Prolog Part 1

198 31 16
                                    

Seminggu kemudian...

Akhirnya, hari terakhir Got7 di Malaysia telah tiba. Kali ini, Ina menghantar Got7 hingga ke lapangan terbang. D.O dan Kai juga turut serta dalam sesi perpisahan itu.

"Ne... Annyeong oppa.. Datang lagi esok ye," kata Ina. "Kalau datang esok, tidak perlu balik ke Korealah," Jackson membalas loyar buruk Ina itu. "Tidak perlu balik ke Korealah kalau begitu," Ina membalas semula. "Hish! Sudahlah! Entah apa-apa," Yugyeom memarahi Jackson yang terlebih kebudak-budakkan.

"Oklah Ina kami pergi dulu.. Kami diminta untuk menunggu kapal terbang di stesen kami. Annyeong," kata Mark. "Ne. Annyeong!!" ucapan selamat tinggal Ina buat kali terakhir tidak dibalas tetapi dilambai.

Dalam perjalanan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah, Ina berjalan sambil memandang simen. Tiba-tiba Ina terlanggar seseorang yang sedang memegang aiskrim. "What have you done?!" Ina menjerit apabila melihat baju Bangtan Boys kesayangannya terkena aiskrim vanilla!

Ina mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan siapa yang sudah mengotorkan bajunya itu. Pada awalnya Ina hanya Nampak seorang lelaki dan kini.. ahli kumpulannya sudah mara ke hadapan.

Ina terkejut tahap tertelan air liur. Di hadapan matanya kini terdapat satu kumpulan yang berbaju hitam, berkaca mata hitam, bertopi hitam, berbagasi hitam dan sesetengahnya memakai rantai perak. Sekali lagi Ina menelan air liurnya.

"Oops, joesonghabnida," Ina menekup mulutnya. Terlepas bahasa Korea! Ahli kumpulan yang lain datang menghampiri Ina. Kai dan D.O sudah mengundur ke belakang. "Korean?" tanya lelaki bertopi hitam. Nasib baik muka tak hitam.

"Aniya," sekali lagi Ina menutup mulutnya. "Hmm?" tanya lelaki itu sekali lagi. "Awak nak tisu?" tanya lagi seorang lelaki. "Bangtan Boys," kata salah seorang daripada mereka lagi. Ina melihat bajunya yang tertulis 'Bangtan Boys' sudah dihiasi' dengan aiskrim vanilla.

"Gomawoyo," Ina mengambil tisu itu dan terus mengelap bajunya. Kening Ina bersambung. 'Kenapa saya jawab dalam bahasa Korea je ni?' Ina tanya dirinya sendiri.

Kai dan D.O yang mendengar Ina hanya menjawab menggunakan bahasa Korea itu terus menarik tangan Ina daripada kumpulan yang menakutkan itu.

Salah seorang ternampak Kai terus berkata. "Taemin?" Kai memandang lelaki itu setelah lelaki itu menyebut nama hyung kesayangannya. "Ne?" tanya Kai. D.O yang ternampak Kai seperti mahu berbual dengan lelaki itu terus menarik lengan Kai.

Kai, D.O dan Ina masuk ke dalam kereta. Apabila sudah masuk ke dalam kereta, Ina menjerit. "HA! Baju BTS saya!". "Ha! Boleh pula cakap bahasa Melayu! Kenapa awak cakap bahasa Korea dengan diorang tadi?" sergah Kai.

"Entah. Saya pun tidak tahu," jawab Ina selamba. "Mengapa mereka panggil Taemin? Mengapa awak pula yang menjawab mereka apabila mereka menyebut nama Taemin?" tanya D.O. "Entahlah. Mungkin mereka ingat saya Taemin? Sebab muka kitorangkan nak dekat sama.." jawab Kai.

"Oppa. Nanti singgah 7Eleven sekejap. Ina nak beli majalah bulan ni punya. Please," kata Ina sambil menggenggam kedua tangannya dan meletakkan di dahinya. "Ne," jawab Kai dan D.O.

Di dalam perjalanan pulang, perjalanannya tidak begitu lancar dan sekejap-sekejap kereta terhenti kerana tersangkut di dalam kesesakkan lalu lintas. Ketika kereta Ina sedang tersangkut di dalam kesesakkan, Ina melihat pemandangan di luar.

