7:11a.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul."Jihye, aku tak boleh keluar lama. Aku perlu pergi..." Ayatnya tergantung. "Kerja?" Aku menebak. Bibirnya mengukirkan senyuman yang ringkas sambil mengangguk. "Aku faham." Tangannya yang berada di atas meja aku capai dan genggam lembut; terasa sejuk.
Jungkook menarik semula tangannya daripada genggamanku. Sedikit tersentak, aku cuba mengawal ekspresi wajahku. Senyuman pada wajah Jungkook kembali menghilang.
"Maaflah tak boleh teman kau pergi kerja seperti selalu." Dia menunduk kesal. Dahiku berkerut, seperti ada sesuatu yang dia cuba simpan daripada terbongkar pada aku.
"Jungkook, kau ada sorokkan sesuatu daripada aku ke?" Aku tahu soalan aku terlalu mengejut. Terus aku menepuk bibir, lancang sangat. Sibuk nak bertanya walaupun aku tahu Jungkook sedang gelisah.
"Oh, ini novel kau." Dia mengelak untuk menjawab soalan aku, sebaliknya dia cuba menarik perhatian aku dengan novel yang diletakkan di hadapan aku. "Novel ini sudah laris di pasaran. Aku pasti mesti kau penulisnya. Tahniah, Jihye."
Hati aku bagai tertusuk dengan ucapan tahniah itu. Saat aku menyentuh muka hadapan novel itu, aku teringat ketika kami pertama kali berjumpa dan membalas pandangan.
Walaupun pandangan dan layanan yang aku beri sangat teruk, Jungkook tidak pernah putus asa untuk mengenali aku. Sehinggakan kami menjadi kawan baik seperti ini, saat ini.
Tidak lama kemudian, terdapat sebuah pengumuman bahawa train akan tiba di stesen seterusnya. Dapat aku lihat Jungkook kembali memakai hood dan menyandang begnya semula.
"Aku kena pergi." Jungkook berdiri. Mata aku tidak henti menilik. Dia mengenakan baggy hoodie berwarna khaki yang aku pilih haritu. Senyuman meleret singgah dibibirnya.
"Jumpa lagi, okey?" Rambutku dikusutkan. Pandanganku mengekori langkahnya untuk keluar daripada isi dalam train. Saat dia berhenti di stesen luar untuk melihatku di dalam, aku terasa hiba buat seketika.
Rasa ada sesuatu yang belum selesai. Wajahnya mengukirkan senyuman lebar yang selama ini menceriakan hariku. Saat train mula bergerak, Jungkook kelihatan sukar untuk mengambil nafas.
Train semakin menjauh. Pada masa itulah, aku lihat Jungkook terbatuk-batuk sehingga tangannya penuh dengan darah. Aku hanya mampu melihat dari sebalik train ketika itu; cemas dan risau.
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)