x. curious

129 23 6
                                    

2:18p.m
Gangnam Street.

Tanganku membelek beberapa baju di dalam sebuah kedai pakaian. Jungkook pula berada di bahagian pakaian lelaki yang tidak jauh daripadaku.

"Jihye, mana satu sesuai dengan aku?" Aku memaling kebelakang dan melihat Jungkook mendekati aku. Di sebelah tangan kanannya terdapat sehelai baggy hoodie berwarna khaki manakala di tangan kirinya terdapat sehelai bomber jacket bercorak.

"Aku tidak tahu citarasa kau, tapi kau nampak sangat kacak pakai hoodie. Aku pilih ini!" Bersama jari telunjuk yang dituding ke arah hoodie, aku tersengih lebar mendatangkan senyuman kecil pada wajah Jungkook.

"Kacak? Pujian ke tu?" Kening kirinya terangkat tinggi berkali-kali. "Secara jujurnya, ya. Aku hampir jatuh cinta rasanya." Aku sengaja bergurau. Tawa kecilku lolos apabila melihat pipi Jungkook sedikit memerah sebelum dia menunduk.

"Okay, hoodie it is!" Aku menepuk tangan apabila dia memilih baggy hoodie tersebut. Apa yang aku katakan sebentar tadi semuanya benar, kecuali nadaku yang sengaja ingin memancing.

Saat aku sedang melihat diri pada cermin, Jungkook menegur. Dia meminta diri sebentar untuk ke kedai lain kerana lupa ingin membeli sesuatu. Tanpa banyak soal dan bicara, aku hanya mengangguk.

Tipu kalau aku kata aku tidak hairan dan ingin tahu. Aku meletakkan semula baju tadi dan beralih ke arah pakaian yang lebih dekat dengan cermin kedai untuk melihat arah Jungkook menuju.

Dia memasuki kedai dihadapan. Kedai aksesori?

Dalam 20 minit dia memasuki kedai itu, kini aku nampak figuranya sedang berada di kaunter pembayaran. Gerak gerinya menerima beg kecil kemudian menunduk berterima kasih itu menambahkan rasa ingin tahu aku.

Ketika Jungkook tiba untuk menemui aku, tergesa-gesa aku mencapai sehelai blouse dan membeleknya. Jungkook berdiri di sebelahku sebelum menegur bersama senyuman lebar. "Lama tunggu?"

"Beli apa?" Aku bertanya terus terang. "Barang kecil je. Loket." Jungkook mengangkat beg kecil yang berada di tangan kanannya untuk ditunjukkan kepadaku.

"Untuk siapa?" Soalku lagi, hairan. "Mana boleh beritahu." Bahunya diangkat beberapa kali, cuba mengelak untuk menjawab soalanku.

Buat apa dia beli loket? Ada hari jadi sesiapa ke? Pandanganku masih curiga melihatnya. Sempat lagi aku memeluk tubuh dan fokus dalam menilik wajahnya. Tidak semena-mena, Jungkook tergelak agak kuat.

"Nanti kau tahu juga siapa."

𝐬𝐮𝐛𝐰𝐚𝐲 | 𝐣𝐞𝐨𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐨𝐤Where stories live. Discover now