8:00a.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.Langkah diatur perlahan memasuki badan kereta api yang penuh dengan manusia. Sejurus sahaja masuk, seorang nenek tua melambai tinggi mendatangkan senyum pada wajahku. Sudah beberapa kali aku kata tidak mengapa, namun nenek tua itu masih menjaga tempat duduk kegemaranku. Tepat berada dihadapannya.
"Terima kasih, nek." Ucapku sejurus sahaja melabuhkan punggung di hadapan nenek itu. Seperti kebiasaanku setiap hari, sebuah buku aku keluarkan daripada beg. Kali ini bersama sebatang pen terselit diantara kulit buku dan isi kandungannya.
"Eh, kamu sudah bukukan manuskrip haritu?" Si nenek tua menegur lembut. Tangan tuanya mencapai buku yang baru sahaja aku letak ke atas meja. "Baru sekadar prabacaan je nek. Saya sahaja yang ada, untuk semakan semula." Buku tersebut dicapai semula selepas dipulangkan.
"Kalau sudah dijual secara terbuka, bagi nenek satu." Nenek tua itu tersengih sebelum tawa kecil melepasi bibirnya. Kini wajahku membahang panas kerana malu. "Apa ni nek. Malulah! Saya bukan penulis handal." Wajah ditekup sebelum dialih untuk memandang keluar kereta api yang agak perlahan bergerak.
"Nenek suka karya kamu. Apa orang putih cakap tu? Peresh?" Kami berdua melepaskan tawa agak kuat, sedikit menjaga suara kerana berada di dalam pengangkutan awam yang padat ini. "Fresh , nek." Tangannya aku sentuh lembut. Saat ini mendatangkan sedikit hiba dihati. Teringat pada mendiang ibu dahulu. Tangan yang kering dan badannya yang mulai kurus kerana sakit tenat dahulu masih lagi berlegar diminda.
Buat beberapa ketika, nenek ini sudahku anggap seperti ibuku sendiri.
Aku tenggelam dalam perbualan sehingga nenek meminta diri untuk bangun daripada duduknya. Stesen untuk dia pulang hampir tiba, kalau boleh nak keluar tanpa gangguan. Melihat nenek bangun dan berlalu, aku kembali menunduk dan fokus pada buku di tangan.
Telefon dikeluarkan. Sambil-sambil itu, bolehlah aku membalas mesej kawan di KakaoTalk. Sedang aku tersengih sendirian, sehelai kertas nota lekat singgah di atas buku dihadapanku.
Hai. Boleh berkenalan? :)
Serta merta aku mengangkat kepala. Pandanganku kini dijamu oleh figura seorang lelaki berkardigan kelabu, tepat mengambil duduknya dihadapan aku. Bukunya terbuka diikuti kertas nota lekat yang disediakan. Pen ditangannya tidak henti berpusing dan menari lembut. Senyumannya manis saat memandang aku.
Namun aku langsung tidak memberikan apa-apa reaksi yang mengujakan. Kertas nota lekat di atas buku aku tadi dikembalikan semula ke atas bukunya. Aku baru sahaja ingin mengambil ketenangan, mencari ilham baru tanpa sebarang gangguan. Tiba-tiba datang pula lelaki ini.
Selang beberapa minit, satu lagi kertas nota lekat diletakkan ke atas kulit buku aku.
Diam tandanya setuju :)
Dahiku berkerut. Apa terdesak sangat jantan ni?
Aku kembali meletakkan pen milikku ke dalam beg bersama telefon bimbit. Telinga ditajamkan sewaktu pengumuman berbunyi. Saat operator memberikan ayat bahawa kereta api akan berhenti di stesen seterusnya 3minit lagi membuatkan aku lega. Dengan wajah yang masih ketat, aku bangkit daripada duduk dan mendekati pintu keluar.
"Cik-!" Dapat aku dengar suara lantangnya melaung. Entah apa dia ingin beritahu, yang penting aku tidak mahu berpatah balik mahupun mengintai kebelakang. Malas.
.
oho (lol ok aku edit 😂 'sikit' 🌚)
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)