Waktu rehat tiba...
Sniper Girls berjalan ke kantin lalu membeli makanan kesukaan mereka, Ttaebeokki. Mereka duduk dimeja yang terletak dibawah pokok jauh dari kantin. Meja itu terletak berdekatan waterfall dan dikelilingi pohon-pohon rendang. Kawasan yang amat nyaman. Untung sekolah mereka terletak dikawasan pedalaman. Itu adalah kawasan kesukaan mereka pada waktu rehat ataupun pada waktu lapang.
"Woah..Woah.. look what we got here.."
Suara seseorang mengganggu ketenteraman mereka yang sedang bergelak tawa disitu. Hyejung menoleh dan menjeling tajam 7 manusia yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. "Helo Sniper Girls ~" Hyejung memutarkan bola matanya.
"Eh, ape korang nak? Jangan kacau ketenteraman kitorng boleh tak?" Lancang sahaja mulut Hyejung membidas Bangtan. "Well...kitorang nak makan...mind to share?" Tanpa persetujuan SG, mereka (BTS) mengambil tempat duduk disebelah musuh masing-masing.
Jimin duduk disebelah Hyejung , Taehyung disebelah April, Hoseok disebelah Haera, Jungkook disebelah Sooyeon, Jin disebelah Seojung, Namjoon disebelah Cherry manakala Suga disebelah Lexy.
"Dasar tak tahu malu.." cibir Lexy. Yeoja bermata hijau itu kembali memakan ttaebokkinya tanpa menghiraukan kehadiran namja berkulit salji disebelahnya itu.
"Jung-ah, esok aku jemput kau eh?" Jimin tiba-tiba membuka suara. Hyejung menatap namja bermata sepet itu dengan malas. "Taknak." Pendek dan padat jawapannya. "Come on, aku tunggu pukul 6 k? Jangan lewat.." Sambung Jimin. Namun Hyejung hanya mengabaikannya. Sungguh, dia malas melayan si mereng itu sekarang.
Kringgg~
Akhirnya waktu pulang pun tiba, Hyejung dan rakan-rakannya mengemas barang lalu keluar dri kelas. Mereka berancang untuk keluar ke Mall hari ini. Memandangkan ibu bapa mereka tiada dirumah.
-Mall-
Mereka mengelilingi Mall sambil berborak rancak. Pakaian seragam sekolah telahpun bertukar menjadi pakaian kasual. "Yah! Aku dengar album EXO dah ada jual kt kedai tingkat 4! And aku dengar album tu ada sign and photocard members! Aku harap sangat dapat photocard Baekky!!" Jerit April histeris. Dia amat meminati kumpulan EXO. Dia juga tidak pernah terlepas konsert.dan fanmeeting EXO yang diadakan di Korea. Dia bahkan mempunyai number telefon ketua kumpulan itu kerana Appanya berkawan baik dengan Manager kumpulan tersebut.
Sedang mereka memilih-milih album dikedai music yang besar itu, tiba-tiba bunyi seperti pergaduhan terdengar dihadapan kedai itu. Mereka pun meluru keluar. Alangkah terkejutnya apabila ternampak Sooyeon sedang bergaduh dengan Jungkook.
Hyejung lantas mendekati sepasang pasangan yang sedang asyik bergaduh itu lalu menarik Sooyeon dari Jungkook. "Hoi! Kau dah gila ke hah!?" Sooyeon menengking Jungkook. Hyejung memeluknya dan menenangkannya agar dia bersabar. Jungkook berdecih lalu mengelap bekas darah di sudut bibirnya. "Kalau tak rosakkan baju aku, aku takkan kacau lah!"
Kemudian mereka kembali berlawan. Hyejung mengeluh , matanya melirik BTS yang sepertinya menikmati pergaduhan itu . Hyejung cuba menarik Sooyeon yang sedang lawan menarik rambut dengan Jungkook. Begitu juga dengan Jimin yang mula sedar betapa seriousnya pergaduhan itu dan tatapan-tatapan dari pengunjung yang lain. Namun , dengan tidak sengaja Jungkook menampar Hyejung sehingga yeoja bertubuh mungil itu jatuh dan terkena bucu besi yang terdapat dikedai itu.
"Ah!" Hyejung menjerit kecil. "Hyejung unnie!!" Lexy dan Cherry mendekati Hyejung yang terjatuh itu manakala Haera dan Minju mendekati Sooyeon yang telah berhenti bergaduh. Muka Jungkook dan BTS memaparkan riak wajah terkejut apabila melihat darah segar mengalir dari sudut bibir serta pelipis Hyejung. "U..unnie! Unnie okay tak?" Lexy menyoal dengan gugup.
Hyejung hanya memandang Jungkook dengan tatapan berapi. Dia meraih sapu tangannya yang ada di poket beg lalu mengelap darah yang keluar itu. "Unnie okay.. korang sambung lah shopping.. aku nak balik." Hyejung pun pergi meninggalkan yang lain. Sniper Girls hanya memandang Hyejung yang beransur pergi dengan tatapan takut. Mereka tahu Hyejung sedang marah, dan itu sangat mengerikan.
-tbc-

YOU ARE READING
Sweet Enemy ♡
FanfictionKisah tentang Kingka sekolah dan Queenka sekolah yg pantang bertemu. Tiap bertemu pasti ada saja yang akan digaduhkan oleh mereka. Bagaimanakah kisah mereka akan berakhir?