7:02a.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.Aku memasuki train yang kelihatan agak lengang tanpa penumpang. Mungkin kerana masih awal pagi untuk pekerja mahupun pelajar untuk pergi ke sekolah.
Aku sengaja tiba di stesen kereta api untuk mengambil train dengan lebih awal. Tidak mahu aku bertembung dengan lelaki nama Jungkook itu lagi. Sebab dia, nenek yang selalu aku temui itu sering mengusik aku.
Dia lebih berpengalaman dalam kehidupan. Aku tidak mahu dia rasa kurang selesa dengan kehadiran Jungkook ataupun fikir bahawa kami bersama. Euw.
Saat aku mengambil duduk, nenek itu sudahpun berada di tempat yang biasa aku duduki. Namun kali ini dia bersama seseorang. Bingung; aku tidak terus menuju ke situ. Aku cuba mengintai siapakah lelaki itu, namun tidak kelihatan kerana belakang badannya menghadap ke arahku.
"Oh, Jihye!" Nenek itu melambai sambil memanggil aku. Aku berpura-pura terkejut dan memandang ke arahnya. Saat itu aku kaget. Seseorang dihadapan nenek itu ialah Jungkook.
Lelaki itu turut memaling ke belakang memandang aku apabila nenek memanggil. Hoodienya dilorotkan ke bawah menampakkan rambutnya yang kelihatan agak serabai dan panjang itu. Tiba-tiba hati berdegup kencang tidak tentu pasal. Rasa nak sentuh-sentuh rambut dia yang kelihatan lembut daripada jauh.
Kenapa dia kelihatan sangat segak dalam pakaian yang kasual sebegitu?
Ah kau dah kenapa Jihye!
Kerana tidak mahu menimbulkan kesangsian, aku menarik nafas sambil berjalan ke arah nenek. Aku mahu duduk disebelah nenek, namun ruang lebih disebelah nenek dipenuhi barang dapur yang telah dibelinya. Mahu atau tidak, aku perlu duduk di sebelah Jungkook.
Ceh, dia pun dah tepuk-tepuk ruang di sebelahnya. Kurang asam.
Saat aku melabuhkan punggung di situ, Jungkook memandang nenek dengan sengihan yang lain macam lebar.
"Jungkook, kamu kenal Jihye?"
"Nenek kenal Jungkook?!" Aku bertanya terus saat nenek menyoal pada Jungkook. Aku sedar suara aku agak kuat, terus aku menunduk maaf. "Ahh jadi kalian kenal satu sama lain." Nenek tergelak kecil.
Jungkook menyenggol bahuku. "Kenapa diam?" Aku tersentak. Telefon di tangan yang hampir tercampak aku genggam seeratnya. "Diamlah." Bibirku memuncung ke hadapan.
"Gaduh-gaduh manja pula." Nenek mengusik. Aku hanya mampu membuat muka cemberut. Jungkook dan nenek tidak henti berbual. Topiknya hanyalah berkisahkan tentang hal harian namun mereka kelihatan mesra. Jungkook pandai mengambil hati orang tua.
Saat itu telefonku berdering menandakan mesej masuk. Aku rasa lega kerana mesej ini mampu memutuskan jurang kekok antara aku dan Jungkook bersama nenek.
< hyunjinie
; akakkk...
; kempunan sushi...; sakit pun kempunan makanan
mahal!
; nanti akak beli; yES hehe
; akak balik lambat sikit.
; jangan lupa makan ubat; yes madam!
Bibirku mengukirkan senyuman manis. Pandai adik aku ni buat aku tersenyum.
"Adik?" Jungkook menegur.
Sekali lagi aku tersentak. Kali ini mataku membulat apabila Jungkook mengintai aku berbalas mesej dan mengetahui bahawa Hyunjin adalah adik aku. Melihat reaksiku, dia tergelak kecil.
"Nenek beritahu." Serta merta pandanganku jatuh pada nenek. "Maaflah, nenek suka adik kamu. Baik, sopan... comel pula tu." Mendengar pujian tersebut, aku terus membuat muka yang menjengkelkan sekaligus mendatangkan tawa pada nenek.
"Siapa kata? Nenek tak tengok lagi dia kat rumah macam mana! Sekarang ni tengah demam, hingus meleleh tak reti lap sendiri! Bilik bersepah memanjang. Busuk!" Aku mula mengadu semuanya. Buat seketika, aku berjaya memecahkan ais yang berada di antara aku dan Jungkook.
Kami berbual sehinggalah nenek pamit untuk turun daripada train diikuti aku.
.
keke
nEtMaRbLe
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)