9:12p.m
Jungkook's hug."Ya, ini aku." Jungkook menarik aku ke dalam pelukannya apabila melihat tangisanku yang semakin teruk. "Aku rindu kau." Ayat itu meluncur laju daripada bibirku, berkali-kali. Hoodienya aku genggam erat.
"Sampai hati tinggalkan aku." Bahunya aku tumbuk sekali namun lelaki itu hanya melepaskan ketawa kecil. Senyumannya ceria membuatkan aku bertambah-tambah rindu.
"Aku mana ada tinggalkan kau. Aku selalu perhatikan kau." Jungkook memberi alasan. Sambil itu, dia membantu aku untuk berdiri dan membawa kami ke kawasan yang sedikit lengang supaya aku tenang.
"Anak dara tak elok balik lambat tau." Mendengar kata-kata itu, aku dongak untuk memandang Jungkook. Dia merenung aku seketika sebelum mencubit hidungku.
"Comel." Satu patah perkataan itu membuatkan aku terkejut. Muka habis merah kerana malu. Kami memulakan langkah untuk menuju ke arah motosikal berkuasa tinggi milik Jungkook. Sempat lagi aku mencapai hujung lengan hoodienya sebelum mengikuti.
"Aku nak bawa kau ke satu tempat. Boleh?" Jungkook mencapai helmetnya. Jelas disitu tersedia dua biji helmet. Pelik, aku mengangguk. Rasanya aku perlu menyoal tentang perkara sebenar nanti.
Perjalanan yang kami lalui agak jauh. Semakin lama Jungkook membawa motosikalnya, semakin berkurang kereta pada jalan raya. Sehinggalah tiba di sebuah jalan raya kosong di atas bukit tinggi, Jungkook berhenti.
"Selamat datang untuk melihat permandangan bandar Seoul!" Jungkook mendepa lengannya luas. Aku terkekek-kekek gelak sambil menghampiri penghadang.
"Cantik..." Aku sedar diriku ditenung Jungkook namun aku biarkan. "Jihye,"
"Ya?" Pandangan di alihkan ke arah Jungkook. Wajah lelaki itu aku tenung. Jelas terpapar sedikit rasa sayu yang terkubur pada matanya, tetapi dia cepat-cepat mengaburi kesedihan itu dengan senyuman.
"Kau percayakan cinta pandang pertama?"
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)