7:05a.m
Iryeong Station,
Yang-Ju,
Seoul.Seperti hari-hari biasa sebelumnya, aku menunggu ketibaan train bersama senyuman lebar terukir pada wajah. Dalam hati sudah berbunga-bunga, rama-rama bagai wujud berterbangan di dalam perut.
Kebiasannya, tidak lama lagi dia akan tiba dan menunggu train bersama aku. Namun kelibat batang hidungnya langsung tidak jumpai. Tiada mesej dan panggilan yang aku terima daripada Jungkook sejak kami membeli belah kelmarin.
Aku ada berfikir, mungkin dia sudah kembali sibuk kepada kerjanya tetapi dia pernah berkata bahawa dia mengambil cuti beberapa bulan.
Harap sahaja dia sudah berada di dalam train nanti.
Jam dipandang sekilas. Tidak lama kemudian, train tiba laju melintasi hadapanku. Dengan langkah yang berat dan bimbang, aku menarik nafas dan masuk ke dalam train. Mata memandang ke sekeliling sambil mengambil langkah kecil.
Tiada langsung kelibat Jungkook.
Aku terus mengambil duduk di tempat biasa. Mata masih liar memandang ke sekeliling. Hampir tercabut kepala rasanya apabila hampir setiap saat memaling ke kiri dan kanan dimana terletaknya pintu train.
Ketika itulah, mataku tertancap pada seseorang yang berlari masuk bersama hood kekal di atas kepala dan beg sandangnya. Saat pintu train tertutup, dia berlari-lari anak ke arah aku yang sedang duduk.
"Lama tunggu?" Aku perasan, kebelakangan ini dia takkan buat aku tertunggu lama dan menanyakan soalan yang sama setiap kali aku menunggunya. Rasanya dia tidak suka ditunggu. Tidak terus menjawab soalannya, aku menggeleng.
"Tak lama." Aku membalas dengan senyuman lebar terukir. Jungkook tersenyum kecil dan mengambil nafas lega. Turun naik dadanya, tercungap-cungap mengambil nafas. Mungkin dia berlari saat ingin mengambil train yang sama dengan aku.
Apa yang terjadi selepas itu hanyalah sunyi. Aku dan Jungkook sama-sama memandang ke luar tingkap, melayan perasaan dan pemikiran sendiri. Wajah Jungkook seolah-olah muram. Tiada senyuman yang kekal lama seperti hari-hari sebelumnya.
Bibirnya juga seperti dipakaikan pelembap bibir agar kelihatan lively. Bibir aku terbuka, cuba untuk menegur namun tiada apa yang keluar. Suara bagai terkurung di dalam kotak suara dan tidak mampu keluar. Seperti memahami pergerakkanku, Jungkook menegur.
"Jihye..."
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)