9:32p.m
Home.Lamunan panjangku disergah oleh Hyunjin saat melangkah ke dapur dan meletakkan bungkusan makanan ke atas meja. Sempat lagi dia tergelak kecil. Langkah riangnya diiringi sedikit alunan lagu membuat aku bingung akan kegembiraannya.
"Akak beli sushi full set? Cun!" Tanpa teragak-agak, penutup segala bungkusan dibuka sebelum mencapai sepasang chopstick. Hyunjin menyuapkan ahi nigiri ke dalam mulut sambil mengunyah bersama senyuman lebar.
Aku mengambil duduk dihadapan Hyunjin. Aku tidak sedar bahawa aku termenung lagi sehinggalah Hyunjin melambai di hadapan aku. Hanya senyuman nipis yang mampu aku tunjukkan pada adik aku ni.
Saat menyuapkan sake nigiri ke dalam mulut, aku tertarik pada pergerakan Hyunjin yang mencapai resit daripada plastik makanan tadi. Chopstick dikemam.
"Eh, dalam resit tiga. Depan mata dua?" Sebelah jeningnya terangkat. Terus aku teringat teguran Jungkook di dalam train tadi. Kata beli untuk berdua, tetapi ada tiga set. Tidak mahu membazir, baik aku beri pada dia.
Jujur sahajalah.
"Ah... kakak terbeli tiga sebab teringat mendiang ibu. Dia kan suka sushi?" Senyumanku terzahir lemah. Keceriaan pada wajah Hyunjin perlahan-lahan pudar kerana aku menyebut tentang mendiang ibu. "Jadi, kakak beri pada kawan."
"Eyy kawan sahaja atau istimewa?" Jelas kedengaran usikan pada nada Hyunjin saat menyoal soalan itu. Ketika itu mataku terbuntang luas. Pipi mula merona merah kerana sedikit terkejut dengan pernyataan adik aku.
"Kawanlah!" Aku menunduk. Beberapa ketul nigiri disuap rakus ke dalam mulut, cuba menghilangkan rasa malu. Hyunjin tergelak melihat telatahku. Aku tau dia sengaja bertanya tentang kawan agar mampu menjauhi topik perbualan tentang mendiang ibu.
Tawanya yang masih belum berhenti membuatkan aku merasa sedikit terganggu. Tanpa amaran, sake nigiri yang terletak dihadapannya aku capai lalu disuap ke dalam mulutnya yang ternganga luas itu.
Puas hati!
"Jangan macam-macam eh. Makan!" Aku berlagak serius. "Ay, kalau sudah ada yang punya jangan malu-malu. Adikmu sedia menyokongmu hehehe." sempat lagi dia mengusik walaupun mulut penuh nigiri.
Kami bergelak tawa seketika kerana usikan Hyunjin yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Entah kenapa, hati rasa sedikit tenang meluangkan masa bersama orang yang tersayang.
Rasa sedih dan penat hilang dalam sekelip mata.
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)