Bekerja Dengan Bangtan So Nyeon Dan

80 19 0
                                    

"Yah!! Ina!! Palli!!" jerit Jimin dengan suara nyaringnya. "Sekejap!!" jawab Ina dengan nada suara yang boleh tahan tinggi juga.

"Masa saya tiada di rumah ini sementara, saya melantik D.O oppa sebagai ketua rumah. Kunci rumah ini saya serahkan kepada D.O. Kunci kereta saya akan serahkan kepada Kai. Suho oppa ambil kertas ini. Jika rumah ini tunggang langgang saya akan cari D.O oppa dahulu baru saya cari Suho oppa. Faham?!" Ina memberi arahan lagak komander askar memberi tugas kepada anak-anak buahnya.

"Yah! Ina!!" jerit Taehyung pula. "Ne!!" jawab Ina lalu meninggalkan EXO di hadapan pintu dapur. Entah mengapa mereka berkumpul di disitu pula.

Akhirnya Ina keluar daripada rumah itu. Sebelum mengangkat kaki, Ina sempat melambai kepada EXO untuk kali terakhir. "Annyeong.." kata Ina.

Ya! Hari yang telah ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari ini Ina dan ahli Bangtan Boys yang lain akan ke bumi Sarawak untuk membuat konsert, perjumpaan peminat serta membuat pengambaran. Ina sudah tidak sabar lagi menguruskan segala urusan Bangtan Boys.

Di dalam MPV hitam itu sudah sama seperti di perpustakaan Sekolah Sri Bangsar! Senyap sunyi! Tiada sebarang suara. Rata-rata menyumbatkan telinga dengan penyumbat telinga dan mendengar lagu di telefon pintar masing-masing.

Ina terasa sedikit janggal di dalam kereta itu. Ini kerana hanya Ina tidak menyumbatkan telinganya dengan penyumbat telinga dan mendengar lagu. Akhirnya Ina mengalah dan mengeluarkan penyumbat telinganya dan menyertai kumpulan penyumbat telinga.

Setelah 15 minit berlalu, masing-masing sudah mengeliat kebosanan. Siapa pula tidak bosan jika hanya duduk di atas kerusi tanpa berkomunikasi dengan sesiapa.

Jungkook yang berada di antara Taehyung dan Jimin, segera melentukkan kepalanya ke bahu Taehyung . Jimin yang ternampak dongsaeng kesayangannya itu berbaring di bahu Taehyung terus mengambil kepala Jungkook dari bahu Taehyung dan meletakkannya di bahunya.

Jungkook mengangkat kepalanya dan melihat hyungnya itu dengan mata separuh tertutup. Walaupun mereka memandang sesama mereka, mereka tetap tidak membuka mulutnya dan mengeluarkan suara mereka.

Setelah selesai sesi tenung menenung, Jungkook berbaring semula di bahu Taehyung hyung kesayangannya itu. Ina tersenyum sendiri apabila melihat iklan di depan matanya.

Ina mengalih pandangan kepada telefonnya semula. Ina tertawa kecil apabila membaca pesanan daripada salah seorang ahli group 'EXO-LArmy' yang menggunakan aplikasi WhatsApp. Tentang ahli Bangtan Boys. Isi pesanan itu ialah:


Bangtanboys last words

Rap monster: Jimin!! You've got no JAMS!!

Jin: Handsome

Suga: Swag

J-Hope: I'm your hope

Jungkook: V hyung!!

Jimin: Jungkook!! Please accept my love!

V: Baekhyun!! Huhuhu.. omma..



Tiba-tiba telinga Ina menangkap bunyi sesuatu. Ina mengangkat kepalanya dan ternampak Taehyung dan J-Hope pula sedang membuat iklan. Jangan lepaskan peluang! Mari kita menonton iklan yang berada di hadapan mata.

Vote vote vote!!

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now