vi. sushi's

128 28 13
                                    

9:11p.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.

Hari ini aku memang betul-betul pulang lambat daripada kerja. Jam 8 tadi aku sudah menelefon Hyunjin untuk makan malam bersama Makcik Won memandangkan wanita tua yang tinggal di hadapan rumah itu tinggal berseorangan.

Train lambat pula hari ini. Sudah lama aku tunggu namun tidak kelihatan.

Bunyi train meluncur laju menarik perhatian. Aku bingkas berdiri dan berlari-lari anak ke arah pintu masuk. Tiga beg makanan di tangan kanan digenggam erat. Aku sudah berjanji untuk membeli sushi. Harap Hyunjin tidak terlalu kenyang sewaktu aku pulang nanti.

Aku menapak masuk perlahan. Saat itu, aku disapa oleh suara ceria yang sentiasa aku dengar. Jeon Jungkook.

Aku pelik. Dia ni tidak ada kerja ke? Kalau belum kerja, mesti sibuk dengan universiti kan? Tiap pagi dan malam aku nampak dia.

Soalan utama; kenapa Jungkook?

"Welcome back to our train, Miss Nam Jihye." Jungkook menyapa saat aku mengambil tempat dihadapannya. Beg sushi letakkan ke atas meja. Aku melepaskan keluhan berat. Akhirnya dapat bersandar sekejap.

"Nampak penat je. Kerja lebih masa?" Jungkook cuba bertanya untuk memecahkan kesunyian di antara kami. Aku mengangguk lemah lalu tersenyum nipis.

"Saya tinggal dengan adik je. Hidup kan susah." Aku tersengih. Wajah Jungkook aku pandang sekilas. Riak wajahnya kelihatan risau dan resah. Tiada senyuman yang manis terukir untuk menyapa aku setiap kali pandangan kami bertaut.

"Awak kata tinggal berdua dengan adik je?" Jungkook menyoal. Aku mengangguk dengan soalannya; curiga. "Kenapa beli tiga set lengkap sushi?"

Soalan keduanya membuat aku tersentak. Wajahku berubah riak. Ya, ibu sudah tiada disisi kami. Buat apa aku beli tiga.

"Oh..."

"Mesti awak tak makan lagi, kan?" Aku cuba mengukirkan senyuman semanis boleh untuk memancing Jungkook daripada terus menanyakan soalan. Aku tidak mahu dia tahu semua tentang aku, sedangkan bagi aku dia hanyalah seorang lelaki yang sering aku temui ketika di Subway.

"Satu lagi untuk awak."

.

badump badump

𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤Where stories live. Discover now