Tugas Pertama (part 1)

69 13 0
                                    

"Semua sudah bangun?" tanya Jin. "VKook belum bangun," jawab Ina sambil bibirnya di muncungkan untuk menunjukkan V dan Jungkook yang sedang lena tidur dibuai mimpi.

"Jungkook.. Ireonna.. Taehyung.. Ireonna," kejut Jin sambil tangannya menggoyang-goyangkan kaki V. masing-masing tidak menunjukkan sebarang respon. Jin meninggalkan mereka dan menuju ke balkoni. Jin menyelak langsir yang menutup semua cermin balkoni itu. Dan melihat pemandangan di luar dari belakang cermin pintu balkoni itu.

"Wah.. jinjja yeppeun-ah," kata Jin seorang diri.

"Kris hyung! Tunggu V! V nak ikut balik planet V!" tiba-tiba V menjerit. Semua mata memandang V kecuali Jungkook yang matanya masih lagi rapat tertutup."Huh?" Jin menolehkan kepalanya untuk mencari tuan empunya suara.

"Kris?" tanya Ina. Mengapa V memanggil nama Kris. Walaupun Kris tiada di sini? Soalan itu berpusing-pusing dalam kepala Ina. "Balik planet?" tanya Suga pula. Planet mana pula. Adakah V bukan penduduk bumi? Mengapa dia mahu ke planet dia? V ada planet kah? Semua soalan itu berpusing-pusing di kepala masing-masing.

"V hyung! Jangan tinggalkan Kookie!" tiba-tiba Jungkook menjerit lalu memeluk V erat. "Tinggal Kookie?" tanya Rap Monster pula.

"Mesti mereka sedang bermimpi," Jin memberikan kesimpulan yang menjawab semua pertanyaan mereka.

"Mimpi yang sama kah dua orang ini? Hahahaha!" tanya Suga dicampur dengan tawa yang kuat. "Yah.. ireonna! Awak semua di hotel bukannya di bawah UFO! Hahahahaha!" kata Rap Monster pula. Kata-kata itu membuatkan semua yang mendengarnya tertawa.

Pintu bilik mandi dibuka. J-Hope keluar dari bilik mandi dengan mata yang masih tertutup lalu terus ke katilnya dan merebahkan diri di atas katil tersebut.

Semua mata memandang belakang J-Hope. Ina mengalihkan pandangan kepada V dan Jungkook. Ina mendapat satu idea. Ina menuju ke bilik mandi dan membasahkan tangannya lalu terus keluar dari bilik mandi tersebut.

Ina merenjiskan air ke muka V dan Jungkook. "Argh! Mwoji ige?!" V bangun dari perbaringannya dan menggoyangkan tangannya ke udara bagi mengelakkan renjisan air itu jatuh ke mukanya.

"Ireonna," kata Suga sambil tangannya membaling bantal ke arah V. Tepat mengena belakangnya. V memandang bantal yang mendarat di belakang bahunya yang terjatuh di sebelah bawah katil. V mengambil bantal tersebut dan membalingkan semula ke arah Suga.

Belum sempat Suga membalas balingan itu, Ina berkata bagi menghalang drama pergaduhan bantal yang baru sahaja bermula. "Geumanhae! Siapa yang mahu mandi sekarang ini?"

Semua mata memandang sesama sendiri. Akhirnya Rap Monster mengangkat tangannya untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Ina mengangguk.

"Cuma Jungkook yang belum bangun," kata Ina sendiri. "Taehyung oppa tolong kejutkan Jungkook," Ina menambah lagi.

V yang sedang duduk sambil tangan kiri menggaru kepala manala tangan kanan memegang telefon, terus baring dan menutup matanya apabila mendengar arahan Ina itu.

Ina memandang V dengan mulut yang memuncung tidak puas hati. Ini bermakna Ina lah yang perlu mengejutkan Jungkook.

Mata Ina terpandang skrin telefon V.  

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Stalker insta Baekhyun ea," kata Ina sambil tangannya cuba menggapai telefon bimbit V.