Ina ternampak sebuah kereta MPV yang berwarna hitam di sebelah kereta yang dinaikkinya. Tiba-tiba Ina ternampak seseorang yang tidak dikenalinya tetapi pernah berjumpa dengannya. Itulah lelaki yang berlanggar dengannya tadi. Tetapi malangnya, lelaki itu tidak nampak Ina. Ina yang terlebih perasan itu segera menyembunyikan mukanya dengan bantal EXO.

Walaupun mangsa yang berlanggar dengan Ina tidak nampak Ina tetapi, kawan lelaki tersebut ternampak Ina.

방탄소년단

Lelaki itu memanjangkan lehernya untuk mencari Ina. Rakannya ternampak dia seperti itu terus berkata. "Jungkook! Kenapa panjangkan leher macam Kwangsoo?". "Kwangsoo?" tanya Jin. "Zirafah," jawab Taehyung. "Hahahaha!" perkataan 'zirafah' itu terus meledakkan gelak ketawa di dalam kereta itu.

Jungkook yang tidak menyertai gelak ketawa itu terus menjawab. "Tak.. Budak perempuan dekat sebelah itu..". "Kenapa dengan budak itu? Siapa budak itu? Awak kenal ke budak itu? Dia kenal awak ke? Dia ARMY ke?" Taehyung bangun dari tempatnya dan pergi ke sebelah Jungkook. Jungkook mengangkat mukanya. "Banyaknya soalan!" kata Jungkook.

Setelah Taehyung mengambil tempatnya di sebelah Jungkook. Jungkook terus berbisik dengan Taehyung.

"Haahlah!" Taehyung berkata. "Wae?" tanya J-Hope. Taehyung membisikkan jawapan itu ke telinga J-Hope. "Mana?" tanya J-Hope. "Haahlah!" kata J-Hope sambil bertepuk tangan seperti singa laut mendapat ikan.

"Wae geurae? Dari tadi haah-haah," tanya Suga. Taehyung , Jungkook dan J-Hope memandang diantara satu sama lain. Mereka memberi isyarat mata. J-Hope: Taehyung cepat bagitahu hyung! Taehyung: Aikk?? Naega waeyo? Jungkook yang bagitahu! Dialah yang kena bagitahu Suga hyung!

Dua pasang mata beralih ke Jungkook. "Ne?" tanya Jungkook. "Boleh pula tanya kenapa? Cepat bagitahu Suga hyung!" kata Taehyung sambil memegang leher baju Jungkook.

Jungkook memandang Suga dan menelan air liur sendiri. Selepas Suga terlanggar dengan perempuan tidak dikenali itu, Suga berasa tidak puas hati kerana aiskrim kegemarannya terkena baju budak itu.

Semasa di lapangan terbang, Suga membeli aiskrim sundae di Mc Donald. Selepas Suga membeli aiskrimnya itu, mukanya tidak berubah seperti kanak-kanak mendapat gula-gula. Tersengih sana, tersengih sini sambil menikmati aiskrimnya itu. Hilang terus swagnya.

Dan tiba-tiba, aiskrimnya itu terkena baju seseorang dan menyebabkan muka Suga masam mengalahkan kimchi.

Baru sahaja Jungkook mahu membuka mulut, tiba-tiba kereta mereka bergerak meninggalkan kereta budak perempuan yang tidak dikenali itu.

"Ada apa? Mengapa lihat belakang seperti tertinggal sesuatu?" tanya Rap Monster. "Tidak ada apa-apa," jawab Jungkook. "Mengapa? Ada apa? Dengar tidak saya tanya tadi?! Kenapa kamu semua haah-haah? Hah!" nada Suga tidak sengaja dinaikkan.

Maknae BTS yang manja itu terus terasa mahu menangis apabila ditanya sebegitu. Air matanya terus bergenang. "Ermm.. Tak.. Amm.. Pokok di sana tadi! Sama seperti pokok di hadapan rumah kita.. ya.. rumah kita," Taehyung yang ternampak Jungkook mahu menangis terus menjawab dan sedikit tergagap.

"Pokok? Depan rumah? Kita ada rumah ke?" tanya Jimin kehairanan. "Amm.. I mean Dorm.. yeah.. dorm.. hehe," jawab Taehyung tergagap. "Depan dorm kita ada pokok ke?" tanya Jin pula. "Amm.. I mean.. pokok depan rumah Baekhyun hyung! Yes.. pokok depan rumah BAekhyun hyung," jawab Taehyung gagap.

Parapendengar jawapan terangkat kening serentak. "Ooo.." jawab mereka serentakdengan nada sedikit saspen. Taehyung menghembusnafas lega. 

waw... panjangnya part nih...    

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now