4:43p.m
Jungkook's funeral.Dada terasa sesak. Mata semakin memerah kerana menahan air mata yang bergelimpangan mahu meloloskan diri. Saat itu hujan. Awan menurunkan air deras seperti ingin bersatu dengan derasnya air mataku mengalir.
Hoseok yang berada disebelahku memandang bersama matanya yang memerah. Risau aku akan menangis dengan lebih teruk, dia menarik kepalaku untuk merehatkan kepala pada bahunya.
Beberapa kuntum bunga ros putih yang berada di dalam genggaman aku angkat sedikit tinggi sebelum diletakkan ke atas pusara milik Jungkook.
Tanah yang masih merah itu membuat aku terfikir. Apa yang dihadapinya di atas sana nanti? Apa dia ingat akan aku? Atau dia lupakan aku?
Ahh... Aku sudah merindui senyumannya di pantai kelmarin. Aku merindui tawa dan setiap ton suaranya. Saat rambutnya berombak mengikuti arah tiupan angin, dia kelihatan sangat gembira tanpa sebarang masalah. Tidak aku sangka ini pengakhirannya.
"Kalau kematian memisahkan kita, aku tak boleh halang."
Benarlah apa Jungkook katakan. Dia, mahupun aku, tidak mampu menghalang kematian yang memisahkan kami kerana semua itu telah ditentukan oleh Tuhan.
Stesen Iryeong, Yang-ju.
Dimana aku bertemu seorang lelaki berwajah manis dan senyuman cerianya, Jeon Jungkook. Tidak pernah putus asa untuk mengambil hati aku kerana akulah cinta pandang pertamanya.
Subway lama itu penentuan takdir kita untuk bertemu.
Ya, segalanya bermula di subway.
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)