7:14p.m
Iryeong Station,
Yang-ju,
Seoul.Kaki disilang saat menunggu kereta api tiba. Hari ini aku keluar agak lewat daripada tempat kerja dan terpaksa pulang agak malam. Sunyi terasa apabila melihat sekeliling. Hanya ada beberapa orang pelajar dan orang dewasa; boleh dihitung dengan jari sahaja. Jam di tangan ditilik sekilas. Masih belum berganjak daripada 7:14p.m.
Aku harap ia tidaklah tiba terlalu lewat. Kasihan adik aku yang duduk keseorangan di rumah. Sudahlah demamnya masih belum kebah, takut ada apa-apa yang terjadi kepadanya.
Selepas 5 minit, sebuah kereta api yang agak kosong tiba. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, pendengaranku diterjah oleh suara lantang dan garau seorang lelaki yang memanggil daripada jauh.
"Awak yang pakai baju biru tu! Sini sini!" Tangannya juga dilambai ke atas. Aku mengecam wajahnya, dialah lelaki yang selama ini seperti mengikutiku dan aku masih belum mengetahui namanya. Disebabkan rasa malu apabila orang memandang, langkah diatur segera ke arahnya. Wow, dia jaga tempat kesukaan aku.
"Kenapa jerit macam itu? Malu orang tengok!" Kataku separuh berbisik. Nadaku mengeras berbaur rasa geram di benak hati. Telefon dikeluarkan bagi mengurangkan rasa malu namun lelaki dihadapanku ini hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Saya tak tahu nama awak lagi." Balasnya tenang membuatkan aku memberi satu respon yang agak drastik. "Habistu kenapa tak tanya?!" Sejurus sahaja berkata begitu, aku terus menekup mulut. Aku merapu apa ni, Ya Tuhan. Wajahku mula bertambah merah kerana malu akan perbuatan sendiri pula.
"Sebab saya tak ada peluang nak tanya." Dapatku dengar tawa halus lolos daripada bibirnya. Senyuman lebar jelas terukir di wajahnya, buat aku rasa nak tonyoh-tonyoh. Secara tiba-tiba, tangannya muncul dihadapanku cuba untuk berjabat tangan.
"Nama diberi, Jeon Jungkook." Saat dia memberitahu namanya, aku menyelak rambut kebelakang dan memandang tepat ke arah matanya. Aku berdehem untuk membetulkan suara sebelum menyambut huluran tangannya. Hangat tangannya menggenggam tanganku membuatkan aku sedikit... selesa.
"Nam Jihye."
.
kenapa bila buat ff dalam beberapa minit boleh cecah taip 1000+ words, tapi untuk karangan rasa macam sejuta tahun perenggan 1 tak habis lagi 💆
YOU ARE READING
𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤
Short StoryJEON JUNGKOOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] ❀ Subway Iryeong, tempat terkuburnya sebuah cerita cinta. ❀ THYNGBOI ORIGINAL IDEAS '16 & '19 (REMAKE)