Yeay! Dapat Pergi Konsert BTS!

61 10 0
                                    

Ina mendail nombor sahabat baiknya iaitu Farah.

Terdengar lagu Just One Day yang dinyanyikan oleh Bangtan Boys. Ina juga menyanyi mengikut lirik-lirik yang tidak diketahui maksudnya.

Farah: Yeoboseyo! Jal jinaesseyo? Apa cerita?!

Farah sudah tidak sabar. Dari petang dia menunggu cerita-cerita dari teman baiknya.

Ina: Baik sahaja. Sebenarnya ada banyak cerita yang saya ada sekarang ini.

Farah: Jinjja-yo? Jika begitu, berilah tahu saya.

Ina: Apa pun, seronoklah apartment awak ini. Saya selesa! Ada dapur untuk saya memasak, bilik disini juga luas. Memang terbaik!

Farah: Saya tidak kisah tentang apartment saya itu. Saya cuma mahu tahu tentang Bangtan Boys!

Farah mendesak lagi

Ina: Haih... tidak sabar-sabar.

Dua sahabat itu, bergayut tidak ingat dunia hinggalah jam menunjukkan tepat 12 tengah malam.

Farah: Wah... pasti seronok jika saya juga disana.

Ina: Yes!

Perbualan mereka terhenti beberapa saat.

Ina: Arm... Baiklah Farah, saya mahu tidur dahulu. Jaljayo!

Farah: Jalja.

Talian diputuskan.

Ina berguling-guling di atas katil. Biasanya, jika di Sri Bangsar, Ina sudah berada di dunia mimpinya pada waktu sekarang ini. Entah mengapa hari ini dia berasa segar semacam.

Ina mengambil keputusan untuk menonton cakera padat yang dibawanya dari rumah.

"Tidak tidur lagi?" Ina bertanya kepada ahli kumpulan yang sedang bersandar di sofa ungu itu. Punah separuh harapan Ina untuk berbaring di atas sofa empuk itu sambil menontom filem Train To Busan.

"Jika sudah, siapa pula yang berada di hadapan awak sekarang ini?" tanya V menyindir. "Oukh! Train To Busan."Jin menunjukkan cakera padat yang dipegang oleh Ina.

"Zombie..." Jimin membuat suara yang menakutkan sambil membuat mimik muka yang langsung tidak kelihatan menakutkan walaupun Jimin membuat mimik muka yang menakutkan. Bagi Bangtan Boys, ia nampak comel!

"Baguslah jika begitu, kita boleh tonton filem ini bersama." Laju Ina menuju ke televisyen untuk memasang cakera padat itu.

Bangtan Boys dan Ina menonton filem zombie itu bersama-sama. V, Jungkook dan Jimin berkongsi selimut menyelimuti diri mereka dengan selimut tebal. Tatkala bahagian zombie-zombie itu keluar, Jimin pasti akan menghalang pandangannya menggunakan selimut.

J-Hope juga tidak kurang hebat penakutnya dengan Jimin. Jika bahagian zombie itu keluar, J-Hope akan menghalangkan pemandangannya menggunakan selimut dan disertakan dengan bantal serta menutup matanya dan akan terdengar suara jeritan kecil yang dibuatnya.

V menutup suis lampu. Hanya cahaya televisyen menerangi ruang tamu itu. Niatnya sengaja menakutkan lagi Jimin dan J-Hope yang sudah sedia takut. Apabila di tanya, pasti dijawab. 'Baru feeling sikit tonton cerita ini~'

Ina juga dikalangan orang-orang yang penakut. Sudahlah dia baring berseorangan di sofa itu. Jungkook, V, Jimin dan J-Hope duduk di satu sofa. Jin dan Rap Monster duduk di satu sofa. Suga duduk di lantai yang beralaskan karpet merah berbulu bersandarkan sofa Jungkook, V, Jimin dan J-Hope.

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now