8:52p.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.Termasuk hari ini, hampir genap dua bulan aku hilang perhubungan daripada Jungkook. Entah apa khabar si dia. Sihat atau tidak, makan atau tidak, gembira atau tidak.
Selama dua bulan ketiadaan Jungkook, aku hanya akan pergi ke tempat kerja menaiki bas awam. Kemudian aku sengaja kerja sehingga lewat malam dan pulang menaiki subway.
Aku cuba untuk menyibukkan diri daripada terus menerus memikirkan Jungkook dan menangis.
Aku semakin mati akal untuk memikirkan tentang Jungkook. Lelaki yang aku temui beberapa bulan lepas kini lesap selepas memulangkan semula novel aku.
Sedang aku melangkah keluar daripada train, hati terasa tenang. Secara automatik, aku memandang ke sebelah kiri dimana terletaknya lorong yang akan membawa aku ke tangga untuk turun daripada stesen.
Di situlah aku terlihat seseorang sedang berdiri memandang ke arah train. Sangat kasual dengan memakai baggy hoodie berwarna khaki bersama sweatpants. Hoodnya disarung sambil memandang ke bawah. Aku teringatkan Jungkook, sebab itulah aku merenungnya sambil mengambil langkah kecil.
Tidak disangka, kami terpaut pandangan. Matanya yang bulat dan bundar itu aku tenung dalam-dalam. Hoodie itu... aku kenal!
"Jungkook!" Aku melaung bersama tangan kanan diangkat tinggi. Wajahku dihiasi senyuman lebar. Sempat aku memandang dia yang mula membetulkan hoodnya sebelum berjalan untuk pergi.
Aku cemas, kaki terasa menggigil. Kenapa dia pergi sedangkan dia boleh menemui aku? Aku rindukan lelaki bernama Jungkook ini. Kalau iya pun lelaki tadi bukan Jungkook, sekurang-kurangnya aku cuba untuk mengambil tahu.
Aku melaungkan namanya berulang-ulang kali sambil berasak-asak untuk ke hadapan di dalam ramainya orang yang sedang berjalan. Nasib tidak menyelebahi aku apabila aku terlanggar seorang lelaki yang sedang mabuk.
"Kau la yang kikis duit aku kan?!" Bahuku ditunjal-tunjal kuat sehinggakan aku terdorong ke belakang. Ramai orang mula mengambil jarak mereka daripada mendekati aku mahupun lelaki mabuk itu.
"Perempuan sial! Kau ambil duit aku, kau lari! Sial!" Badanku ditolak kuat lagi. Kali ini aku jatuh terjelepok ke lantai sehingga mencederakan siku kanan kerana terseret. Bengang; aku membalas jeritannya.
"Pakcik salah oranglah! Saya terlanggar pakcik je!" Siku yang sedikit berdarah aku pegang. Disebabkan jeritanku, pakcik itu menjerit kerana naik berang. Orang ramai pula sudah berbisik-bisik kerana lelaki mabuk itu sudah gila tidak tentu hala.
"Sebab kau aku gulung tikar! Perempuan sial!" Ketika itu mataku bergenang. Tangannya yang memegang sebotol minuman keras diangkat tinggi. Aku terasa lemah untuk berlari mahupun berganjak ke tempat lain.
Mata terkatup rapat, bersedia untuk menerima hentaman botol arak kaca ditangan lelaki itu. Namun selepas itu orang di sekeliling menjerit. Serta merta mataku terbuka.
Lelaki mabuk itu tumbang ke lantai. Aku nampak seseorang berada di hadapanku.
"Kau okey?" Kepalanya dipalingkan kebelakang. Saat itulah mataku kembali bergenang dengan air mata. Dia; Jungkook selamatkan aku.
"J... Jungkook..." Tangan aku menggigil teruk saat mencapai kedua belah tangan Jungkook. Lelaki yang aku rindukan ini tersenyum.
"Ya, ini aku."
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)