8:00a.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.Hari ini aku tiba lambat di station subway kerana ianya merupakan hari cuti aku. Sudah lama tidak menjalani hari yang biasa dimana aku hanya berjalan-jalan di sekitar Seoul atau keluar bersama adik aku.
Sayangnya, aku diberi cuti sewaktu Hyunjin bersekolah. Disebabkan aku tidak mahu gerak berseorangan, aku terfikir untuk mengajak Jungkook bersama.
Saat melabuhkan punggung ke atas bangku menunggu, dengan segera aku menghantar mesej kepada lelaki itu.
< mr.bunny
; jungkook
; jungkookie
; koookieee; kau dah kenapa
; sibuk tak harini?
; aku sentiasa sibuk
; tapi untuk kau, aku free; bagus!
; jom date!; ...
; w-what; keluar dengan aku :(
; aku cuti hari ni; oh...
; okey aku bersiap sekarang.; hehe ❤
Senyuman lebar jelas terpancar pada wajahku. Jungkook memberitahu bahawa dia akan menemui aku di Station Iryeong dalam 15 minit lagi. Nampaknya aku akan kebosanan.
Tidak mahu kelihatan bosan dan keseorangan, aku keluar daripada station untuk turun ke kedai serbaneka di tingkat satu. Aku tahu dia suka susu pisang.
Bersama dua botol susu pisang bersaiz sederhana besar, aku menunggu sambil mendendangkan lagu Time and Fallen Leaves daripada penyanyi duet AKMU di airpods.
Saat berjaya leka mendengar lagu, dapat aku dengar suara yang agak perlahan memanggil aku. Airpods dibuka dan mendapati bahawa Jungkook sudah berada di sebelahku. Wajahnya berseri dengan senyuman.
"Lama tunggu?" Soalnya sebelum kembali memandang ke hadapan. Sempat aku merenung sisi wajahnya. Ya Tuhan, mengapa lelaki di sebelahku ini kelihatan sangat kacak.
Dia memakai baju turtleneck berwarna putih dan seluar jean hitam yang dikenakan bersama kot labuh paras lutut berwarna beige. Sungguh, dia kelihatan kacak dan menarik perhatian.
Tiba-tiba rasa tidak layak duduk disebelahnya kerana aku hanya mengenakan pakaian yang biasa sahaja.
"Lama sikit." Aku tersengih. Saat itu kami berbalas pandangan kerana Jungkook secara tiba-tiba memandang aku. Janggal; aku memutuskan tali yang mengikat pandangan kami sebelum mencapai dua botol susu pisang.
"My thanks, for joining me even though you're busy." Tanpa teragak-agak, susu pisang itu diambil. Beberapa saat berlalu sebelum aku rasakan bahawa pipi kananku dicium sekilas.
"Terima kasih." Jungkook kelihatan selamba membuatkan aku terasa panas. Wajah merah seperti tomato. Jantung mula mengepam darah dengan lebih laju.
Ketika sibuk dalam melayan perasaan malu sendiri, secara tiba-tiba Jungkook berdiri. Tangan kananku dicapai. "Train sudah sampai." Jungkook tersenyum namun cara dia menggenggam erat tanganku membuatkan aku terasa lebih malu.
Banyak mata-mata yang memerhati kami, yang secara spesifiknya Jungkook. Tidak lupa juga bisikan halus penumpang lain yang memandang apabila kami menjejakkan kaki ke dalam train.
Aku memandang Jungkook. Bibirnya masih mengukirkan senyuman paling manis pernah aku lihat.
Dia mula mengusap tangan kananku yang digenggamnya, cuba mengalihkan pandangan aku daripada bisikan orang.
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)