V nampak Ina cuba mengambil telefonnya dia bangun perbaringannya untuk mengambil telefonnya. V sedikit lambat. Ina berjaya mengambil telefon tersebut dahulu.

"Nae phone juseyo!" bangun dari katilnya dan cuba merampas telefonnya dari tangan Ina. Ina pantas pusing berpaling dari V.

Tatkala tangannya laju menyentuh permukaan akrin telefon V matanya sempat mengerling jampada telefon tersebut. "Sesange! Sudah pukul 6.45 ," kata Ina. Ina terus mencampakkan telefon V itu dan bergegas ke biliknya. Telefon V selamat mendarat di atas katil V.

"Mengapa saya ke bilik? Patutnya saya mengejutkan Jungkook," kata Ina sendiri dan memusingkan badannya masuk ke bilik Bangtan Boys.

Sedang Ina masuk setapak di bilik Bangtan Boys, Rap Monster keluar dari bilik air. Ina memandang ke arah Rap Monster dan mengangkat ibu jarinya.

"Baguslah itu. Selepas ini siapa pula yang pergi mandi?" tanya Ina dengan nada suara yang tinggi.

Jimin dan Suga mengangkat tangan mereka serentak. Mereka memandang sesama sendiri.

Jimin segera bangun dari tempatnya dan berlari menuju ke bilik mandi. Suga yang terlihat Jimin berbuat demikian, Suga juga bangun, dan berlari menuju ke tempat yang dituju.

Mereka tiba di hadapan bilik mandi pada masa yang sama. Mereka tarik menarik untuk memasuki tandas tersebut. Ada diantara mereka yang menarik tangan, baju, rambut. Haih.. memang lumrah kumpulan Bangtan Boys. Pasti akan ada pergaduhan yang pelik-pelik.

Ina dan ahli lain hanya menjadi penonton setia. Akhirnya, Jimin dan Suga sudah penat bergaduh. "Baiklah, kita main batu, gunting, kertas. Siapa menang dia pergi mandi," Jimin memberi idea bernas. "Baiklah!" jawab Suga.

"BATU, GUNTING, KERTAS!" Jimin dan Suga menjerit serentak. Jimin mengeluarkan batu manakala SUga mengeluarkan gunting.

Kemenangan berpihak kepada Jimin. Suga terpaksa mengalah. Suga berjalan perlahan menuju ke katilnya. Dia melihat suasana bilik Ina dari pintu yang terbuka luas seperti Gua Niah, Sarawak. Sama sahaja keadaannya. Yang beza adalah bilangan katil.

Mata Suga tertumpu pada tandas bilik Ina yang masih terbuka lampunya.

"Ina, boleh atau tidak jika saya ingin menggunakan bilik air awak untuk membersihkan diri?" tanya Suga kepada Ina.

Ina yang tangannya sedang dinaikkan ke atas untuk memukul Jungkook terus melihat Suga tepat. "No, no, no! Andwae! Ina tidak akan memberikan sesiapa menggunakan bilik mandi Ina!" Ina membantah. Tangannya digoyang-goyangkan tandanya tidak boleh menggunakan bilik mandinya.

Suga menghela nafas berat. Dia menyambung perjalanannya ke katil untuk merebahkan diri.

"Jungkook! Bangun, bangun!" kejut Ina. Tangannya laju memukul kaki Jungkook. Walaupun dipukul sebegitu rupa, Jungkook tetap kaku. Kedudukannya masih sama sebelum dipukul tadi.

Ina memandang V yang sedang tekun bermain telefonnya. "V, tolong kejutkan Jungkook. Mesti dia akan bangun jika hyung kesayangan dia yang kejutkan," kata Ina sambil mencebikkan sedikit mukannya.

Vmemusingkan badannya dan tangannya menggoyang-goyangkan bahu Jungkook.Akhirnya, mata Jungkook terbuka. Hmp! Tepat sekali tekaan Ina. Jika hyungkesayangannya yang kejutkan pasti matanya terbuka luas. 

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now