pipinya.

Yongwook pula menggeleng. Dia memasuki ke dalam dapur semula dan mengeluarkan snack dari kabinet. Junmyeon pula memasang DVD. Dia menutup langsir dan lampu bagi memalapkan ruang tamu itu.

×××

"Woi! Ish tak guna punya hantu." Yongwook menjerit dan memaki. Gelas yang dipegang hampir terjatuh. Junmyeon pula ketawa kecil. Snack yang berada di pehanya tadi di letakkan di atas meja kopi.

"Hantu jer kot." Junmyeon memeluk bahu Yongwook. Dia juga meletakkan gelas airnya di atas meja kopi. Dia menjeling tajam ke arah Junmyeon.

"Ya, saya tahu. Tapi cerita ni buat banyak kali saya terkejut. Hampir-hampir aje gelas yang saya pegang tadi kena campak." Yongwook mendengus kegeraman. Junmyeon menggeleng. Dia melentokkan kepalanya di bahu Yongwook sambil menonton DVD.

"Emm Suho..." Yongwook mula berasa tidak selesa. Sebab? Junmyeon sedang bermain di lehernya. Dicium sepuas-puasnya. Junmyeon pula mengabaikan panggilan Yongwook. Bau Yongwook terlalu menggoda untuknya.

"Sedapnyaaa." Junmyeon masih bau dileher Yongwook. Yongwook pula sudah terbaring. Dia memejamkan mata kerana ketakutan.

"Suho awak kenapa ni?" Yongwook menolak Junmyeon perlahan. Tetapi Junmyeon masih menghidu bau Yongwook. Terpejam matanya menikmati bau Yongwook.

"Sedapnyaa bau darah awaaak." Junmyeon membuka mulutnya. Dikeluarkan lidahnya dan menjilat sedikit di jinjang leher Yongwook. Yongwook menolak Junmyeon lebih kuat. DVD yang terlayar diabaikan.

"Huh? Hey, Suho! Jangan main-main!" Yongwook menolak Junmyeon tetapi kekuatannya tidak mampu menandingi kekuatan Junmyeon. Junmyeon masih lagi dileher Yongwook. Digesel-gesel gigi dengan leher Yongwook. Dia memandang ke arah Yongwook. Senyuman sinisnya terserlah. Dijilat bibirnya sambil tersenyum jahat.

"Aku nak darah."

"Suho!" Yongwook menjerit. Dia menutup matanya sekuat hati. Junmyeon yang menindih ke arah Yongwook sudah tersenyum. Dia memandang Yongwook seraya melepaskan ketawanya yang ditahan dari tadi. Dia bangun dari menindih Yongwook. Ketawanya tidak henti-henti.

Yongwook pula pelik. Dia membuka matanya dan memandang ke arah Junmyeon yang galak ketawa. Dicapai cushion sofa dan memukul Junmyeon sekuat hati.

"Tak guna. Jahat!" Yongwook melepaskan geramnya. Junmyeon masih ketawa sambil mengelakkan diri daripada dipukul oleh Yongwook.

"Saya tak nak tidur dengan awak malam ni!" Yongwook memeluk tubuh. Dia terus duduk di sofa dan mencapai gelas di atas meja kopi tadi. Dihirup sedikit air. Junmyeon duduk di sebelahnya.

"Alaaa. Saya acah jadi vampire jer. Sorrylah sayang. Saya gurau jer."

"Sorry pala hotak awaklah!" Yongwook masih lagi merajuk. Junmyeon pula memeluknya. Yongwook masih lagi kaku tidak membalas pelukan Junmyeon.

"Alaaa sayaaang. Mana best saya tidur sorang." Junmyeon membuat muka comelnya. Yongwook mencubit peha Junmyeon. Geram! Junmyeon mengaduh kesakitan seraya melepaskan pelukannya. Yongwook sudah menuju ke tingkat atas. Junmyeon mengejarnya dari belakang. Senyumannya masih terlekang dari bibirnya.

Apa-apa pun bau darah dia memang sedap.

THE END
19:04
15 NOV 2016

OneshotTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang