ii. 2nd day

181 32 10
                                    

7:54a.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.

Aku berlari-lari anak memasuki stesen kereta api lalu memandang skrin LED yang memaparkan ketibaan train. Aku menarik nafas lega; syukur kerana train akan tiba dalam masa 2minit lagi. Nampaknya aku tidaklah terlalu lambat. Ini semua kerana aku lupa untuk membeli jam loceng yang baharu semalam. Kalau tidak, mesti aku bangun awal punya.

Mata melilau ke arah sekeliling, cuba untuk mencari tempat duduk menunggu yang kosong. Dapat aku lihat seorang lelaki bangun daripada duduknya dan berlalu pergi. Disebabkan aku terlampau mengah, aku menghampiri tempat duduk itu lalu menyandar kepenatan.

Telefon bimbit dikeluarkan daripada dalam poket saat ianya bergetar beberapa kali menandakan ada mesej masuk. Ikon aplikasi Kakaotalk dibuka santai. Tidak lama kemudian, aku sedar seorang lelaki melabuhkan punggungnya disebelahku.

Kardigan kelabu yang dikenakannya bagaikan mengingatkan aku pada seseorang. Ah, otak aku lambat pula nak proses perkara yang terjadi semalam. Biarlah.

Tidak lama selepas menunggu, sebuah kereta api meluncur laju memasuki stesen yang dipenuhi manusia. Ramai penumpang yang berasak masuk dan keluar kerana ingin cepat. Biasalah, hari isnin. Kalau tak ramai orang tak sah.

Aku memasuki badan kereta api selangkah sebelum menjengket sejenak. Semua tempat duduk sudahpun diduduki, termasuklah tempat duduk kebiasaan aku tu. Kelibat nenek yang sentiasa menegur aku itu juga tidak kelihatan. Menumpang kereta anaknya mungkin. Saat aku kelihatan bingung inilah, bahuku dicuit lembut daripada belakang.

"Tak nak masuk ke?" Serta merta wajahku memaling, dan lelaki berkardigan kelabu tadi memenuhi ruang pandangan mata. Dia lelaki semalam rupanya. Aku mendengus perlahan sebelum mendekati sebuah tiang yang berada tepat berhadapan dengan pintu keluar. Tiang itu dipeluk sebelum aku kembali fokus kepada telefon.

Lelaki tadi pula mula mengambil tempatnya untuk berdiri disebelah aku. Aku hanya mengintai figuranya melalui hujung mata. Okey, positif positif. Mungkin dia juga tidak menemui tempat duduk. Tapi, kenapa dia kelihatannya seperti asyik mengikuti aku?

.

ahaks okay actually i edited the whole plot and writings.

peace out.

𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤Where stories live. Discover now