viii. number

123 26 6
                                    

7:05a.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.

Kaki menepuk-nepuk lantai perlahan menghasilkan degupan kecil. Kepalaku turut terlentok sedikit ke kiri dan ke kanan, mengikuti irama lagu yang sedang bermain di airpod. Ketika itu aku leka menjiwai lagu ballad sehingga tidak sedar kehadiran Jungkook disebelah aku.

Senyumanku melebar saat memandang Jungkook. Pagi hari ini cerah membuatkan aku rasa ceria. Tiba-tiba mood naik. Sebelum ini rasa layu aje.

Lagu diberhentikan. Airpods dibuka agar mampu menghayati masa singkat berbual bersama Jungkook sementara menunggu train tiba. Wajah Jungkook tidak lekang daripada senyuman lebarnya, kali ini kelihatan lebih segar daripada sebelumnya.

"Lama tunggu? Maaflah lambat." Tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie berwarna putihnya yang dikenakan bersama seluar jean ketat berwarna biru gelap. Rambutnya distailkan sedikit berselerak, menampakkan Jungkook seperti salah seorang model terkemuka Korea.

Tersedar daripada merenungnya, aku berdehem kecil. "Lama juga. Train tak sampai-sampai." Airpods dimasukkan semula ke dalam bekasnya dengan cermat.

"Jihye..." Namaku diseru. Serta merta kepala dipusing memandang Jungkook. Dapat aku lihat tangan kirinya menggosok belakang leher kerana janggal. Halkumnya bergerak ke atas dan ke bawah. Apa dia sedikit gementar?

"Agak lama kita kenal. Boleh aku minta nombor telefon kau?" Jungkook cuba sedaya upaya untuk mengalihkan pandangannya daripada lirikan mataku. Daripada gerak gerinya, dapat aku tau dia malu untuk meminta sedangkan kami kenal belum mencecah tahun lagi.

Bentuk petak dalam poket hoodie sebelah kanannya menarik perhatian aku. Selamba; aku menyeluk poket tersebut dan mengeluarkan telefonnya. Sekali lagi, aku selamba mengambil ibu jari Jungkook untuk membuka kata laluan sebelum mengakses masuk telefonnya.

Sambil bersenandung kecil, aku memasukkan nombor telefonku bersama nama yang sangat comel iaitu Bunny.

Telefon berjenama iPhone tersebut aku kembalikan semula kepada tuannya. Kali ini senyuman lebar yang menghiasi wajahku. Dapat aku kesan pipi Jungkook semakin merona merah.

"T-terima kasih."

"Sure."

Masa berlalu dan hari berganti. Aku semakin selesa untuk bersama Jungkook saat ingin pergi dan pulang ke tempat kerja.

Aku tidak kesepian.

𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤Where stories live. Discover now